CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 31, 2011

ENTRI TERAKHIR 2011

Rasa malas nak update blog tapi gigihkan juga untuk penutup 2011 ni. Banyak yang berlaku dalam 2011 tapi yang paling menggembirakan adalah kehadiran Amani Fitriah dalam hidup aku. Melihat dia yang semakin membesar di depan mata menambahkan lagi rasa bahagia dan gembira aku. Ragamnya pun lebih banyak dari Aira. Kalau dah sampai masa nak tidur sangat boleh mengarok jadinya. Dah tu dengan ayah dia tak nak sangat masa dia nak tidur. Dugaan betullah..

Selain itu, 2011 juga mempertemukan aku dengan ramai kawan-kawan lama menerusi facebook. Ada yang memang aku dah cari lama tapi rupanya dia guna nama lain dalam facebook. Mujurlah ada kawan lain yang add dia. Alhamdulillah.. Aku memang betul-betul gembira dapat jumpa balik kawan aku yang aku kenal dari sekolah rendah lagi...

Apa lagi ek nak taip. Blur betullah.. Apapun aku harap dengan kedatangan 2012 akan terus menambahkan rezeki kami sekeluarga, dikurniakan kesihatan yang baik. Moga-moga juga tahap keimanan aku sekeluarga akan bertambah. Aku sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri aku ni. Moga-moga aku diberi kesempatan untuk berubah dan memperbetulkan segala kekhilafan diri.. Semoga juga bahgia menjadi milik kami sekeluarga selamanya.. Amin...

Wednesday, December 21, 2011

...AMANI FITRIAH...

Amani ketika baru dilahirkan..








Comeyyyynyaaaaaaaaaa...




Amani yang suka hisap ibu jari.. Gambar ni dia dah 3 bulan lebih..



Lamanya tak update blog.. Kekangan masa sekarang dan ditambah dengan rasa malas yang memang ada dalam diri ni menyebabkan blog ni lama menyepi. Alhamdulillah tanggal 27 Ogos 2011 bertambah lagi seorang ahli dalam keluarga aku. Selamat melahirkan baby girl yang dinamakan AMANI FITRIAH pada jam 7:52 pagi. Normal tapi forsep.. Puas teran baby dah ada kat depan pintu tapi dah tak ada tenaga untuk teran lagi.. Sakitnya kena forsep tapi Alhamdulillah semuanya selamat.


Nak keluarkan Amani sampai tiga kali jugaklah aku berulang ke Hospital Sungai Buloh. Aku ni tinggal kat Klang tapi nak jugak bersalin jauh kat sana. Nak tau kenapa? Sebab aku rasa selesa kat hospital sana. Hospital baru tambahan lagi dulu Aira pun lahir kat sana.


Kali pertama pergi hospital sebab dah keluar tanda. Nurse pesan kalau keluar tanda cepat-cepat pergi hospital. Aku punya panik, keluar tanda terus call hubby yang waktu tu keje pagi. Masa Aira langsung tak rasa sakit atau keluar tanda. Kiranya ni pengalaman pertamalah rasa semua ni. Pergi hospital, doktor check tanda sikit je tapi jalan tak buka langsung lagi. Dia suruh balik..


Kali kedua pergi pukul 3 lebih pagi. Pergi ngan mak ayah sebab waktu tu hubby keje malam. Rasa sakit contraction. Rasa macam dah kerap sangat sakit tu yang ajak mak gi hospital. Pergi lagi sekali doktor check dia kata baru buka 1cm. Dia kata nak tunggu kat hospital ke nak balik. Aku decide untuk balik sebab buat apa nak duduk hospital lama-lama kan...


Kali ketiga pegi pas hubby sahur. Mula-mula hubby tak nak pergi. Aku cakap kat dia contraction makin kerap ni. Kang bersalin kat rumah pulak. Pergi sana doktor check dah buka 3cm. Terus kena tahan kat hospital. Waktu nak berpisah dengan Aira saat yang paling susah bagi aku. Kesian sangat tengok dia waktu tu. Dah biasa hari-hari menghadap dia je. Nak buat macammanakan.. Kena jugalah tinggalkan dia. Sakit contraction tu Ya Allah sakitnya Allah je tahu. Macam aku cakap tadi ni pengalaman pertama aku rasa sakit semua tu. Mula-mula sakit sempat lagi baca ayat kursi sampai habis tapi bila sakit tu dah kerap baca ayat kursi pun tak sempat habis.Semalaman jugaklah aku rasa sakit tu hinggalah ditolak masuk ke labour room keesokan paginya..


Pagi tu bila dah rasa nak meneran je aku terus cakap kat doktor aku nak hubby masuk dalam. Aku nak dia tengok sendiri macammana susahnya aku nak keluarkan anak untuk dia. Lagipun aku nak dia teman aku sebab aku takut sangat nak bersalin. Aku teran-teran tapi tak lepas. Hubby cakap sabar cuba lagi. Selawat banyak-banyak dia suruh. Yang nurse tu cakap, saya suruh awak teran kat bawah, yang awak teran kat muka kenapa? Hahaha... Tak pernahlah katakan. Last sekali nurse tu kata awak nak ke kena operate? Kalau operate paling kurang 3 hari awak kena tinggal kat hospital. Waktu tu aku dah terbayang Aira. Tak sanggup aku nak tinggalkan Aira lama-lama. Aku habiskan daya untuk meneran. Akhirnya dah tak boleh tu yang kena forsep. Bila dia nak forsep, terus dia suruh hubby keluar sebab tak bole tengok. Alhamdulillah keluar Amani tapi sakitnya kena jahit pastu.. Ada doktor cina perempuan datang check. Dia kata ada lagi tempat yang tak kena jahit. Pastu dia jahit lak. Ya Allah sakitnya!!!! Boleh rasa jarum kena kulit pastu boleh rasa lagi dia tarik benang tu. Punyalah sakit sampai aku rasa macam nak tendang je doktor tu. Nasib baik fikir dia buat kerja dia je. Huhuhu.. Tinggal semalam kat hospital dan esok tengaharinya baru boleh balik rumah..

Dah dua kali bersalin dan aku akui kali kedua ni lagi susah dan lagi sakit dari yang pertama. Masa Aira dulu ceasar tau-tau je dah keluar. Sakitnya lepas tulah. Yang Amani ni pulak dahlah rasa sakit contractionnya pastu sakit forsep dan sakit kena jahit pas bersalin. Kiranya lengkaplah pakej sakitnya. Barulah aku tau pengorbanan ibu melahirkan anak.. Bukan senang!!! Apapun Alhamdulillah segalanya selamat. Semoga keluarga aku akan terus bahagia dengan ahli keluarga baru ni.. WELCOME TO THE WORLD - "AmAnI fItRiAh"..

Tuesday, August 23, 2011

23 OGOS 2011

Pergi check up lagi pagi tadi
Selagi tak bersalin ni memang tu je kejenya kan
Dah berapa hari ni rasa sakit kat bahagian bawah
Tanya kat kawan, kenapa eh rasa sakit kat situ?
Maklumlah sebelum ni masa Aira tak ada rasa sakit langsung
Rupa-rupanya kawan cakap baby dah mula cari jalan nak keluarlah tu
Serius!!! Memang rasa tak selesa...
Duduk ke, baring ke, berdiri ke, mengiring ke atau menelentang ke
Semua rasa tak selesa
Baru tahu macam tu rasanya kalau baby tak songsang...

Check pagi tadi nurse kata baby dah ada kat jalannya
Tengah tunggu masa je nak keluar
Hari ni nurse banyak sembang lak
Dia cakap takut tak kak nak bersalin
Aku jawab mahunya tak takut
Dulu caesar, kali ni doktor check boleh bersalin normal
Pengalaman meneran semua tak pernah rasa
Tu yang menambahkan lagi rasa takut
Nurse tu senyum je
Dia kata InsyaAllah akak boleh
Sampai masa nanti akak akan tahu sendiri macammana tekniknya
Hehehehehe

Ini pun masa menaip ni dah ada rasa sakit-sakit kat pinggang
Cepat-cepatlah adik keluar ye sayang
Ibu dah tak tahan sakit ni
Semoga semua urusan dipermudahkan
Dari saat sakit hendak melahirkan
Ketika melahirkan
Dan selepas melahirkan
Permudahkan segalanya Ya Allah
Berikan aku kekuatan dan ketabahan Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Amin......

Thursday, August 11, 2011

DETIK DEMI DETIK

Hari ini 11 OGOS 2011.. Terasa masa makin cepat berlalu. Debaran makin kuat dirasakan. Serius!!! Aku takut sangat nak bersalin ni. Masa bersalinkan Aira dulu, aku langsung takde rasa sakit nak bersalin. Tak ada tanda langsung. Ikutkan aku kena paksa bersalin masa tu sebab tekanan darah aku di hujung-hujung mengandung naik mendadak. Mungkin sebab takut agaknya.. Masa tarikh due date Aira 17 Mei 2008, aku kena pergi hospital. Sebelum tu kat klinik aku suruh doktor scan dulu sebab nak tau berapa berat baby dalam perut masa tu. Bila scan Aira songsang pulak. Jadinya kenalah operate.. Itu cerita 3 tahun yang lepas..

Kali ni due date aku 25 Ogos nanti.. Tu yang tengah menghitung hari. Makin hampir makin takut aku rasa. Macam-macam yang bermain di fikiran. Selalunya aku terfikirkan, kalaulah aku ni pendek umur macammana agaknya ye. Bila tengok muka suami dan Aira lagilah terasa sayu semacam... Apatah lagi dengan diri aku ni yang serba kekurangan. Terasa sangat diri ini kerdil di sisi Allah. Pendek kata makin dekat tarikhnya, aku jadi tak tenang. Takut semacamlah!!!

Kawan-kawan dah bagi macam-macam nasihat untuk aku. Al maklumlah sebelum ni aku langsung tak rasa sakit nak bersalin dan tak tau macammana nak teran masa bersalin. Ari tu dah jumpa doktor pakar dan dia bagitau 80 peratus aku boleh bersalin normal. Ikut hati aku nak je bersalin operate tapi hubby marah. Dia kata jangan nak mengada.. Jadi sekarang aku tengah imagine macammanalah keadaannya nak bersalin nanti..

Untuk kawan-kawan yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni, aku minta maaf terlebih dahulu. Manalah tahu kata-kata yang aku coretkan dalam blog ni tak menyenangkan hati yang membaca. Aku juga pohon kawan-kawan doakan semuanya dipermudahkan untuk aku dan baby aku nanti. Semoga semuanya selamat... Amin...

Thursday, August 4, 2011

...EMPAT TAHUN...

...KELUARGAKU...



... 4 OGOS 2007...


Sedar tak sedar empat tahun telah berlalu... Pantasnya masa serasa baru semalam kami diijabkabulkan. Empat tahun ini terlalu banyak suka duka yang telah kami lalui bersama. Kami sama-sama punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Aku bersyukur walau ada kekurangannya, rumahtangga kami dapat dilalui dengan tenang tanpa sebarang badai yang besar melanda.. Melihat Aira yang semakin membesar dan petah berkata-kata membuatkan aku bertambah bahagia. Tambahan pula InsyaAllah kalau diizinkan Allah tak lama lagi akan lahirlah cahayamata kami yang kedua. Orang kata anak pengikat kasih antara suami dan isteri. Harap-harapnya begitulah selamanya...


Suamiku... Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang keempat. Walau jarang ku ucap kata-kata sayang tapi percayalah, dari sudut hati yang paling dalam aku amat sayang padamu.. Terima kasih kerana terus menerima dan menyayangi diri ini. Terima kasih juga kerana menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk kami. Semoga ikatan kita ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat nanti... Amin...

Tuesday, July 12, 2011

...HLOVATE...

Jujurnya aku mula tertarik dengan karya-karya penulisan HLOVATE... Minat sangat-sangat!!! Semuanya bermula apabila adik aku Ana yang suggest pada aku untuk baca novel Hlovate - aA+bB... Sebelum ni aku memang tak pernah kenal sapa pun Hlovate ni. Aku cuma akan baca novel-novel Norhayati Berahim, Aleeya Aneesa, Sharifah Abu Salem dan beberapa penulis lain je.. Kalau nak beli novel pun aku biasanya beli novel penulis yang aku biasa baca je. Bila baca novel Hlovate memang best sebab bahasa yang digunakan sempoi.. Ringan jadinya taklah berat kepala nak fikir. Di sebalik sempoinya bahasa yang digunakan novel-novel Hlovate ada pengajaran di dalamnya.. Contohnya novel Versus yang menyelitkan isu-isu Islamik.. Kiranya ada jugaklah ilmu yang boleh kita dapat dalam pada membaca novel ni.. Apapun thumbs up untuk Hlovate dan moga di masa-masa akan datang, Hlovate berjaya menghasilkan karya yang bermutu untuk pembaca-pembaca novel semua...



Novel pertama karya Hlovate yang aku baca.. Enjoy sangat-sangat dan aku mula tertarik dengan gaya penulisannya..


Novel ni pasal budak-budak yang tinggal kat hostel kolej.. Memang layan gaklah walaupun aku tak pernah duduk asrama masa dulu..



Novel ini banyak pengajaran di dalamnya..



Novel terkini dari Hlovate yang berjaya aku habiskan...

Tuesday, May 24, 2011

KLINIK LAGI....

Ubat spray dalam mulut yang diberikan untuk mengurangkan ulser dalam mulut Aira... Nak sembur ni aku terpaksa tipu cakap nak sembur minyak wangi dalam mulut dia. Kalau tak mesti dia tak nak. Hahahaha...



Pagi tadi pergi klinik lagi sebab demam Aira masih tak kebah. Kali ni lagi teruk sebab dia langsung tak nak minum susu dan makan apa-apa pun. Badan dia pun makin lemah sebab tak ada tenaga lagi. Aku tengok pun hampir menitikkan airmata. Jadi keputusan diambil untuk membawa Aira ke klinik lagi. Periksa punya periksa, rupanya banyak sangat ulser kat kawasan tekak dia. Itu yang dia menolak bila diberikan susu menggunakan botol. Jadi doktor suruh bagi dia susu menggunakan straw. Alhamdulillah petang tadi dia nak jugak minum susu dalam cawan menggunakan straw. Itu pun kena paksa dengan ibu dia jugak.. Malam tadi kitaorang pergi Tesco, tiba-tiba dia minta nak makan nasi. Hubby belikan dia nasi KFC dengan sup KFC. Alhamdulillah selera dia dah datang semula. Moga-moga anak ibu cepat sembuh ye sayang!!!

Monday, May 23, 2011

MANDI-MANDA DI SUNGAI MANGGIS, HULU LANGAT

Cuti wesak yang lalu kebetulan juga jatuh pada hari lahir Aira, kami sekeluarga merancang untuk pergi berkelah di Sungai Manggis, Hulu Langat. Turut serta dalam rancangan tu keluarga Busu aku dan juga keluarga kak Long Ima.. Sayangnya hubbyku tak dapat nak ikut serta sebab dia ada latihan untuk pertandingan pingpong balai-balai seluruh Malaysia. Sedih gak sebenarnya sebab dia tak ada sekali tapi nak buat macammanakan. Janji dia izinkan aku pergi dah syukur. Kitaorang gerak dari rumah pukul lapan pagi dan sampai kat sana dalam pukul sembilan pagi. Taklah jauh sangat sebenarnya..


Sampai je sana nampak air sungai tu, Aira dah teruja semacam. Pertama kali pulak pergi berkelah macam ni. Mana tak seronoknya dia. Perut diisi dulu sebelum masuk dalam air. Kami makan nasi lemak yang mak masak. Sedap! Selesai makan terus semua terjun dalam air kecuali mak, Ana dan busu aku. Aira mula-mula masuk air sampai menggigil-gigil. Lama-lama langsung tak nak naik atas dah. Sampai naik pucat bibir dia. Minum susu pun tak nak. Makan kali kedua pun tak nak. Punyalah gembira dia! Aku yang mengandung ni pun suka berendam dalam air jugak. Berendam sampai tak ingat dunia. Akibatnya esoknya bayi dalam perut aku kurang bergerak. Mungkin dia kesejukan gara-gara ibunya yang tak sedar diri. Maaf ye sayang!!!


Gambar yang diambil ketika mula-mula sampai...



Ibu dan anak yang gembira sakan hari itu...





Tak padan dengan 'buyung', nak jugak berendam lama dalam air..



Atuk yang rajin melayan cucunya..



Uncle Syafiq yang tak tahan sejuk air sungai.. Hehe..


Ana yang pergi tapi tak mandi kerana takut lelah. Kebetulan dia tak berapa sihat hari itu..

SELAMAT HARI LAHIR, SAYANG....

17 Mei datang lagi... Genap sudah usia Aira tiga tahun. Rasa sekejap saja masa berlalu. Bagaikan baru semalam aku melahirkannya. Kegembiraan menyambut kedatangannya dalam hidup aku dan suami masih aku rasakan hingga kini. Aku terlalu bersyukur dengan adanya Aira dalam hidup aku. Dari bayi hingga kini menjaga Aira sangat mudah. Dia tak kuat menangis dan juga tak terlalu lasak untuk dibela...


Ketika aku mabuk semasa hamil kali kedua ini, Aira sama-sama mengurut belakangku ketika aku muntah. Dialah yang memimpinku ke bilik air ketika aku takk larat untuk berjalan sambil menuturkan kata-kata "Baik-baik ibu. Nanti jatuh..." Bila anggota badanku rasa sakit-sakit, aku minta tolong Aira untuk menumbuknya. Alhamdulillah selalunya dia menunaikan permintaan aku itu. Walaupun tangannya taklah besar mana tapi aku dapat merasakan kesedapan dari tangannya itu. Selalu aku cakapkan pada dia sejuk perut ibu mengandungkan Aira.. Ye, Aira anak yang baik dan terlalu manja dengan aku. Tak dapat bayangkan kalau sehari hidupku tanpa Aira. Aira yang comel, Aira yang manja dan Aira yang keletah... Ibu sayang Aira!!!!! Semoga anak ibu akan terus menjadi anak yang mendengar kata ibubapa serta menjadi anak yang solehah yang melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya... Amin...

Aira Farihah tiga tahun yang lepas...



Aira Farihah... Sekarang...


Kek birthday yang ditaja oleh atuk.. Terima kasih atuk!




Keluarga pink.... :-) Harap bahgia kekal menjadi milik kami selamanya...

Wednesday, May 4, 2011

PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2011

Bersawang betul blog kesayangan aku ni... Lama benar tak update. Kesian kat dia! Entah kenapa sekarang ni rasa malas je nak update blog. Pembawakan budak ke? Hahaha alasan takleh nak pakai... Tanggal 25 April 2011 ari tu aku berkesempatan untuk ke Pesta Buku. Dah lama rasanya tak ke pesta buku. Tahun ni saja mengada-ngada cakap ngan hubby nak gi pesta buku. Sekali dia bagi respon baik punya... Dia cakap dia boleh temankan kalau aku betul-betul nak gi. Apalagi excited tahap takleh nak kata apa dah. Aira pun bukan main excited nak pergi sebab dia suka nak naik bas dan LRT...


Sampai di PWTC orang ramai jugak rupanya. Ingatkan pergi masa hari orang kerja, orang tak ramai sangat. Rupanya salah jangkaan aku... Aku tak sabar betul nak jumpa Kak Norhayati Berahim sebenarnya. Bila sampai kat booth NB KARA aku bagi salam kat kak NB. Dia kata dia tak berapa nak cam aku sebab dia kata aku dah kurus sangat. Dia tanya aku, aku mengandung alahan teruk sangat ke sampai kurus betul... Aku kata taklah kak. Saya pun tak tau nape boleh kurus macam ni. Serius bila balik rumah, aku telek muka aku kat cermin memang nampak sangat aku ni dah kurus. Sampai sekarang aku tertanya-tanya sendiri nape aku kurus sangat ye... Hehe... Aku tak sembang lama sangat dengan kak NB. Bukan tak nak tapi aku tak tau nape bila jumpa kak NB, aku jadi segan sangat. Lidah jadi kelu nak berkata-kata padahal bukan senang nak dapat peluang jumpa kak NB.. Hai! Entahlah....


Anyway nak amik kesempatan ni nak ucapkan terima kasih pada adik aku, Norhana kerana sudi temankan aku ke pesta buku. Sampai sanggup ambil cuti.. Terima kasih daun keladi... Special thanks to my hubby kerana sudi melayan kerenah isterimu ini yang begitu beria-ia hendak ke pesta buku. Ada umur dan rezeki tahun depan kita pergi lagi ye hubby.. Bawa baby baru dan Aira pergi lagi.. :-)


Bergambar kenangan dengan novelis yang paling aku minat dan kagumi, kak Norhayati Berahim.. Seronok sangat!!!!!



Aik kecik lak gambar ni.. Gambar ni amik dari fb adik aku, Ana. Ana pun cuti gak masa ni sebab nak pergi pesta buku. Dia yang tak pernah miss pergi pesta buku tiap-tiap tahun...



Hubby yang sanggup ambil cuti untuk menemankan isterinya ke pesta buku.. Love u so much, hubby!!!!



Buah hati pengarang jantung ibu......... :-)



Novel-novel terbitan NB KARA yang aku sambar... Novel Sejam 2.50 pulak beli pakai duit ayah aku. Jadinya kena tunggu ayah habis baca dulu, barulah turn aku pulak...



Cenderamata dari NB KARA setelah membeli novel-novel di situ...



Komik UpinIpin ni untuk Aira.. Biarpun dia belum pandai membaca, sekurang-kurangnya kena pupuk minat membaca dia dari sekarang...



Karya Aina Emir turut tak ketinggalan.. Aku beli dua buah dan adik aku pun beli dua buah novel Aina Emir..



Karya Aleeya Aneesa yang aku beli.. Sejak akhir-akhir ini aku jatuh cinta untuk membaca karya-karya beliau...



Satu-satunya buku resipi yang aku beli.. Resipinya memang simple tapi sebab murah RM3, jadi aku sambarlah jugak...



















Tuesday, February 15, 2011

REZEKI DARI ALLAH...

Lama sungguh blog ini terbengkalai. Azam memang untuk selalu update blog tapi ada halangan yang tak dapat nak dielakkan. Semalam genap dua belas minggu kandunganku yang kedua. Alhamdulillah umur Aira hampir mencecah tiga tahun pada Mei ini dan kini aku sedang mengandungkan adik untuk Aira. Pening dan muntah-muntah yang menyebabkan aku tak dapat nak bertahan lama di depan laptop. Selalunya online aku buka fb dan tak sampai setengah jam kepala aku mula pening. Sekarang pun tengah pening jugak tapi aku gagahkan diri untuk menaip kali ini. Muntah-muntah dah hilang sekarang cuma peningnya tetap ada lagi..

Minggu lepas aku buat pemeriksaan mengandung yang pertama. Ambil darah dan darah aku rendah.. Doktor nasihatkan untuk makan kerang, hati dan sayur-sayuran hijau untuk tambah darah.. Mengandung kali ini sama macam ketika aku mengandungkan Aira dulu. Dulu aku tak boleh makan ikan dan kali ini pun sama. Jadinya aku hanya makan ayam, udang dan sotong saja.. Untungnya kali ni aku boleh memasak macam biasa. Masa mengandungkan Aira dulu, aku memang langsung tak boleh nak bau bawang. Baik bawang besar mahupun bawang putih.

Bila orang tanya kali ni aku nak anak apa? Aku pantas saja menjawab aku nak anak perempuan lagi. Semua pelik! Diaorang tanya kenapa tak nak anak lelaki? Kalau anak lelaki kan dah dapat sepasang anak. Jawapan aku mudah... Baju Aira banyak sangat. Jadi kalau dapat anak perempuan lagi senanglah boleh bagi je adik Aira pakai baju-baju tu semua.. Hehehe... Sampai sini dulu cerita kali ni. Kepala dah mula ting-tong.. InsyaAllah ada masa dan tak ada halangan aku akan update blog lagi.. Maaf pada yang sudi berkunjung blog ni tapi blog ini jarang sekali ada cerita terbaru.. Maaf ye!!!!