CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 31, 2011

ENTRI TERAKHIR 2011

Rasa malas nak update blog tapi gigihkan juga untuk penutup 2011 ni. Banyak yang berlaku dalam 2011 tapi yang paling menggembirakan adalah kehadiran Amani Fitriah dalam hidup aku. Melihat dia yang semakin membesar di depan mata menambahkan lagi rasa bahagia dan gembira aku. Ragamnya pun lebih banyak dari Aira. Kalau dah sampai masa nak tidur sangat boleh mengarok jadinya. Dah tu dengan ayah dia tak nak sangat masa dia nak tidur. Dugaan betullah..

Selain itu, 2011 juga mempertemukan aku dengan ramai kawan-kawan lama menerusi facebook. Ada yang memang aku dah cari lama tapi rupanya dia guna nama lain dalam facebook. Mujurlah ada kawan lain yang add dia. Alhamdulillah.. Aku memang betul-betul gembira dapat jumpa balik kawan aku yang aku kenal dari sekolah rendah lagi...

Apa lagi ek nak taip. Blur betullah.. Apapun aku harap dengan kedatangan 2012 akan terus menambahkan rezeki kami sekeluarga, dikurniakan kesihatan yang baik. Moga-moga juga tahap keimanan aku sekeluarga akan bertambah. Aku sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri aku ni. Moga-moga aku diberi kesempatan untuk berubah dan memperbetulkan segala kekhilafan diri.. Semoga juga bahgia menjadi milik kami sekeluarga selamanya.. Amin...

Wednesday, December 21, 2011

...AMANI FITRIAH...

Amani ketika baru dilahirkan..








Comeyyyynyaaaaaaaaaa...




Amani yang suka hisap ibu jari.. Gambar ni dia dah 3 bulan lebih..



Lamanya tak update blog.. Kekangan masa sekarang dan ditambah dengan rasa malas yang memang ada dalam diri ni menyebabkan blog ni lama menyepi. Alhamdulillah tanggal 27 Ogos 2011 bertambah lagi seorang ahli dalam keluarga aku. Selamat melahirkan baby girl yang dinamakan AMANI FITRIAH pada jam 7:52 pagi. Normal tapi forsep.. Puas teran baby dah ada kat depan pintu tapi dah tak ada tenaga untuk teran lagi.. Sakitnya kena forsep tapi Alhamdulillah semuanya selamat.


Nak keluarkan Amani sampai tiga kali jugaklah aku berulang ke Hospital Sungai Buloh. Aku ni tinggal kat Klang tapi nak jugak bersalin jauh kat sana. Nak tau kenapa? Sebab aku rasa selesa kat hospital sana. Hospital baru tambahan lagi dulu Aira pun lahir kat sana.


Kali pertama pergi hospital sebab dah keluar tanda. Nurse pesan kalau keluar tanda cepat-cepat pergi hospital. Aku punya panik, keluar tanda terus call hubby yang waktu tu keje pagi. Masa Aira langsung tak rasa sakit atau keluar tanda. Kiranya ni pengalaman pertamalah rasa semua ni. Pergi hospital, doktor check tanda sikit je tapi jalan tak buka langsung lagi. Dia suruh balik..


Kali kedua pergi pukul 3 lebih pagi. Pergi ngan mak ayah sebab waktu tu hubby keje malam. Rasa sakit contraction. Rasa macam dah kerap sangat sakit tu yang ajak mak gi hospital. Pergi lagi sekali doktor check dia kata baru buka 1cm. Dia kata nak tunggu kat hospital ke nak balik. Aku decide untuk balik sebab buat apa nak duduk hospital lama-lama kan...


Kali ketiga pegi pas hubby sahur. Mula-mula hubby tak nak pergi. Aku cakap kat dia contraction makin kerap ni. Kang bersalin kat rumah pulak. Pergi sana doktor check dah buka 3cm. Terus kena tahan kat hospital. Waktu nak berpisah dengan Aira saat yang paling susah bagi aku. Kesian sangat tengok dia waktu tu. Dah biasa hari-hari menghadap dia je. Nak buat macammanakan.. Kena jugalah tinggalkan dia. Sakit contraction tu Ya Allah sakitnya Allah je tahu. Macam aku cakap tadi ni pengalaman pertama aku rasa sakit semua tu. Mula-mula sakit sempat lagi baca ayat kursi sampai habis tapi bila sakit tu dah kerap baca ayat kursi pun tak sempat habis.Semalaman jugaklah aku rasa sakit tu hinggalah ditolak masuk ke labour room keesokan paginya..


Pagi tu bila dah rasa nak meneran je aku terus cakap kat doktor aku nak hubby masuk dalam. Aku nak dia tengok sendiri macammana susahnya aku nak keluarkan anak untuk dia. Lagipun aku nak dia teman aku sebab aku takut sangat nak bersalin. Aku teran-teran tapi tak lepas. Hubby cakap sabar cuba lagi. Selawat banyak-banyak dia suruh. Yang nurse tu cakap, saya suruh awak teran kat bawah, yang awak teran kat muka kenapa? Hahaha... Tak pernahlah katakan. Last sekali nurse tu kata awak nak ke kena operate? Kalau operate paling kurang 3 hari awak kena tinggal kat hospital. Waktu tu aku dah terbayang Aira. Tak sanggup aku nak tinggalkan Aira lama-lama. Aku habiskan daya untuk meneran. Akhirnya dah tak boleh tu yang kena forsep. Bila dia nak forsep, terus dia suruh hubby keluar sebab tak bole tengok. Alhamdulillah keluar Amani tapi sakitnya kena jahit pastu.. Ada doktor cina perempuan datang check. Dia kata ada lagi tempat yang tak kena jahit. Pastu dia jahit lak. Ya Allah sakitnya!!!! Boleh rasa jarum kena kulit pastu boleh rasa lagi dia tarik benang tu. Punyalah sakit sampai aku rasa macam nak tendang je doktor tu. Nasib baik fikir dia buat kerja dia je. Huhuhu.. Tinggal semalam kat hospital dan esok tengaharinya baru boleh balik rumah..

Dah dua kali bersalin dan aku akui kali kedua ni lagi susah dan lagi sakit dari yang pertama. Masa Aira dulu ceasar tau-tau je dah keluar. Sakitnya lepas tulah. Yang Amani ni pulak dahlah rasa sakit contractionnya pastu sakit forsep dan sakit kena jahit pas bersalin. Kiranya lengkaplah pakej sakitnya. Barulah aku tau pengorbanan ibu melahirkan anak.. Bukan senang!!! Apapun Alhamdulillah segalanya selamat. Semoga keluarga aku akan terus bahagia dengan ahli keluarga baru ni.. WELCOME TO THE WORLD - "AmAnI fItRiAh"..