CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 8, 2010

....ALHAMDULILLAH....

Alhamdulillah akhirnya adik lelakiku selamat bernikah pada 5 Jun 2010... Menitik airmata aku selepas lafaz nikah adikku disahkan. Adik yang dah 23 tahun hidup membesar di depan mata akhirnya dah berubah status dan tanggungjawab. Dah jadi suami orang!!! :) Tak sangka yang dia akan berkahwin dalam umur yang pada aku masih muda tapi dah jodohkan! Tak ada siapa yang boleh menghalang bila jodoh tu dah sampai.

Penat tak usah nak katalah.. Adik aku dapat orang Selama, Perak. Jauh tu! Memanglah aku tak drive tapi duduk sebelah driver je dah buat kaki aku lenguh semacam. Tangan lak lenguh sebab pangku Aira. Takpelah... Sekali sekali berjalan jauh... Nak masukkan gambar takleh. Tunggulah bila dah ada laptop sendiri nanti ye!

Semoga adikku Mohd Azli bin Md. Isa akan berbahagia dengan isterinya Noornadiah Abdul Razak selama-lamanya... Semoga cepat-cepat dapat baby!!!!!!

Wednesday, May 19, 2010

...AIRA DUA TAHUN...

Alhamdulillah akhirnya tanggal 17 Mei 2010, Aira Farihah genap 2 tahun. Dah besar rupanya anak ibu. Macam tak caya pun ye jugak. Pantas betul masa berlalu! Makin besar, makin bijak dan makin berbagai-bagai ragam. Akhirnya jugak hampir 2 tahun usia Aira, barulah dia boleh menyebut ibu dengan betul. Sebelum ni asyik panggil aku buah je. Hihihi... Bila tengok dia, kadang-kadang aku rasa macam baru semalam je aku lahirkan dia. Tup tup dah boleh berjalan, berlari, ketawa, bermain dan sebagainya. Pengalaman membesarkan Aira merupakan pengalaman yang terindah dalam hidup aku. Banyak lagi yang aku akan tempuhi di masa depan. Apapun aku harap aku akan melalui segalanya dengan tenang dan tabah. Untuk Aira, moga besarmu akan menjadi anak yang berguna kepada ibubapa, keluarga dan untuk semua.. Ibu sayang Aira sangat-sangat!!!! Muahhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

Monday, April 26, 2010

...AL-FATIHAH ACHIK SPIN...

Dah seminggu lebih Arwah Achik meninggal barulah aku boleh masukkan entry pasal ni. Lambat nak gi cc tu yang entry ni tertangguh. Terkejut! Tulah reaksi pertama bila aku dapat sms dari hubby pagi Ahad mengatakan Achik meninggal dalam kemalangan. Aku memang minat dengan suara Achik dari zaman Spin lagi. Bertambah aku minat bila lagu duet dia ngan Nana meletup. Ada kenangan dalam hidup aku lagu-lagu duet Arwah ngan Nana. Paling meninggalkan kesan lagu 'Gurauan Berkasih'..

Pemergian Arwah memang satu kehilangan bagi industri seni. Walaupun Arwah taklah popular macam orang lain tapi kewujudannya tetap dirasai oleh peminat-peminatnya. Kesian dengan dua orang anak Arwah yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa tentang pemergiannya. Semoga Allahyarham Abdillah Murad @ Achik ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah!

Monday, April 5, 2010

...DIN BERAMBOI DALAM KENANGAN....

Rindu betul aku kat blog aku yang satu ni.. Ikut hati banyak sangat cerita yang nak aku ceritakan tapi apakan daya lappy adik aku masih tak ok dan aku pun tak tau bila akan ok nya. Takpelah ada rezeki akan datang bila aku ada duit, InsyaAllah aku akan beli lappy aku sendiri. 2/4/2010 kita semua dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Din Beramboi. Dari dulu masa Arwah kerja kat THR aku pernah dengar gak rancangannya cuma takdelah aku follow selalu.. Bila dia berganding dengan Aznil di ERA mulanya aku tak suka. Aku rasa gandingan mereka berdua memang tak boleh blah langsung.. Tapi aku silap! Makin lama aku makin tertarik dengan cara penyampaian Arwah yang selamba. Memang lawak dia adakalanya agak merapu tapi itulah juga yang membuatkan aku tersenyum dan ketawa di pagi hari.. Paling aku suka masa Arwah jayakan drama sebabak dan juga sawancara. Memang sempoi betullah!!!!!!!

Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Gelak tawa, gurau senda dan tutur bicara Arwah takkan kita dengar lagi sampai bila-bila. Yang ada hanyalah kenangan. Tak dinafikan airmata aku mengalir jugak masa tahu tentang pemergiannya dan juga airmata aku tumpah masa aku tonton Melodi baru-baru ini. Apapun aku doakan agar Allahyarham Din Beramboi ditempatkan di samping orang-orang yang beriman... Amin............

Tuesday, February 16, 2010

....RINDU...

Dah naik bersawang blog aku ni.. Bukan tak nak update tapi lappy adik aku rosak lak. Ni pun tengah melepak jap kat CC ngan hubby. Thanks hubby temankan ayang! Hihihi... Dalam minggu ni jugak lappy adik aku akan ok balik.. Dalam masa lappy rosak ni, aku menghabiskan masa baca novel jek. Ada gaklah dalam 3, 4 buah novel yang selamat aku khatamkan. Paling best aku dah habis baca novel Ranting Cinta Si Plato.. Best sangat!!!!!! Minggu lepas aku gi Zoo Negara. Nanti lappy dah ok aku cerita pasal Zoo Negara ok.. So be back soon!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 21, 2010

KESIANNYA............


Ari ni aku rasa sedih sikit.. Nak tau kenapa? Sebabnya dua insan yang paling aku sayang berada dalam keadaan tidak sihat. Tengah malam tadi Aira start muntah-muntah. Dah basuh mulut dan tukar baju, dia tidur balik. Tak lama bila dia nak beralih posisi je dia muntah lagi. Dari tengah malam bawa ke pagi lebih 5 kali dia muntah.. Hubby pulak awal pagi kol 5 je dah muntah-muntah dan cirit-birit. Kesian aku dengar dia muntah! Terkeluar semua isi perut dia. Dah naik lembik badan!

Pagi tadi pukul 9 lebih kitaorang pergi klinik. Tak sanggup dah nak tengok dua beranak ni menahan sakit. Aira terus jadi demam.. Doktor bagi ubat demam, sakit perut, tahan muntah dan antibiotik. Hubby pulak dapat ubat demam, tahan muntah, pening dan antibiotik.. Waktu aku tengah menaip ni, dua beranak tu tengah tido.. Penat sebab malam tadi tak cukup tido. Aku pun tak cukup tido gak tapi mata ni tak nak lelap lak petang ni. Apapun aku harap dua insan yang paling aku sayang ni akan cepat sembuh. Kalaulah sakit Aira tu boleh dipindahkan pada aku kan bagus. Kesian sangat tengok dia!!! Aku baru ingat nak update cite lain kat blog ni tapi disebabkan mood dalam keadaan sedih, lain kali jelah aku update cite tu.. Jumpa lagi!!!!

Tuesday, January 12, 2010

LAPTOP AIRA...



Aira dah ada laptop sendiri... Biar betul ni??? Hahaha.. Aira dah ada learning laptop dia sendiri. Adik aku Ana yang belikan. Walaupun Aira belum faham apa-apa, aku harap dia akan cepat dapat pick up apa yang diajar melalui laptop tu nanti.. Aku pun tak sangka Ana nak belikan Aira laptop tu. Ahad ari tu kitaorang pergi Tesco Setia Alam. Atuk nak belikan baju untuk cucu dia. Banyak gaklah baju yang atuk belikan. Cantik-cantik lak tu.. Thanks Atuk!!! Dalam kereta nak balik ke rumah, Ana tunjukkan dia beli laptop untuk Aira.. Warnanya memang menarik minat aku.. Kombinasi warna pink dan purple.. Anyway, thank you Ana.. Banyak sangat dah barang yang kau belikan untuk Aira dan belum tentu aku mampu nak balas bila kau dah ada anak nanti.. Terima kasih daun keladi!!!