Handphone yang tergantung kat leher Aira tulah yang digunakan untuk bergayut. Kadang handphone ibu dan ayah dia pun dia rembat gak.. =)
Malam tadi masa aku masak kat dapur, si kecik aku sibuk main dengan mainan dia dekat ruang tamu. Aku cuma perhatikan dari jauh je. Tiba-tiba Aira riuh bersuara dari depan. Rupa-rupanya dia tengah bergayut kat 'handphone' dia. Hihihi... Bergayut dengan bahasa dia dan siap dengan isyarat tangan sekali. Sesekali dia ketawa pulak masa bergayut. Aku yang mendengar dari dapur hanya mampu tersenyum sendirian.. Puas bergayut sambil duduk, dia bergayut sambil baring pulak. Wah! Kalau sampai besar kuat bergayut macam ni mahu parah ayah dia. Aira oh Aira... Semakin besar semakin banyak keletahnya. Happy sangat bila tengok dia membesar depan mata sihat dan cergas sentiasa.... Ibu sayang Aira!
Inilah dia air pancut yang Aira nak capai tu. Geram sangat agaknya dia dengan air tu.. Hihihihi...
Muka anak ibu ni tercengang semacam je nape sayang?
Dua wajah kesayangan hamba.. =)
Dah penat jalan kat tasik Shah Alam, aku ajak hubby gi makan kat Ani Sup Utara seksyen 9 Shah Alam. Dah lama tak makan kat sini. Teringin nak makan otak-otak dia sebenarnya. Aku makan kuey tiow sup dan hubby pulak order set nasi dan sup daging. Aira suka sangat makan kuey tiow sup.. Aku ambik gak gambar kat Ani Sup tu cuma lupa lak nak snap gambar makanan yang kami makan.. Hehehe..
Suatu ketika dahulu Ku tersesat dalam hidup Hingga muncul menjelma rasa sayang kepadamu
Rupanya inilah cinta Nikmatnya baru ku rasa Tak terbayang bagaimana hidup Jika kau tiada
Jika kau tiada Pada siapa kanku dendang syair cinta Dan dakapan mana harusku bersandar Meraih kasih yang ku perlu
Jika kau tiada Wajah siapa harusku tenung bila mencari ketenangan Arakian suara siapakah kan membisikkan kata-kata cinta
Tak tersusunnya kata Azimat kau bawa Pastinya ku kan sengsara Oh jika kau tiada
Takku kenal cinta sebelum kau hadir Takku tahu erti rindu Kini doaku termakbul Ku tagih cintamu selalu Walau ramai ku kenali Tiada seikhlasmu kasih Kalam sayang kau ku cinta Hanya nyawa kan bisa Memisahkan kita
Jika kau tiada Hilanglah bintang di langit yang berkelip Memelita malam yang hiba Hilanglah keajaiban ke lapan di dunia
Jika kau tiada Sentuhan siapa yang mampu menyembuh luka dihatiku Lantarannya tawar naluri hati Untuk jatuh cinta lagi
Jikalau ku termampu memiliki dunia Pastinya ku kan sengsara oh jika kau tiada....
Inilah harta yang paling aku sayang dalam hidup aku selain dari keluargaku. Satu-satunya harta yang aku ada ialah motosikal yang sering aku gunakan untuk ke tempat kerja dulu. Ayah aku gunakan duit dia untuk membayar duit pendahuluannya. Aku bayar duit bulanannya cuma kadang-kadang bila tak cukup duit nak bayar, ayah yang bayarkan. Thanks ayah! Dulu aku kerja di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.Sebelum ada motor sendiri aku pergi kerja menumpang kawanku yang mempuyai kereta. Lama berfikir aku nekad untuk membeli sendiri motorku. Susah sebenarnya menumpang orang ni. Jadi untuk membolehkan aku menunggang sendiri motor ke tempat kerja, kenalah ambil lesen motor dulukan. Alhamdulillah semuanya selamat. Dapat je lesen L, ayah belikan aku motor ni. Punyalah gembira! Warna mestilah biru sebab aku nikan memang minat warna biru.
Hari pertama pergi keje naik motor punyalah gabra! Aku cuma follow dari belakang je kawan sekerja aku yang juga menunggang motorsikal ke tempat kerja. Alhamdulillah selamat sampai ke tempat kerja dan selamat pulang ke rumah pada hari pertama dan seterusnya.. Hihihi... Sepanjang aku menunggang motor ke tempat kerja hanya sekali saja aku terbabit dalam kemalangan. Bukan salah aku pun. Kemalangan berpunca dari seorang penunggang motorsikal lelaki yang terus masuk jalan aku. Aku yang tak sempat nak brek, terus je hentam motor dia. Nasib baiklah masa tu tak laju aku bawa motor. Aku cuma mengalami bengkak pada kaki kanan. Motorku cuma mengalami sedikit kerosakan. Penunggang tu hanya tanya samada aku ok atau tak. Bila aku kata aku ok, dia terus je blah.. Aku yang terperanjat dengan kejadian itu, meneruskan perjalanan ke tempat kerja tapi tak sampai sejam di tempat kerja, aku minta pulang kerana kakiku sudah mula sakit. Masa kemalangan ni aku dah bertunang ngan hubby. Mungkinkah betul kata orang masa bertunang ni darah manis??? Mungkin betul kot...
Esoknya aku pergi klinik kerana kakiku makin membengkak. Doktor di klinik terus bagi surat untuk aku buat x-ray di Klinik Kesihatan Bukit Kuda. Aku gi ngan tunang merangkap hubby aku sekarang. Dah sampai sana aku takut lak nak x-ray. Last-last aku ajak tunangku balik je. Berapa hari selepas tu aku pergi lagi ke Klinik Kesihatan Bukit Kuda kerana tak tahan dengan sakit. Kali ni pergi dengan mak dan ayahku. Alhamdulillah keputusan x-ray menunjukkan aku tak mengalami apa-apa kecederaan yang serius.
Sekarang bila dah jadi surirumahtangga sepenuh masa, hubby pulak yang menggunakan motor kesayanganku ini untuk ke tempat kerja. Motor hubby lak jadi pekasam kat rumah. Aku cuma menunggang motor ini bila hendak ke kedai saja. Apapun motor ini terlalu banyak jasanya pada aku.. SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT MOTORKU!!!!!!!!
Cerita ni dah lama berlalu tapi baru hari ni aku nak masukkan entry mengenainya. Itu pun sebab adik aku minta kak NB hantar melalui email gambar pertemuan kami di pesta buku Shah Alam tak lama dulu....
Aku dah lama minat dengan karya-karya kak Norhayati Berahim ni. Nak tau sapa yang perkenalkan aku dengan novel-novel beliau.. Orang tu tak lain dan tak bukan ialah ayah aku sendiri. Ayah memang minat membaca. Menurut mak masa baru kahwin dengan ayah, ayah suka sangat layan komik. Masa tu mak ngan ayah belum ada televisyen lagi. Yang ada pun cuma radio je. Mak yang bosan kerana ayah asyik membaca menjadikan radio sebagai peneman setia. Hehehe...
Sampai sekarang ayah minat membaca cuma kini beralih ke novel pula. Kalau novel tu ayah minat, ayah akan beli. Selalunya kalau ke kedai buku, ayah akan cari novel karya kak NB dulu. Kalau tak ada yang terbaru barulah ayah beli novel penulis lain. Ayah memang galakan kami baca novel kerana menurut ayah ada pengajaran dalam novel yang dibaca. Banyak dah novel-novel kak NB yang ayah beli. Dari zaman Creatives Enterprise hinggalah kak NB punya syarikat sendiri NB KARA... Bila bosan ayah akan ambil semula novel yang lama dan ulang baca. Adik perempuanku pun turut membeli novel dari penulis yang berbeza. Aku? Aku cuma tumpang baca sebab kedudukan kewangan yang tak mengizinkan untuk aku memiliki novel sendiri...
Gembira sangat sebab aku sekeluarga berpeluang untuk bertemu muka dengan kak NB di pesta buku Shah Alam. Aku cuba pujuk ayah aku untuk membawa kami ke sana. Alhamdulillah pujukanku berjaya... Sampai je di booth NB KARA, kak NB tak ada. Dia pergi solat Asar. Kami sekeluarga pun menunggu saja di situ hingga kak NB tiba. Yang ada di booth pada masa itu adalah editor kak NB kak Su, adik ipar kak NB, Tuan Seyit Kara suami kak NB, Qaisara dan Bezzya.. Qaisara memang comel sangat. Geram aku tengok! Aku tak berbual pun dengan suami kak NB sebab aku tak tau nak tanya apa.. Hihi.. Lepas kak NB sampai kami berbual-bual kosong. Kak NB memang peramah orangnya. Seronok sangat borak dengan dia. Terima kasih atas layananmu kak! Moga akan datang kita akan berjumpa lagi.. Semoga akak akan terus berjaya dalam penulisan akak dan akan menghasilkan karya-karya yang terbaik. Kami sekeluarga akan sentiasa mennyokong akak NORHAYATI BERAHIM.......
Selamat hari lahir abang! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada abang. Terima kasih atas segala rasa sayang dan tanggungjawab abang terhadap ayang dan Aira selama ini. Sayang abang sangat-sangat!!!!!!
Daging black pepper hasil air tangan aku. Terasa bahang black pepper masa makan. Aku letak sekali kentang goreng, bawang besar, capsicum kuning dan merah.. Hubby suka betul makan ni! Hehehehe...