CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 31, 2010

DEMAM LEGGING

Aira tersenyum riang melaram dengan legging barunya.. :)

Legging Aira.. Murah je! RM10

Sekarang ni musim orang pakai leggingkan! Aku pakai legging? Takkanlah jawabnya.. Mau mengamuk hubby kalau aku pakai legging ni. Tengok orang pakai cantik cukuplah. Biarlah diaorang dengan dunia diaorang. Malam sabtu ari tu aku dengan adik-beradik aku pergi ke Hot Bazar di Klang Sentral. Dapat jugaklah aku beli legging.. Bukan untuk aku tapi untuk Aira... Hehehe.. Pertama kali aku belikan Aira legging ni. Nampak cute pulak bila dia pakai legging tu. Dia suka pulak tu! Dia cakap cantik.. :)

Thursday, August 26, 2010

KEGEMBIRAAN BERGANDA

Semalam aku rasa gembira.. Gembira berganda! Macam bulan jatuh ke riba. Semalam kerajaan umumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam sempena hari raya yang bakal menjelma.. Alhamdulillah! Walaupun bukan bonus seperti yang diharap-harapkan tapi jumlah itu pun dapat membuatkan aku dan suami tersenyum lega! Aku gembira kenapa? Aku bukannya seorang penjawat awam. Cuma seorang surirumahtangga sahaja.. Yang menggembirakan aku, hubby dah janji nak bagi sedikit bahagian untuk aku.. Yeah!!! Dalam kepala dah merencana apa yang nak dibeli dengan duit itu nanti.. Walau tak banyak tapi syukurlah dari tak dapat apa-apa pun.. :)

Kegembiraan keduaku datang dari facebook.. Petang semalam aku saja-saja search nama kawan yang memang aku dah lama lost contact. Kali terakhir kami berhubung masa aku darjah enam.. Kami sama-sama buat ulangkaji untuk UPSR.. Habis je UPSR ayah dia berpindah tempat kerja ke Sarawak. Terus tak berhubung! Aku cari nama penuh dia. Berjaya! Ada dalam senarai pencarian.. Dia kini menetap di Muar dan dah berkahwin. Rupanya dia dah pulang ke semenanjung semula.. Tak sabar nak tunggu dia add aku.. Tak sabar untuk bercerita panjang dengan dia. Sesungguhnya, aku rindukan kenangan lalu!!!!

Thursday, August 19, 2010

...KARIPAP SARDIN...

Beberapa hari yang lalu aku dan mak plan nak buat kuih karipap sardin untuk berbuka puasa.. Buat pertama kalinya dalam rumah kami buat karipap sardin. Biasanya cuma buat karipap kentang dan karipap daging je. Kali ni teringin nak buat kelainan sikit.. Tak susah pun nak buat karipap sardin ni cuma tambah sardin je. Aku ni kalau bab buat kuih memang tak pandai. Kalau buat cekodok ngan lempeng aku expertlah.. Hehehe.. Pertama kali jugak aku tengok mak adunkan tepung. Jadi lepas ni aku dah boleh belajar buat kuih sendiri. Ingat lepas ni nak buat kuih epok-epok sayur pulak. Satu daripada kuih yang paling aku suka...
Inti karipap sardin.. Menggunakan kentang, sardin dalam tin, rempah kari, bawang besar dan bawang putih. Tak lupa juga sedikit daun kari..

Sedia untuk digoreng.. perhatikan bahagian tepi karipap itu. Aku yang kelim tau. Cantik tak? Hahahaha...



Karipap sardin yang telah siap digoreng.. yummyyy!!!


Monday, August 16, 2010

....ADOYAIIIIII!!!!!...

Aira pun sama pening macam ibunya... Hihihi..

Patutnya nak wat entry tentang karipap sardin.. Baik punya tengah taip tiba2 hilang lak entry tu... Hanginnya tapi masih bole bersabar lagi. Malas pulak rasa nak upload gambar lagi. Malas jugak rasa nak menaip lagi. Jadinya esok2 jelah aku cite pasal karipap sardin ni... Adoyaiiiiiiiiii!!!!!

Wednesday, August 4, 2010

...ULANGTAHUN KETIGA...


4 Ogos tiba lagi.. Tarikh yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Tarikh keramat yang menyatukan dua hati. Aku dan Abang disatukan dalam majlis yang gilang-gemilang. Hari ini genap tiga tahun usia perkahwinan kami. Pejam celik sekejap saja masa berlalu. Bahgia? Alhamdulillah bahgia kini masih milik aku. Alam rumahtangga yang ada pasang surutnya dapat aku atasi dengan baik. Hendaknya sampaii bila-bilalah keadaan akan jadi macam itu..


Ada masanya rasa kecil hati dengan Abang memang tak dapat dielakkan langsung. Aku hanya memendam rasa.. Tak pernah sekali aku meluahkan apa yang aku rasa itu. Airmata yang selalu menjadi peneman. Tapi tak lama rasa itu bersarang di hati. Aku buang rasa kecil hati jauh-jauh demi menjernihkan kembali keadaan. Aku mengalah tapi bukan bererti aku kalah...


Apa lagi yang aku nak? Aku bersyukur dikurniakan suami yang amat menyayangi aku. Yang tak pernah lalai dalam menunaikan tanggungjawabnya pada keluarga. Aku punya anak yang makin membesar di depan mata. Setiap hari ada saja telatahnya yang membuatkan aku tersenyum dan ketawa. Tak kurang juga ada masanya marahku menjelma bila sabar menipis di dada...


Bahgia??? Terlalu bahgia!!!! Apa yang aku harapkan kebahgiaan ini akan kekal menjadi milik kami sekeluarga. Terima kasih Abang di atas segala kasih sayang yang Abang curahkan selama ini. Terima kasih atas segalanya dan ketahuilah rasa cinta ini akan kekal untuk Abang seorang hingga ke akhir hayat... Amin...