Ahad lepas saya, hubby, Aira, mak, ayah dan Syafiq gi shopping kat Sogo.. Saya yang plan nak gi Sogo ni dari bulan lepas lagi. Nak shopping baju rayalah katakan. Senang sikit bila dah siap beli. Kalau nak shopping bulan puasa nanti penat lak. Lagi pulak Aira sekarang ni dah makin lasak. Kalau bawa berjalan, asyik nak berjalan sendiri je. Tak nak orang pegang dia. Macam-macamlah budak ni...
Kitaorang gerak dari rumah pukul 9 pagi.. Ayah kata gerak awal senang. Lambat-lambat kang susah nak cari parking. 9:45 macam tu kitaorang sampai kat depan Sogo. Ingatkan kitaorang yang cepat sampai. Rupa-rupanya dah ramai orang yang menunggu pintu Sogo tu di buka. Laa... Semangat betul orang ni semua nak shopping ye! Ingatkan kami je yang over.. Hehe...
Sebaik saja pintu di buka, semua yang ada kat situ menyerbu masuk. Pekerja-pekerja di Sogo menyambut kami dengan ucapan selamat pagi dan selamat datang. Inilah pengalaman saya yang pertama pergi shopping sebaik saja pintu shopping complex di buka. Terus kami shopping di aras bawah tempat yang ada jual banyak minyak wangi tu. Dapatlah hubby beli baju raya dia 3 helai. Murah! Yup memang murah.. Macam-macam ragam orang yang beli kat sini. Masing-masing sibuk cari saiz dan warna yang berkenan di mata.. Penuh sesak dengan orang. Saya yang pilihkan baju hubby sementara dia sibuk melayan Aira yang asyik nak berjalan sendiri.. Nasib baiklah hubby berkenan dengan baju-baju yang saya pilihkan untuk dia. Lagipun hubby tahu saya memang pandai pilihkan baju yang sesuai untuk dia.. Hehe.. Perasan jap!
Selesai kat bawah kami naik escalator pergi ke bahagian baby pulak. Pheh! Lautan manusia di situ.. Masing-masing ambil kesempatan membeli-belah sempena mega sales agaknya.. Saya sampai pening nak pilih baju Aira. Banyak sangat pilihan tapi yang lagi buat saya pening sebab orang padat sangat. Akhirnya dapat jugaklah saya beli 2 helai baju dan 2 helai seluar jeans untuk Aira. Saja saya belikan seluar jeans sebab raya tahun ni Aira dah boleh berjalan. Kang excited sangat jalan takut luka pulak lutut dia. Siapa tak sayang anak oi! Hehe.. Pakaian Aira je cecah rm100 tapi saya rasa sangat-sangat berbaloi. Ingat nak cari baju warna kuning tapi tak jumpa pulak. Takpelah ibu Aira belum beli baju lagi. Nanti pergi shopping kat Jusco pulak leh cari baju warna kuning untuk Aira..
Habis shopping kat Sogo, kami pergi makan tengahari di Kampung Baru. Memang selalunya kalau kami berjalan ke KL, kami akan pergi makan tengahari kat sana. Banyak pilihan dan menepati citarasa kami sekeluarga..
Ingat nak ambil gambar baju Aira yang shopping tadi dan baju kurung Aira yang dah siap di jahit tapi kamera problem pulak. Kata sepupu saya memory card saya yang ada masalah. Tu yang tak boleh upload gambar kat laptop. Takpelah.. Dah beli memory card baru nanti saya ambil gambar banyak-banyak ye...
Al Fatihah untuk Allahyarham Yasmin Ahmad yang meninggalkan kita selama-lamanya.. Memang secara peribadi saya bukanlah peminat arwah tapi hasil arahan arwah baik filem mahupun iklan tetap melekat di ingatan. Saya berpeluang menonton Sepet walaupun hanya di kaca televisyen. Jalan cerita yang simple.. Hanya melibatkan percintaan antara berlainan kaum meninggalkan kesan yang mendalam di hati masyarakat Malaysia. Mesej ceritanya mudah tapi arwah membawa kelainan dalam industri filem melayu Malaysia...
Iklan-iklan yang pernah arwah arahkan juga membawa pelbagai maksud yang mendalam.. Betapa arwah mementingkan semangat kasih sayang antara kaum sangat menarik perhatian saya. Iklan kanak-kanak berlainan bangsa berkawan dan bila kanak-kanak melayu hendak bersunat, kawan-kawan dari bangsa lain sama-sama melalui pengalaman itu. Betapa jauhnya pandangan arwah tentang semangat SATU MALAYSIA!
Iklan yang tetap berbekas di hati saya ialah iklan si anak yang sibuk bertanyakan si ayah tentang burung.. Ini burung apa? Kata si anak.. Si ayah dengan tenang menjawab Ini burung murai... Iklan yang arwah hasilkan sarat dengan mesej yang bagus untuk di jadikan pedoman..
Ini pertama kali saya membaca novel keluaran NB KARA selain dari novel kak Norhayati Berahim. Tajuknya saja sudah menarik perhatian saya di samping covernya yang simple tapi cun!Saya cuba menghabiskan secepat mungkin novel ini kerana tak sabar untuk tahu kesudahannya. Apa yang menimpa Rina menyayat hati saya. Nasib baiklah ada Azfarel yang sudi menerima Rina seadanya..Airmata saya mengalir laju bila baca bahagian Azfarel membenarkan Hazry berjumpa Ikhzal. Saya dapat rasakan betapa sakitnya Rina. Luka yang amat dalam. Dia yang mengendong ke sana sini. Dia yang bersusah payah melahirkan tapi Azfarel dengan senang buat keputusan itu. Saya faham dengan tindakan Azfarel tapi hati saya robek sama membayangkan perasaan Rina...Apapun ini novel yang menarik untuk di baca. Garapan cerita ini membuatkan hati melonjak-lonjak untuk menghabiskan pembacaan. Semoga kak Nora akan terus menghasilkan novel yang lebih hebat di masa akan datang..
Gambar ala-ala cover majalah pengantin. Merasa gaklah jadi cover majalah walaupun bukan real. hehe..
My favourite photo.. nampak klasik kan! minat sangat.. hehe..
Tanggal 05/08/2007 merupakan detik indah dalam hidup saya yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Bersanding di pelamin yang indah seperti yang di impikan oleh setiap insan. Saya selalu menghadapi episod luka dalam sejarah cinta saya. Hingga terdetik di hati akan berkahwinkah saya nanti? Akhirnya Allah kurniakan kegembiraan yang tak terhingga untuk saya..
Majlis saya meriah jugaklah kerana inilah majlis kahwin yang pertama dalam keluarga saya. Anak sulunglah katakan.. Dari warna baju, warna dalam bilik pengantin, warna kain di khemah, warna kek hinggalah ke beg cenderamata semuanya biru! Hehe.. Mak saya komplen juga kerana semuanya hendak ikut warna kegemaran saya tapi nak buat macammanakan. Pengantinnya saya dan nak tak nak orang tua saya kena jugaklah ikut kata anak dia ni.. Sori mak ayah!
Saudara mara bertungkus-lumus membantu.. Kawan-kawan yang rapat dengan saya juga turut hadir. Sayang sekali saya tak sempat untuk bergambar dengan mereka. Lupa nak on kan kamera sendiri.. Hehe.. Thanks Zana, Tun dan Zulaiha yang sudi hadir. Terima kasih jugak untuk kawan-kawan STYRENE FOAM yang sudi hadir jugak. Banyak jugak hadiah yang saya dapat. Tak sangka boleh dapat hadiah yang banyak macam tu sebenarnya.. Anyway terima kasih lagi semuanya!!!
Harapan saya perkahwinan yang saya bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Moga saya dan suami akan tabah dan sabar andai dugaan datang melanda. Adat rumahtangga kecil hati dan merajuk takkan lekang menduga. Moga kami melauinya dengan hati yang terbuka.. Moga kami dapat membesarkan buah hati dan permata hati kami dengan sempurna dan moga Aira Farihah akan menjadi anak yang solehah dan mendengar kata orang tua.. Amin..
Kek tiga tingkat ni ditaja oleh kawan mak saya. Siap tanya kat saya tema warna apa? Jadi dapatlah saya kek warna biru yang sangat-sangat cantik. Thanks cik Rozi..
Ni gambar masa malam berinai.. Nervous sebab pertama kali bersanding. Selalu tengok orang je bersanding... Hehehe..
Ni mas kahwin.. Incik hubby punya idea nak bagi mas kahwin guna duit syiling.. Yang dalam bekas kecik tu, gelang untuk batal air sembahyang..
Waktu berciuman ngan mak. Masa ni lagilah airmata keluar.. Sekarang barulah saya tau susah payahnya menjadi seorang isteri dan ibu. Pengorbanan mak amat saya hargai.. Time kasih mak!
Masa salam ngan ayah.. Waktu ni airmata memang keluar. Sedih sebab selama ni ayah yang jaga saya. Kini tanggungjawab dah beralih pada incik hubby. Time kasih jaga saya selama ini ayah!
Incik hubby kucup dahi.. Punyalah nervous saya dan icik hubby waktu ni. Hehehe..
Saat pertama kali mengucup tangan incik hubby... Sayu jek rasa waktu ni! Huhu..
Ni gambar masa control ayu pas nikah.. Dah jadi bini orang masa ni.. Satu transformasi.. Hehehe...
4 April 2007 merupakan detik yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Pada tarikh inilah saya dan incik hubby disatukan sebagai suami isteri. Setahun bercinta akhirnya cinta kami termeterai dengan ikatan perkahwinan. Dugaan masa bertunang walaupun tak hebat mana, Alhamdulillah kami mampu untuk mengatasinya...
Sebelum bertemu dengan incik hubby, banyak kisah sedih yang saya lalui sebenarnya. Banyak kali saya di kecewakan hanya kerana rupa fizikal saya. Airmata terlalu banyak tumpah untuk insan yang bernama lelaki. Sampai satu ketika saya pernah terfikir, akan adakah jodoh untuk saya nanti? Walaupun saya tahu jodoh itu di tangan Allah tapi di sebabkan kekecewaan yang bertalu-talu, saya jadi takut dengan persoalan kahwin..
Akhirnya Allah hadirkan incik hubby dalam hidup saya.. Pertemuan yang tak di sangkakan. Dah jodoh agaknya! Hikmah di sebalik kekecewaan.. Saya tak bertunang lama. 6 bulan je dan kami terus di satukan..
Kami bernikah di masjid Meru. Yang hadir cuma saudara mara saya dan incik hubby. Satu-satunya kawan yang hadir semasa upacara pernikahan saya ialah Tun Tija. Saya memang mengharapkan kawan saya hadir untuk berkongsi kegembiraan saya. Syukurlah ada seorang teman di sisi saat itu.
Selamat di nikahkan saya bersalaman dengan mak dan ayah saya.. Airmata gugur jatuh di pipi.. Emosi saya berkecamuk di saat itu. Gembira kerana telah selamat menjadi isteri dan sedih kerana selepas ini saya tidak akan tinggal lagi bersama keluarga. Pengorbanan mak dan ayah terlalu banyak. Tak dapat saya huraikan dengan kata-kata. Tanpa mak dan ayah, saya tak akan lahir di dunia ini. Jasa mak dan ayah saya tak akan lupakan sampai bila-bila... Nanti saya akan upload pulak gambar masa upacara bersanding saya.. Tunggu!!!!!!!!
You and me We used to be together Every day together always
I really feel I'm losing my best friend I can't believe This could be the end
It looks as though you're letting go And it it's real Well I don't want to know
Don't speak I just know what you're saying So please stop explaining Don't tell me 'cause it's hurts Don't speak I know what you're thinking I don't need you're reasons Don't tell me 'cause it hurts
Our memories They can be inviting But some are altogether Mighty frightening
As we die, both you and I With my head in my hands I sit and cry
It's all ending I gotta stop pretending who we are..
Ari ni hari lahir ayah saya yang ke 54 tahun.. Takde hadiahlah tahun ni tapi yang penting tahun lepas saya dah bagi hadiah yang paling best untuk ayah.. Saya dah bagi cucu yang pertama dalam keluarga.. Hehehe...
Walaupun takde hadiah tapi saya tetap ingat dengan tarikh 07/07 setiap tahun.. Saya ni jenis yang akan ingat tarikh-tarikh penting. Hari lahir hubby, hari anniversary, hari lahir ahli keluarga dan hari lahir kawan-kawan saya.. Pada saya hadiah tu jatuh no 2 yang penting ingatan. Tapi kalau incik hubby saya memang harap ada hadiah dari dia.. hehe..
Saya doakan ayah panjang umur dan di murahkan rezeki.. Saya pun harap ayah akan berhenti merokok tapi tak taulah bila ayah nak berhenti merokok. Makin teruk lagi adalah saya tengok.. Saya harap satu hari nanti ayah akan berhenti merokok jugak. Saya nak tunggu Aira boleh bercakap dan saya akan ajar Aira untuk suruh atuknya berhenti hisap rokok...
Pada saya ayah, ayah yang terbaik dalam dunia.. Kalau tak kerana ayah yang menghalang saya berkahwin dengan seseorang dulu, tak taulah bagaimana nasib saya sekarang. Berkat instinct ayah tulah saya akhirnya jumpa ngan incik hubby dan terus bahgia sehingga sekarang. Orang tua ni dia tau apa yang terbaik untuk anak-anak dia. Memanglah dulu saya memberontak tahap gaban tapi kini saya sedar. Ayah buat tu semua sebab dia sayangkan saya. Betapa besarnya salah saya kerana melawan cakap ayah dulu.. Harap ayah dah ampunkan anak dia ni..
Ayah..Semoga rumahtangga ayah dan mak akan berkekalan hingga ke akhir hayat.. Semoga bahgia menjadi milik ayah selamanya... Amin.. HAPPY BIRTHDAY ENCIK MD.ISA BIN HAJI JANTAN.....