CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 18, 2012

...SEMPURNA...

KAU BEGITU SEMPURNA

DI MATAKU KAU BEGITU INDAH

KAU MEMBUAT DIRIKU AKAN SELALU MEMUJAMU


DI SETIAP LANGKAHKU

KU KAN SELALU MEMIKIRKANMU

TAK BISA KU BAYANGKAN HIDUPKU TANPA CINTAMU


JANGANLAH KAU TINGGALKAN DIRIKU

TAKKAN MAMPU MENGHADAPI SEMUA

HANYA BERSAMAMU KU AKAN BISA


KAU ADALAH DARAHKU

KAU ADALAH JANTUNGKU

KAU ADALAH HIDUPKU

LENGKAPI DIRIKU

OH SAYANGKU KAU BEGITU


SEMPURNA


KAU GENGGAM TANGANKU

SAAT DIRIKU LEMAH DAN TERJATUH

KAU BISIKKAN KATA DAN HAPUS SEMUA SESALKU


*TERIMA KASIH ALLAH ATAS SEGALA KURNIAANMU INI.. ALHAMDULILLAH


Incik Hubby


Aira Farihah



Amani Fitriah

Tuesday, January 17, 2012

...STEAMBOAT LAGI...



Aira kata "Fuyoo atuk macam Mastercheflah.." Hahaha..



Tiga beranak..



Aira yang memang suka bila di suruh bergambar







Dua permata hatiku



Amani yang duduk diam dalam stroller. Nasib baik dia tak buat hal masa aku makan..



Entri masih lagi berkisar di bulan Disember 2011.. Banyak sangat entri tertunggak gamaknya.. Hehe.. Alhamdulillah rezeki. Kali ni ayah pulak ajak makan steamboat. Dia pergi makan dengan kawan-kawan kerja dan terus buat reservation untuk kami pergi makan kat sana. Makan steamboat di Island BBQ Steamboat kat Kampung Melayu Subang.. Incik hubby tak dapat join sebab kerja malam hari tu. Adik lelaki Azli dan wife pun tak join sebab dia pergi bercuti kat Melaka ngan keluarga wife dia..


Kat sini pilihan dia tak banyak mana. Tapi yang paling best sebab ada bakar-bakar. Satu lagi yang tak berapa syok kat sini sebab kuah dia kena pilih samada nak sup atau tomyam. Jadinya kami pilih kuah sup sebab kalau pilih tomyam takut pedas lak Aira nak makan. Mak ngan Ana tak berapa suka makan steamboat. Tak kena dengan tekak mereka katanya. Ayah kata nanti nak pergi lagi sebab nak bawa semua sekali. Aku tak sabar nak tunggu. Al maklumlah makan free kan. Sapa yang tak suka wei...





Monday, January 16, 2012

...MaKaN sTeAmBoAt...

Bulan lepas pergi makan steamboat kat Flaming Steamboat, Sunway.. Kiranya ini kali kedua menjejakkan kaki ke sana. Kali pertama pergi masa mengandungkan Amani. Waktu tu memang teringin sangat nak makan steamboat. Mulanya ingat nak cuba pergi tempat lain. Sekali member post gambar kat fb. Gambar makan steamboat siap ada bakar-bakar punya. Tanya kat member dia makan kat mana? Dia jawab Flaming Steamboat. Jadinya terus decide nak gi sana. Sekali pergi tanya kat kaunter ada tak yang bakar-bakar punya. Dia jawab tak ada. Memang frust tahap gaban betullah. Tapi dah sampai sana nak buat macammanakan. Makan jelah kat situ...

Kat Flaming ni yang bestnya sebab pilihab dia banyak. Dari seafood, mee dan segala macam bebola ada kat situ. Ambiklah ketam ke, udang ke atau apa je banyak mana pun tak kisah. Waktu aku pergi tu ada mee goreng, nasi goreng, ayam goreng, ayam rendang, popia goreng dan samosa.. Memang best betullah! Air kopi kat sana pun best. Aiskrim pun banyak pilihan tapi aku tak makan banyaklah sebab menyusukan Amani. Takut Amani kembung perut lak nanti..

Terima kasih daun keladi ye incik hubby.. Ada rezeki lain kali bolehlah kita pergi lagi.. Hehe..




Tengok gambar ni rasa nak pergi makan steamboat lagi. Hehe..



Aira yang khusyuk makan aiskrim



Muka kekenyangan + happy dapat makan steamboat



Friday, January 13, 2012

...OMBAK RINDU...



Dua hari lepas aku tengok DVD Ombak Rindu. Terpengaruh jugaklah dengan kawan-kawan yang sibuk kata filem Ombak Rindu tu best. Aku tak beli pun DVD tu. Pinjam kat adik aku je. Takde maknanya aku nak beli DVD ni semua. Beli novel lagi baik. Aku layan tengok DVD ni seorang je. Incik hubby tak nak tengok. Dia kata bukan best pun. Hahaha tak tengok lagi dah tau tak best. Nasib baik masa aku tengok tu Aira tido. Kalau tak susah hati gak aku dia tengok part si Aaron Aziz ngan Maya Karin yang agak daring tu..


Pada akulah filem ni takdelah hebat mana pun. Biasa-biasa je. Jujurnya masa tengok Lisa Surihani kiss pipi Aaron Aziz tu, aku terperanjat gaklah. Walaupun dia kiss kejap je tapi aku rasa tak patut adegan tu ada. Cukuplah cuma bagitau yang Lisa tu suka, cinta dan sayang gile kat Aaron tu tapi takyahlah sampai nak kiss semua. Kan ke Aaron tu laki orang. Ntahlah ek..Kot ye pun nak lakukan filem janganlah sampai melebihi tahap sensitiviti kita orang Malaysia ni...


Jalan cerita oklah tapi novel jauh lagi best dari filem ni. Aku yang dah baca novel Ombak Rindu dapat rasa yang banyak lagi filem ni boleh buat untuk dapat lawan novel tu sendiri. Lagu-lagu yang ada dalam filem ni yang lagi menusuk kalbu bagi aku. Lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira betul-betul sedap. Memang feellah layan lagu tu. Hingga saat ini pun telinga asyik terngiang-ngiang lagi lagu tu. Thumbs up to Hafiz and Adira..


Agaknya lepas ni novel apa pulak yang akan di filemkan, kan? Biasalah kat Malaysia ni trend. Masa filem Rempit, semua nak buat filem ala-ala macam tu jugak. Pastu musim filem hantu. Berebut-rebut nak buat filem hantu gak.. Apapun aku harap sangat pengeluar dan pengarah filem pekalah dengan isu-isu sensitif yang tak sepatutnya ada dalam filem. Kita ni kat Malaysia bukannya Hollywood...

Monday, January 9, 2012

...MeLaKa WoNdErLaNd...

Bilalah dapat ke sini lagi?




Tak dapat mandi, dapat bergambar jelah.. Huhu..



Aira ngan neneknya



Bergambar sebelum masuk dalam air



Aira yang menggigil kesejukan tapi tetap pose jugak.. :-)



Aira ngan Acik Ana



Bapak budak yang over excited



Aira dengan pakcik Azlinya...



Ini entri yang dah lama terperuk.. Patutnya dah update bulan 12 yang lepas tapi biasalah malas punya pasal. Bulan 12 ari tu kami sekeluarga pergi bercuti ke Melaka. Hahaha orang Melaka tapi bercuti ke Melaka. Rancangan asalnya nak pergi Port Dickson dan sewa hotel tapi semuanya penuh sebab cuti sekolahkan. Rancangan pulak last minit. Mana nak dapat hotelnya.. Akhirnya buat keputusan balik Melaka jelah. Tak payah sewa hotel. Tidur rumah makcik je. Senang cerita... Sampai- sampai je Melaka kami ke Zoo dulu. Orang Melaka tapi tak pernah masuk Zoo Melaka. Tak ada gambar sebab malas nak ambil gambar ditambah pulak dengan kepenatan berjalan dalam Zoo. Luas jugak rupanya Zoo Melaka ni.. Penat woooo!!!


Malam pulak kitaorang pergi makan ikan bakar di Umbai. Lama tak pekena ikan bakar kat Melaka. Tak dapat ambil gambar jugak sebab Amani buat perangai nak tidur.. Huhu.. Sedap sungguh makan ikan bakar kat sana. Harga pun berpatutanlah.


Esok paginya lepas sarapan dekat Jalan Panjang, kitaorang terus gerak ke Melaka Wonderland. Tiket masuk untuk dewasa RM30, veteran RM15 dan Aira pulak free.. :-) Airalah yang lebih teruja nak pergi sebab dia memang suka nak main air. Aku pulak memang frustlah sebab tak dapat nak mandi-manda sebab Amani menyusu badan. Jadinya kalau aku dah lencun kesian pulak kat Amani nak menyusu nanti basah.. Huhu..


Aira mula-mula gayat jugak bila masuk dalam air. Tak biasalah katakan. Last dia pergi Sunway Lagoon pun masa dia setahun lebih. Sekarang dah nak masuk 4 tahun. Mana tak gayatnya.. Hehe.. Incik hubby pun punya excitedlah dapat mandi-manda. Macam budak-budak pulak gayanya.. Haha..,