CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, January 9, 2012

...MeLaKa WoNdErLaNd...

Bilalah dapat ke sini lagi?




Tak dapat mandi, dapat bergambar jelah.. Huhu..



Aira ngan neneknya



Bergambar sebelum masuk dalam air



Aira yang menggigil kesejukan tapi tetap pose jugak.. :-)



Aira ngan Acik Ana



Bapak budak yang over excited



Aira dengan pakcik Azlinya...



Ini entri yang dah lama terperuk.. Patutnya dah update bulan 12 yang lepas tapi biasalah malas punya pasal. Bulan 12 ari tu kami sekeluarga pergi bercuti ke Melaka. Hahaha orang Melaka tapi bercuti ke Melaka. Rancangan asalnya nak pergi Port Dickson dan sewa hotel tapi semuanya penuh sebab cuti sekolahkan. Rancangan pulak last minit. Mana nak dapat hotelnya.. Akhirnya buat keputusan balik Melaka jelah. Tak payah sewa hotel. Tidur rumah makcik je. Senang cerita... Sampai- sampai je Melaka kami ke Zoo dulu. Orang Melaka tapi tak pernah masuk Zoo Melaka. Tak ada gambar sebab malas nak ambil gambar ditambah pulak dengan kepenatan berjalan dalam Zoo. Luas jugak rupanya Zoo Melaka ni.. Penat woooo!!!


Malam pulak kitaorang pergi makan ikan bakar di Umbai. Lama tak pekena ikan bakar kat Melaka. Tak dapat ambil gambar jugak sebab Amani buat perangai nak tidur.. Huhu.. Sedap sungguh makan ikan bakar kat sana. Harga pun berpatutanlah.


Esok paginya lepas sarapan dekat Jalan Panjang, kitaorang terus gerak ke Melaka Wonderland. Tiket masuk untuk dewasa RM30, veteran RM15 dan Aira pulak free.. :-) Airalah yang lebih teruja nak pergi sebab dia memang suka nak main air. Aku pulak memang frustlah sebab tak dapat nak mandi-manda sebab Amani menyusu badan. Jadinya kalau aku dah lencun kesian pulak kat Amani nak menyusu nanti basah.. Huhu..


Aira mula-mula gayat jugak bila masuk dalam air. Tak biasalah katakan. Last dia pergi Sunway Lagoon pun masa dia setahun lebih. Sekarang dah nak masuk 4 tahun. Mana tak gayatnya.. Hehe.. Incik hubby pun punya excitedlah dapat mandi-manda. Macam budak-budak pulak gayanya.. Haha..,

Monday, May 23, 2011

MANDI-MANDA DI SUNGAI MANGGIS, HULU LANGAT

Cuti wesak yang lalu kebetulan juga jatuh pada hari lahir Aira, kami sekeluarga merancang untuk pergi berkelah di Sungai Manggis, Hulu Langat. Turut serta dalam rancangan tu keluarga Busu aku dan juga keluarga kak Long Ima.. Sayangnya hubbyku tak dapat nak ikut serta sebab dia ada latihan untuk pertandingan pingpong balai-balai seluruh Malaysia. Sedih gak sebenarnya sebab dia tak ada sekali tapi nak buat macammanakan. Janji dia izinkan aku pergi dah syukur. Kitaorang gerak dari rumah pukul lapan pagi dan sampai kat sana dalam pukul sembilan pagi. Taklah jauh sangat sebenarnya..


Sampai je sana nampak air sungai tu, Aira dah teruja semacam. Pertama kali pulak pergi berkelah macam ni. Mana tak seronoknya dia. Perut diisi dulu sebelum masuk dalam air. Kami makan nasi lemak yang mak masak. Sedap! Selesai makan terus semua terjun dalam air kecuali mak, Ana dan busu aku. Aira mula-mula masuk air sampai menggigil-gigil. Lama-lama langsung tak nak naik atas dah. Sampai naik pucat bibir dia. Minum susu pun tak nak. Makan kali kedua pun tak nak. Punyalah gembira dia! Aku yang mengandung ni pun suka berendam dalam air jugak. Berendam sampai tak ingat dunia. Akibatnya esoknya bayi dalam perut aku kurang bergerak. Mungkin dia kesejukan gara-gara ibunya yang tak sedar diri. Maaf ye sayang!!!


Gambar yang diambil ketika mula-mula sampai...



Ibu dan anak yang gembira sakan hari itu...





Tak padan dengan 'buyung', nak jugak berendam lama dalam air..



Atuk yang rajin melayan cucunya..



Uncle Syafiq yang tak tahan sejuk air sungai.. Hehe..


Ana yang pergi tapi tak mandi kerana takut lelah. Kebetulan dia tak berapa sihat hari itu..

Wednesday, May 4, 2011

PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2011

Bersawang betul blog kesayangan aku ni... Lama benar tak update. Kesian kat dia! Entah kenapa sekarang ni rasa malas je nak update blog. Pembawakan budak ke? Hahaha alasan takleh nak pakai... Tanggal 25 April 2011 ari tu aku berkesempatan untuk ke Pesta Buku. Dah lama rasanya tak ke pesta buku. Tahun ni saja mengada-ngada cakap ngan hubby nak gi pesta buku. Sekali dia bagi respon baik punya... Dia cakap dia boleh temankan kalau aku betul-betul nak gi. Apalagi excited tahap takleh nak kata apa dah. Aira pun bukan main excited nak pergi sebab dia suka nak naik bas dan LRT...


Sampai di PWTC orang ramai jugak rupanya. Ingatkan pergi masa hari orang kerja, orang tak ramai sangat. Rupanya salah jangkaan aku... Aku tak sabar betul nak jumpa Kak Norhayati Berahim sebenarnya. Bila sampai kat booth NB KARA aku bagi salam kat kak NB. Dia kata dia tak berapa nak cam aku sebab dia kata aku dah kurus sangat. Dia tanya aku, aku mengandung alahan teruk sangat ke sampai kurus betul... Aku kata taklah kak. Saya pun tak tau nape boleh kurus macam ni. Serius bila balik rumah, aku telek muka aku kat cermin memang nampak sangat aku ni dah kurus. Sampai sekarang aku tertanya-tanya sendiri nape aku kurus sangat ye... Hehe... Aku tak sembang lama sangat dengan kak NB. Bukan tak nak tapi aku tak tau nape bila jumpa kak NB, aku jadi segan sangat. Lidah jadi kelu nak berkata-kata padahal bukan senang nak dapat peluang jumpa kak NB.. Hai! Entahlah....


Anyway nak amik kesempatan ni nak ucapkan terima kasih pada adik aku, Norhana kerana sudi temankan aku ke pesta buku. Sampai sanggup ambil cuti.. Terima kasih daun keladi... Special thanks to my hubby kerana sudi melayan kerenah isterimu ini yang begitu beria-ia hendak ke pesta buku. Ada umur dan rezeki tahun depan kita pergi lagi ye hubby.. Bawa baby baru dan Aira pergi lagi.. :-)


Bergambar kenangan dengan novelis yang paling aku minat dan kagumi, kak Norhayati Berahim.. Seronok sangat!!!!!



Aik kecik lak gambar ni.. Gambar ni amik dari fb adik aku, Ana. Ana pun cuti gak masa ni sebab nak pergi pesta buku. Dia yang tak pernah miss pergi pesta buku tiap-tiap tahun...



Hubby yang sanggup ambil cuti untuk menemankan isterinya ke pesta buku.. Love u so much, hubby!!!!



Buah hati pengarang jantung ibu......... :-)



Novel-novel terbitan NB KARA yang aku sambar... Novel Sejam 2.50 pulak beli pakai duit ayah aku. Jadinya kena tunggu ayah habis baca dulu, barulah turn aku pulak...



Cenderamata dari NB KARA setelah membeli novel-novel di situ...



Komik UpinIpin ni untuk Aira.. Biarpun dia belum pandai membaca, sekurang-kurangnya kena pupuk minat membaca dia dari sekarang...



Karya Aina Emir turut tak ketinggalan.. Aku beli dua buah dan adik aku pun beli dua buah novel Aina Emir..



Karya Aleeya Aneesa yang aku beli.. Sejak akhir-akhir ini aku jatuh cinta untuk membaca karya-karya beliau...



Satu-satunya buku resipi yang aku beli.. Resipinya memang simple tapi sebab murah RM3, jadi aku sambarlah jugak...



















Monday, December 20, 2010

AQUARIA, KLCC

Tersadai lagi blog kesayangan aku ni.. Nak wat macammanakan kalau dah tuan punya blog ni malas yang teramat sangat. Tak ada siapa boleh nolong.. Hahahaha! Kali ni bercerita tentang aku dan family pergi ke Aquaria, KlCC... Dah lama sebenarnya aku nak bawa Aira ke sini tapi baru nilah kesempatan itu sampai. Adik bongsu aku, Syafiq pun join sekali. Dia boring sebab cuti sekolah asyik terperuk di rumah saja. Pagi lagi kami dah mulakan perjalanan. Kami naik kereta dan parking kereta di rumah busuku di Pantai Dalam. Dari sana kami naik bas ke stesen Putra LRT, Kerinchi. Aku tengok muka Aira takut-takut masa mula naik bas. Almaklumlah kali pertama. Lama-lama dia dah boleh tersenyum dalam bas. Aku suruh hubby snap gambar dia dalam bas.. Hehe.. Sampai di stesen Kerinchi kami beli tiket naik Putra ke KLCC. Sekali lagi muka Aira nampak cuak sedikit bila naik Putra tapi kemudian dia jadi seronok pulak..
Sampai di KLCC kami terus menuju ke Aquaria.. Penatnya nak berjalan dari KLCC ke Aquaria tu. Aku cakap dengan hubby kan bagus kalau ada laluan macam eskalator terus ke Aquaria tu.. Hehehe.. Tiket masuk ke Aquaria yang aku tahu rm35 tapi mungkin disebabkan cuti sekolah jadinya ada potongan rm5.. Untunglahkan! Aira bawah 3 tahun percuma. Nasib baiklah aku bawa Aira pergi sekarang. Kalau dah 3 tahun kena bayar rm27.. Mahal tu!
Aira excited betul tengok ikan yang berenang-renang di dalam Aquaria. Ayahnya pulak ajar bagi salam kat ikan-ikan tu. Aira bagi salam dan orang di sebelah kami hanya tersenyum mendengar.. Hahaha..Aquaria tu luas sampaikan Aira pun tak larat lagi nak berjalan. Suruh ambil gambar pun dia dah tak nak. Mood dia dah lari sebab penat dan lapar. Tengok jam dah pukul 1 lebih. Mana tak laparnya Aira tu sebab dah lari dari waktu makan dia. Cepat-cepat kami keluar dan menuju ke KLCC semula. Terus menuju ke KFC.. Cari tempat duduk kat KFC pun payah gak sebab orang ramai. Nasib baik jumpa satu tempat duduk ni. Makan tengahari kami set nasi ayam KFC. Aira memang suka pun dengan nasi ayam KFC ni.. Lepas makan kami terus ke stesen Putra. Nak balik dah sebab tak larat nak berjalan lagi di KLCC yang luas tu.. Itu saja cerita kali ni.. Perjalanan yang sangat menyeronokkan dan memenatkan.... :-)
Wajah Aira ketika pertama kali menaiki bas.. Seronok sangat dia dan asyik bercerita yang dia naik bas.. Hahahaha...

Aira berposing dengan unclenya sementara menunggu ketibaan Putra LRT..






Pertama kali bergambar bertiga hubby memeluk bahu aku.. Happynya! :-)


Jerung yang sangat besar.. Aira excited tengok ikan ni. Dia cakap "Sish besar punya...." Aira pelat menyebut fish jadi sish...




Adik bongsuku yang turut serta ke Aquaria

Tuan punya blog yang gembira sangat sebab dapat ke Aquaria...

Tuesday, November 23, 2010

TERIMA KASIH YA ALLAH....

Lamanya aku tak menaip entry baru dalam blog aku ni. Bila penyakit "m" dah datang jadinya blog ni terbiar begitu saja. Aira sakit, takde cerita menarik dan juga masa yang banyak dihabiskan di facebook juga menjadi penyebab blog ini makin lama makin sepi. Kesiankan!

20 November tiba lagi dan usiaku menginjak setahun lagi. Alhamdulillah aku masih bernyawa dan Allah beri aku kesempatan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. Sesungguhnya aku benar-benar berterima kasih pada Allah kerana dalam usiaku 31 tahun ini, aku sudah punya keluarga yang aman bahagia. Punya suami yang amat menyayangi dan memahamiku. Punya seorang anak yang sangat comel dan petah berkata-kata. Aku bahagia dan aku harap bahagia ini akan kekal selamanya...

Aku dapat hadiah dari mak. Mak bagi aku novel Norhayati Berahim yang terbaru Hujan Pun Menari.. Seronok sangat-sangat sebab dah lama aku tunggu nak baca novel NB ni.. Terima kasih mak!!!!!!!!! Lagi satu aku dapat hadiah dari hubby pergi jalan-jalan di I-city. Dah lama sebenarnya aku ajak hubby pergi tapi ada je alasan dari hubby. Kali ni walaupun selsema dan batuk, hubby tunaikan jugak hasrat isterinya ni.. Aira pun seronok jugak dapat berjalan. Terkedek-kedek dia berjalan. Aku dan hubby hanya ketawa saja memerhatikan tingkahnya. Lepas ni nak ajak hubby gi jalan tempat lain lak. Tempat yang dah lama kami tak pergi. Nantikan saja entrynya.. Hingga jumpa lagi... Daaaaaaaa...