CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 31, 2009

SUNWAY LAGOON 25/04/09

My mum ngan kuda.. Mulanya saya nak amik gambar ngan kuda ni jugak. Sekali dia bergerak lak. Terus tak jadi.. Hehehe...













Ni je permainan yg saya dan hubby boleh bawa Aira naik. Takpe lain kali nanti boleh pegi lagi...


Saya dan Aira... Mulanya saya tak nak mandi, sekali tengok hubby and Aira syok mandi, saya pun join gak..



Ni masa saya dan hubby di jambatan gantung. Thanks coz teman ayang!


Ni Aira ngan makcik dia Ana..

Ni saya masa kat jambatan gantung. Saya ni gayat ngan ketinggian. Dulu2 pegi Sunway Lagoon tak berani pun nak naik jambatan gantung. At last kali ni pegi baru berani coz ada hubby sekali.. Hehehe....

Aira ngan unclenya.. Punyalah senyum lebar seronok sangat.. Aira memang manja ngan uncle dia ni. Pantang nampak uncle dia, punyalah happy dia..

Aira n hubby.. Seronok betul Aira main air. Mulanya takut dan akhirnya Aira main air sampai naik kecut jari2 di tangannya.. Hehehe...

Hubby amik gambar ngan ular. Hubby memang suka ngan ular. Dulu ada bela sekor 'boa phyton' tp since aku pregnant, kena tolaklah ular tu kat kedai. Sian hubby...

Akhirnya saya masukkan jugak entry tentang gi Sunway Lagoon ari tu. Dah lama gambar-gambar masa kat Sunway tu saya scan masuk dlm laptop cuma nak upload gambar dan cite tu rasa mcm malas jek.. Rolly 1Penyakit "M" kalau dah melanda memang susah.. Oh Jeez

Happy sangat gi Sunway Lagoon ari ni. Berbeza ngan yg lepas2 coz kali ni saya pergi ngan hubby and Aira sekali.. Seronok sangat!!!!!!
Way Too Happy Walaupun Aira belum boleh ckp lg tp aku tau dia seronok gak dpt gi sana. Saya dan hubby bawa Aira naik Merry Go Round. Apa ntah nama dia kat Sunway tu, saya pun tak tau.. Embarrassed 1Tu je yg Aira boleh naik coz dia kecik lg. InsyaAllah bila dia besar sikit sok ingat nak bawa dia gi lagi.. Seronok gak coz dpt main permainan yg ada kat sana. Cuma permainan yg agak ekstrem tu memang saya tak beranilah nak main. Takut beb! Sadly I Can't

Apapun itulah kenangan manis dlm hidup saya pd tanggal 25 April 2009......
Teethy

Thursday, May 28, 2009

"SELALU MENGALAH"


Jelaskan padaku isi hatimu
Seberapa besar kau yakin padaku
Untuk tetap bisa bertahan denganku
Menjaga cinta ini
Pertengkaran yang terjadi
Seperti semua salahku

Mengapa selalu aku yang mengalah
Tak pernahkah kau berfikir
Sedikit tentang hatiku
Mengapa ku yang harus selalu mengalah
Pantaskah hatiku masih bisa bersamamu

Jelaskan padaku isi hatimu
Seberapa besar kau yakin padaku
Untuk tetap bisa bertahan denganku
Menjaga cinta ini

Mengapa selalu aku yang mengalah
Tak pernahkah kau terfikir
Sedikit tentang hatiku
Mengapa ku yang harus selalu mengalah
Pantaskah hatiku masih bisa bersamamu

*my favourite song right now!!!!!!!



"TAK MUNGKIN KERANA SAYANG"


Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadangkala aku terkenang...

My favourite song right now.. the lyrics so meaningful... Huhu...

Monday, May 25, 2009

NILAH GAMBAR NASI AYAM FIRST TIME MADE OLEH AKU..


Inilah dia hasil sepenuhnya nasi ayam buatan saya... Dulu2 nak mkn nasi ayam suh mak buat and now saya dah boleh buat sendiri.. Hehehe... Hubby kata sedap. Tu yg buat bersemangat nak cuba masakan baru! :-)
Inilah dia sup ayam yg saya buat. Ayamnya dah tak nampak coz di penuhi dgn daun sup+bawang dan bawang goreng. Saya dan hubby memang suka kalau mkn sup di penuhi dgn benda2 nie.. hehehe...
Ini pulak ayam yg sudah siap digoreng.. Saya dah siapkan sos yg di buat sendiri di atasnya. Saya letakkan sekali salad,timun dan tomato. Mkn tomato bagus utk kulit. Hehe...
Ini gambar nasinya.. Senang je nak masak nasinya. Barulah sekarang saya tau..

Wednesday, May 13, 2009

Hari Sabtu Yang Lalu..

Sabtu lepas saya balik ke Melaka.. Lama sungguh rasanya tak balik kampung. Itu pun balik sebab sepupu saya berkahwin.. Saya cerita kemudian pasal sepupu saya kahwin tu. Saya nak cerita dulu pasal pengalaman saya makan cendol Leman Dawi kat Seremban. Sebelum ni mak saya pernah bercerita tentang sedapnya cendol kat Leman Dawi tu. Kecur air liur saya di buatnya. Majalah 3 kat tv3 pu pernah siarkan tentang cendol Leman Dawi ni. Istimewanya cendol kat sini sebab mangkuk yang pertama saja di bayar. Atas meja di sediakan cendol, ais dan gula untuk kita tambah sendiri secara percuma. Bestkan! Mana ada kat tempat lain yang jual cendol macam tu. Murah rezeki Leman Dawi.. Masa siaran di tv3, dia bercerita betapa dia suka makan cendol di waktu kecilnya. Bila minta tambah duit tak ada dan tuan punya kedai kata kepadanya kalau tak ada duit tak payahlah makan cendol. Dari situ dia berazam untuk mempunyai kedai cendol sendiri dan akan berikan cendol tambahan secara percuma. Hingga sekarang kedai cendol dia masih bertahan. Saya,suami dan adik saya Ana minum cendol jagung hari tu. Sedap!! Walaupun boleh tambah percuma, saya cuma boleh habiskan semangkuk je. Tak larat rasanya nak tambah. Hanya suami saja yang bertambah minum cendol.. Sayang saya lupa nak ambil gambarnya.. Siapa2 yang teringin nak minum cendol tambah percuma, carilah cendol Leman Dawi...

Pukul 1 lebih kitaorang sampai di Melaka.. Ramai jugak jemputannya. Sebenarnya sepupu perempuan saya ni berkahwin untuk kali kedua. Yang tak sedap mata memandang sebab majlisnya di buat besar-besaran. Siap ada kugiran bagai.. Pada saya cukuplah kalau dia bernikah dan kemudian di buat kenduri kecil-kecilan. Panggil jiran-jiran sebelah rumah dan saudara mara terdekat. Ini tak! Majlis kahwinnya lagak anak dara yang baru pertama kali berkahwin.. Tak taulah manusia nikan. Kehendaknya pelbagai.. Asal dia bahgia sudahlah.. Pukul 5 kami balik ke Klang semula. Penat memang penat tapi puashati sebab dapat minum cendol Leman Dawi... Yeayyyyyyyyyy!!!!!

Monday, May 11, 2009

Hari Ibu...

Semalam Ahad, 10hb Mei hari Ibu.. Selalunya saya tak rasa apa2 pun bila hari ibu ni. Keluarga saya tak pernah sambut hari ibu or hari ayah. Semalam tak tau nape saya terasa sangat ngan sambutan hari ibu. Hubby just wish and kiss pipi. That's all.. Kawan2 saya ada yang dapat bunga dari hubby diaorang. Bila tengok macam tu, saya rasa sedih lak. Memanglah saya tak harap sangat tapi apa yg saya harapkan hanya kejutan dari suami saya. Sejak kahwin hingga sekarang tak pernah lagi dia buat kejutan untuk saya. Semuanya bersebabkan..

Saya tau suami bukan jenis yang romantik jadi saya kena terima yang memang takkan ada kejutan untuk saya. Mungkin sampai bila2 pun tak ada. Walaupun saya pernah dengar Dato' Fadzilah Kamsah kata sekali-sekala perlu ada kejutan dalam rumahtangga tapi saya tak letakkan harapan yang tinggi untuk itu. Sedih memag sedih tapi saya kena terima suami saya seadanya. Dah dia memang macam tu so macammana pulak saya nak ubah dia. Yag paling peting bagi saya, dia sayang saya dan sayang Aira untuk selama-lamanya.. Saya dapat kahwin dengan dia pun dah cukup bersyukur. Puas kecewa akhirnya Allah berikan kebahgiaan yang tak terhingga buat saya.

Kekangan kewangan pun antara sebab tak ada kejutan untuk saya. Saya kena terima kenyataan itu. Biar tak ada kejutan yang penting apa saja keperluan dalam rumah dan keperluan untuk Aira cukup. Saya bersyukur walaupun kewangan tak melimpah ruah kami tak pernah meminjam dari sesiapa pun. Apa yang ada itulah yang kami terima. Yang penting suami jarang menghampakan harapan saya dalam soal makanan. Sebut saja apa yang teringin nak makan, InsyaAllah akan dapat. Sayang Abang sangat2!!!!!!!!!

Lastly untuk ibuku Rahamah Mamud.. Selamat hari ibu mak! Moga mak panjang umur dan di murahkan rezeki selalu hendaknya. Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan orang. Maafkan salah silap orang.. Jasamu tetap di kenang mak....

Untuk semua sahabat-sahabatku yang dah bergelat ibu, Happy Mothers Day To All Of You...