CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 23, 2011

23 OGOS 2011

Pergi check up lagi pagi tadi
Selagi tak bersalin ni memang tu je kejenya kan
Dah berapa hari ni rasa sakit kat bahagian bawah
Tanya kat kawan, kenapa eh rasa sakit kat situ?
Maklumlah sebelum ni masa Aira tak ada rasa sakit langsung
Rupa-rupanya kawan cakap baby dah mula cari jalan nak keluarlah tu
Serius!!! Memang rasa tak selesa...
Duduk ke, baring ke, berdiri ke, mengiring ke atau menelentang ke
Semua rasa tak selesa
Baru tahu macam tu rasanya kalau baby tak songsang...

Check pagi tadi nurse kata baby dah ada kat jalannya
Tengah tunggu masa je nak keluar
Hari ni nurse banyak sembang lak
Dia cakap takut tak kak nak bersalin
Aku jawab mahunya tak takut
Dulu caesar, kali ni doktor check boleh bersalin normal
Pengalaman meneran semua tak pernah rasa
Tu yang menambahkan lagi rasa takut
Nurse tu senyum je
Dia kata InsyaAllah akak boleh
Sampai masa nanti akak akan tahu sendiri macammana tekniknya
Hehehehehe

Ini pun masa menaip ni dah ada rasa sakit-sakit kat pinggang
Cepat-cepatlah adik keluar ye sayang
Ibu dah tak tahan sakit ni
Semoga semua urusan dipermudahkan
Dari saat sakit hendak melahirkan
Ketika melahirkan
Dan selepas melahirkan
Permudahkan segalanya Ya Allah
Berikan aku kekuatan dan ketabahan Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Amin......

Thursday, August 11, 2011

DETIK DEMI DETIK

Hari ini 11 OGOS 2011.. Terasa masa makin cepat berlalu. Debaran makin kuat dirasakan. Serius!!! Aku takut sangat nak bersalin ni. Masa bersalinkan Aira dulu, aku langsung takde rasa sakit nak bersalin. Tak ada tanda langsung. Ikutkan aku kena paksa bersalin masa tu sebab tekanan darah aku di hujung-hujung mengandung naik mendadak. Mungkin sebab takut agaknya.. Masa tarikh due date Aira 17 Mei 2008, aku kena pergi hospital. Sebelum tu kat klinik aku suruh doktor scan dulu sebab nak tau berapa berat baby dalam perut masa tu. Bila scan Aira songsang pulak. Jadinya kenalah operate.. Itu cerita 3 tahun yang lepas..

Kali ni due date aku 25 Ogos nanti.. Tu yang tengah menghitung hari. Makin hampir makin takut aku rasa. Macam-macam yang bermain di fikiran. Selalunya aku terfikirkan, kalaulah aku ni pendek umur macammana agaknya ye. Bila tengok muka suami dan Aira lagilah terasa sayu semacam... Apatah lagi dengan diri aku ni yang serba kekurangan. Terasa sangat diri ini kerdil di sisi Allah. Pendek kata makin dekat tarikhnya, aku jadi tak tenang. Takut semacamlah!!!

Kawan-kawan dah bagi macam-macam nasihat untuk aku. Al maklumlah sebelum ni aku langsung tak rasa sakit nak bersalin dan tak tau macammana nak teran masa bersalin. Ari tu dah jumpa doktor pakar dan dia bagitau 80 peratus aku boleh bersalin normal. Ikut hati aku nak je bersalin operate tapi hubby marah. Dia kata jangan nak mengada.. Jadi sekarang aku tengah imagine macammanalah keadaannya nak bersalin nanti..

Untuk kawan-kawan yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni, aku minta maaf terlebih dahulu. Manalah tahu kata-kata yang aku coretkan dalam blog ni tak menyenangkan hati yang membaca. Aku juga pohon kawan-kawan doakan semuanya dipermudahkan untuk aku dan baby aku nanti. Semoga semuanya selamat... Amin...

Thursday, August 4, 2011

...EMPAT TAHUN...

...KELUARGAKU...



... 4 OGOS 2007...


Sedar tak sedar empat tahun telah berlalu... Pantasnya masa serasa baru semalam kami diijabkabulkan. Empat tahun ini terlalu banyak suka duka yang telah kami lalui bersama. Kami sama-sama punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Aku bersyukur walau ada kekurangannya, rumahtangga kami dapat dilalui dengan tenang tanpa sebarang badai yang besar melanda.. Melihat Aira yang semakin membesar dan petah berkata-kata membuatkan aku bertambah bahagia. Tambahan pula InsyaAllah kalau diizinkan Allah tak lama lagi akan lahirlah cahayamata kami yang kedua. Orang kata anak pengikat kasih antara suami dan isteri. Harap-harapnya begitulah selamanya...


Suamiku... Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang keempat. Walau jarang ku ucap kata-kata sayang tapi percayalah, dari sudut hati yang paling dalam aku amat sayang padamu.. Terima kasih kerana terus menerima dan menyayangi diri ini. Terima kasih juga kerana menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk kami. Semoga ikatan kita ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat nanti... Amin...