CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Aira Farihah. Show all posts
Showing posts with label Aira Farihah. Show all posts

Friday, January 11, 2013

...SEKOLAH...

Masa berlalu begitu pantas sekali. Sedar tak sedar hampir 5 tahun usia Aira Farihah tahun ni dan bermulalah satu lembaran baru dalam hidup dia. Aira ke sekolah!!!Macam tak percaya.. Rasa macam baru semalam je aku keluarkan Aira ikut 'tingkap'. Aira suka sangat ke sekolah. Maklumlah sebelum ni dunia dia hanya dalam rumah saja. Tak berkawan dengan budak-budak lain. Jadi bila ke sekolah dan ada ramai kawan, dia punya teruja lain macam sikit. Hari-hari cerita pasal kawan dia. Kawan dia pakai beg apalah, pakai pensil box apalah, pakai pensel warna apalah. Ada sajalah cerita yang nak dibebelkannya. Lepas tu hari-hari tanya "Ibu kakak sekolah hari apa ye?".. Aku pun jawablah "Kakak sekolah hari Isnin sampai Jumaat". Tak lama lepas tu nanti dia akan ulang soalan yang sama. Hahaha.. Letih mak nak jawab dek non.. Yang bestnya hari-hari Aira akan cakap macam ni " Kakak rasa semangat nak pergi sekolah"... Alhamdulillah.. Harapnya semangat nak ke sekolah Aira ni akan kekal sampai bila-bila. Moga-moga Aira akan jadi anak yang terpelajar dan cemerlang di dunia dan di akhirat nanti. Ibu sayang Aira sangat-sangat!!!!!



Aira Farihah... Nak masukkan gambar Aira pakai baju sekolah tapi kata pun lama dah tak berblogging, jadinya tak tau kaedah macammana nak masuk gambar terbaru. Takpe nanti aku tanya kawan-kawan yang lain ye..

*Lama dah blog ni terbiar sepi. Harapnya tahun 2013 ni aku akan aktif berblogging balik. Kena buang sikap "M".. Semangat kena kuat, Yatie...

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Lahir Yang Ke Empat Tahun, Aira Farihah

17 Mei tiba lagi.. Bertambah setahun lagi usia anakku, Aira Farihah. Pejam celik, pejam celik dah 4 tahun usianya. Makin petah bercakap dan banyak sangat persoalan yang ditanya yang menuntut jawapan dari aku. Kadang-kadang aku kesian sangat tengok Aira. Sejak ada Amani, Aira selalu kena marah dengan aku. Bukan aku sengaja nak marah dan pukul dia. Cuma tahap kesabaran aku tak cukup tinggi sejak Aira dah ada adik ni. Ada masanya bila aku marah Aira, dia tengok je muka aku. Mungkinlah dalam hati dia berkata-kata "Ibu ni asyik nak marah dan pukul aku je.. " Ada masanya bila tangan dah naik, lepas tu aku jadi menyesal sendiri. Rasa kesian sangat dekat Aira. Sambil menaip ni pun, airmata aku menitik. Aku sayang Aira! Sayang sangat-sangat. Tapi tulah.. Aku manusia yang selalu sangat buat silap... Aku harap sangat lepas ni aku boleh kawal perasaan marah aku. Kesian sangat kat Aira sebenarnya!!!

Walaupun Aira selalu kena marah dengan aku pasal Amani tapi dia memang sayang sangat kat adik dia. Tak pernah aku tengok walau sekali pun dia berkasar dengan adik dia. Habis-habis dia akan kata "Hesyyyy adik ni".. Hari tu aku terdengar dia cakap "Adik ni lasaklah. Dulu dalam perut tak lasak pun".. Haha dia copy paste apa yang aku cakap.. Tapi tulah dia memang sayang adik dia. Apa yang dia makan pun dia ingat nak suapkan kat adik dia. Alhamdulillah.. Sekarang dia dah berani angkat Amani. Kalau aku sibuk dekat dapur ke atau aku tengah buat kerja apa sekalipun, bila aku suruh dia angkat adik dia dia akan angkat. Walau adik dia meronta macammana pun, dia tetap tak lepaskan adik dia. Kira boleh haraplah...

Selamat hari lahir sayang.. Semoga anak ibu menjadi anak yang taat pada Allah dan agama, dengar cakap ibu bapa dan menjadi anak yang cerdik.. Walau ibu dah ada Amani tapi kasih sayang ibu dekat Aira tak pernah berkurang walau sedikit pun. Ibu tetap sayang Aira hingga ke hujung nyawa ibu. Maafkan semua salah ibu ye sayang..

Tuesday, May 24, 2011

KLINIK LAGI....

Ubat spray dalam mulut yang diberikan untuk mengurangkan ulser dalam mulut Aira... Nak sembur ni aku terpaksa tipu cakap nak sembur minyak wangi dalam mulut dia. Kalau tak mesti dia tak nak. Hahahaha...



Pagi tadi pergi klinik lagi sebab demam Aira masih tak kebah. Kali ni lagi teruk sebab dia langsung tak nak minum susu dan makan apa-apa pun. Badan dia pun makin lemah sebab tak ada tenaga lagi. Aku tengok pun hampir menitikkan airmata. Jadi keputusan diambil untuk membawa Aira ke klinik lagi. Periksa punya periksa, rupanya banyak sangat ulser kat kawasan tekak dia. Itu yang dia menolak bila diberikan susu menggunakan botol. Jadi doktor suruh bagi dia susu menggunakan straw. Alhamdulillah petang tadi dia nak jugak minum susu dalam cawan menggunakan straw. Itu pun kena paksa dengan ibu dia jugak.. Malam tadi kitaorang pergi Tesco, tiba-tiba dia minta nak makan nasi. Hubby belikan dia nasi KFC dengan sup KFC. Alhamdulillah selera dia dah datang semula. Moga-moga anak ibu cepat sembuh ye sayang!!!

Monday, May 23, 2011

SELAMAT HARI LAHIR, SAYANG....

17 Mei datang lagi... Genap sudah usia Aira tiga tahun. Rasa sekejap saja masa berlalu. Bagaikan baru semalam aku melahirkannya. Kegembiraan menyambut kedatangannya dalam hidup aku dan suami masih aku rasakan hingga kini. Aku terlalu bersyukur dengan adanya Aira dalam hidup aku. Dari bayi hingga kini menjaga Aira sangat mudah. Dia tak kuat menangis dan juga tak terlalu lasak untuk dibela...


Ketika aku mabuk semasa hamil kali kedua ini, Aira sama-sama mengurut belakangku ketika aku muntah. Dialah yang memimpinku ke bilik air ketika aku takk larat untuk berjalan sambil menuturkan kata-kata "Baik-baik ibu. Nanti jatuh..." Bila anggota badanku rasa sakit-sakit, aku minta tolong Aira untuk menumbuknya. Alhamdulillah selalunya dia menunaikan permintaan aku itu. Walaupun tangannya taklah besar mana tapi aku dapat merasakan kesedapan dari tangannya itu. Selalu aku cakapkan pada dia sejuk perut ibu mengandungkan Aira.. Ye, Aira anak yang baik dan terlalu manja dengan aku. Tak dapat bayangkan kalau sehari hidupku tanpa Aira. Aira yang comel, Aira yang manja dan Aira yang keletah... Ibu sayang Aira!!!!! Semoga anak ibu akan terus menjadi anak yang mendengar kata ibubapa serta menjadi anak yang solehah yang melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya... Amin...

Aira Farihah tiga tahun yang lepas...



Aira Farihah... Sekarang...


Kek birthday yang ditaja oleh atuk.. Terima kasih atuk!




Keluarga pink.... :-) Harap bahgia kekal menjadi milik kami selamanya...

Sunday, September 5, 2010

BAJU RAYA AIRA

"Selamat hari raya, Aidilfitri mulia... " Wah! Dah nak raya rupanya. Bila usia dah meningkat macam sekarang ni, raya dah tak begitu meriah macam masa kecil dulu. Suasananya dah tak sama. Semangat nak raya pun tak berapa nak ada. Yang tambah seronoknya pun sebab ada Aira. Seronok nak pakaikan dia baju yang cantik-cantik di hari raya.

Baju-baju Aira aku beli sebelum puasa lagi. Tak larat rasanya nak beli masa bulan puasa. Dengan Aira yang semakin lasak berjalan ke sana sini tak sanggup rasanya. Baju-baju ni aku beli kat Sogo. Itu pun busu aku yang bagitahu Sogo ada sale untuk membercard. Dia siap offer bagi pakai kad Sogo dia lagi. Apa lagi peluang tak disia-siakan.. Aku bagitahu kat mak dan ajak ayah pergi sekali. Ayah pun nak belikan adik yang bongsu baju.

Sampai kat Sogo orang memang ramai betul. Aku dan Aira bersesak-sesak dekat bahagian baju kanak-kanak. Potongan harga memang buat aku rambang mata. Kalau ikut hati, semua aku nak borong. Hahahaha! Susah nak pilih sebab ramai orang tapi dapat jugaklah aku baju-baju yang cantik. Nasib baik jugak Aira tak banyak ragam. Dia seronok pulak bila dah ramai-ramai macam tu. Aku beli baju Aira banyak helai sebab takut nanti cepat kotor. Biasalah budak-budak. Makan minum mesti comot punya nanti. Terima kasih atuk sebab tolong bayarkan sikit harga baju-baju Aira ni.. :)



Baju-baju yang bertemakan pink.. Budak perempuan memang tak lari dari warna pink kan.. :)





Skirt jeans yang ada gambar butterfly.. Suka bila tengok Aira pakai. Cute!







Seluar jeans ada gambar kucing.. suka betul Aira!








Seluar jeans ni harga dia kalau tak sale hampir cecah RM100.. mahalkan!!!




Tuesday, August 31, 2010

DEMAM LEGGING

Aira tersenyum riang melaram dengan legging barunya.. :)

Legging Aira.. Murah je! RM10

Sekarang ni musim orang pakai leggingkan! Aku pakai legging? Takkanlah jawabnya.. Mau mengamuk hubby kalau aku pakai legging ni. Tengok orang pakai cantik cukuplah. Biarlah diaorang dengan dunia diaorang. Malam sabtu ari tu aku dengan adik-beradik aku pergi ke Hot Bazar di Klang Sentral. Dapat jugaklah aku beli legging.. Bukan untuk aku tapi untuk Aira... Hehehe.. Pertama kali aku belikan Aira legging ni. Nampak cute pulak bila dia pakai legging tu. Dia suka pulak tu! Dia cakap cantik.. :)

Wednesday, May 19, 2010

...AIRA DUA TAHUN...

Alhamdulillah akhirnya tanggal 17 Mei 2010, Aira Farihah genap 2 tahun. Dah besar rupanya anak ibu. Macam tak caya pun ye jugak. Pantas betul masa berlalu! Makin besar, makin bijak dan makin berbagai-bagai ragam. Akhirnya jugak hampir 2 tahun usia Aira, barulah dia boleh menyebut ibu dengan betul. Sebelum ni asyik panggil aku buah je. Hihihi... Bila tengok dia, kadang-kadang aku rasa macam baru semalam je aku lahirkan dia. Tup tup dah boleh berjalan, berlari, ketawa, bermain dan sebagainya. Pengalaman membesarkan Aira merupakan pengalaman yang terindah dalam hidup aku. Banyak lagi yang aku akan tempuhi di masa depan. Apapun aku harap aku akan melalui segalanya dengan tenang dan tabah. Untuk Aira, moga besarmu akan menjadi anak yang berguna kepada ibubapa, keluarga dan untuk semua.. Ibu sayang Aira sangat-sangat!!!! Muahhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

Tuesday, January 12, 2010

LAPTOP AIRA...



Aira dah ada laptop sendiri... Biar betul ni??? Hahaha.. Aira dah ada learning laptop dia sendiri. Adik aku Ana yang belikan. Walaupun Aira belum faham apa-apa, aku harap dia akan cepat dapat pick up apa yang diajar melalui laptop tu nanti.. Aku pun tak sangka Ana nak belikan Aira laptop tu. Ahad ari tu kitaorang pergi Tesco Setia Alam. Atuk nak belikan baju untuk cucu dia. Banyak gaklah baju yang atuk belikan. Cantik-cantik lak tu.. Thanks Atuk!!! Dalam kereta nak balik ke rumah, Ana tunjukkan dia beli laptop untuk Aira.. Warnanya memang menarik minat aku.. Kombinasi warna pink dan purple.. Anyway, thank you Ana.. Banyak sangat dah barang yang kau belikan untuk Aira dan belum tentu aku mampu nak balas bila kau dah ada anak nanti.. Terima kasih daun keladi!!!

Monday, December 28, 2009

HANDPHONE!!!!!

Handphone yang tergantung kat leher Aira tulah yang digunakan untuk bergayut. Kadang handphone ibu dan ayah dia pun dia rembat gak.. =)

Malam tadi masa aku masak kat dapur, si kecik aku sibuk main dengan mainan dia dekat ruang tamu. Aku cuma perhatikan dari jauh je. Tiba-tiba Aira riuh bersuara dari depan. Rupa-rupanya dia tengah bergayut kat 'handphone' dia. Hihihi... Bergayut dengan bahasa dia dan siap dengan isyarat tangan sekali. Sesekali dia ketawa pulak masa bergayut. Aku yang mendengar dari dapur hanya mampu tersenyum sendirian.. Puas bergayut sambil duduk, dia bergayut sambil baring pulak. Wah! Kalau sampai besar kuat bergayut macam ni mahu parah ayah dia. Aira oh Aira... Semakin besar semakin banyak keletahnya. Happy sangat bila tengok dia membesar depan mata sihat dan cergas sentiasa.... Ibu sayang Aira!

Wednesday, November 25, 2009

SLEEPING BEAUTY.....


Gambar Aira waktu tido.. Macam sleeping beauty kan? Hahaha.. Sapa lagi nak puji kalau tak ibu dia sendiri kan, kan, kan.. Aira sejak baby lagi memang tak pernah tidur dalam buaian. Atuk dia memang dah hadiahkan buaian sejak Aira dalam perut lagi cuma kami je tak ajar dia tidur dalam buaian. Mudah je sebabnya.. Kami ni bukannya ada keta. Yang ada cuma motor je. Jadi kalau nak ke mana-mana kan payah nak angkut buaian sekali. Lagi satu sebabnya senang ajar tidur bawah ni. Mana-mana pergi tepuk-tepuk je pastu terus lelap. Tak yah lenguh tangan nak enjut buai.

Sejak dua menjak ni Aira terlebih manja lak ngan aku. Kalau time tidur aku ngan incik hubby tidur sekali, dia tak nak dah ayah dia tepuk. Kalau ayah dia tepuk gak, dia tepis tangan ayah dia dan dia tarik tangan aku untuk tepuk dia. Hahaha.. Jangan kata incik hubby, kalau tidur umah ayah aku pun dia tak nak orang lain tepuk. Anak ibulah katakan.. =) Baru tadi nak tidurkan dia, aku marah sikit sebab dia susah nak tidur. Dia cebik muka dan panjat atas badan aku. Aira memang macam tu. Kalau kena marah ngan aku pun dia sembam muka kat aku. Kena marah ngan ayah atau orang lain pun dia cari aku.. Bestnyalah! Aira... ibu love u so much my dear!!!!!



Ni aksi si Aira yang dirakam oleh adik aku. Maaf visualnya terbalik gara-gara adik aku terlupa cara posisi sebenar untuk merakam.. hihi..

Thursday, November 19, 2009

AIRA CUCUK SETAHUN ENAM BULAN


Pagi tadi aku bawa Aira ke klinik. Biasalah pemeriksaan rutin dan juga Aira nak kena cucuk untuk setahun enam bulan.. Lupa pulak aku cucuk tu untuk apa. Hihi.. Ingat ramai orang kat klinik ari ni. Sekali tengok cuma ada 2 orang je. Seorang bawa baby dia dan lagi seorang makcik tu bawa cucu dia. Sampai-sampai je kat klinik aku terus timbang berat Aira. Alhamdulillah berat Aira naik. Sekarang dah 10.8kg. Lega aku sebab Aira naik berat. Kalau tak kena jumpa doktorlah. Leceh! Aku pun timbang gak berat aku. Nak tau tak berat terkini aku? Hihihi... RAHSIA!

Nurse panggil Aira terus dia tanya berat Aira. Dah settle jumpa nurse kat bawah kena naik kat atas lak. Nurse kat atas bagi penerangan untuk apa injections kali ni tapi sumpah satu pun tak lekat kat kepala aku ni. Hihi.. Dia tanya Aira makan apa. Aira sihat tak? Pembuangan air kecil dan besar dia ok tak.. Pastu terus masuk ke bilik untuk dicucuk. Sebelum kena cucuk tu dia bagi makan ubat dulu. Pun aku tak tau ubat tu untuk apa. Banyak sangat yang aku tak tau kan??? Masa nurse nak cucuk tu, Aira meronta-ronta lak. Sebelum ni kena cucuk Aira ok je cool tapi mungkin kali ni sebab dia dah besar. Tu yang tak reti nak dok diam. Kena je cucuk, Aira terus menangis. Kuat gaklah sampai nurse tu pun naik cuak tapi nasib baik kejap je. Anak ibu mestilah kuat macam ibukan.. Hahaha! Aku minta ubat demam sekali kat nurse tu. Bukan apa stand by sebab takut Aira demam. 10/2/2010 nanti kena gi klinik lagi. Alhamdulillah Aira dah ambil semua injections yang diperlukan untuk baby. Aku tanya nurse Aira dah boleh gosok gigi ke. Nurse kata boleh. Belikan dia berus gigi kecik dan ubat gigi perisa buah. Dah besar rupanya anak ibu. Dari tak ada gigi sampai dah boleh gosok gigi sekarang. Cepatnya masa berlalu!!!

Nurse tu tak sangka yang Aira ni baru setahun enam bulan. Dia kata Aira tinggi besar tak macam budak setahun. Aku katalah a'ah sebab dia tinggi. Nurse kata mak dia tinggi, Aira pun tinggilah. Tinggi ke ibu dia? Hahaha.. Nurse tanya Aira dah boleh cakap apa. Aku kata Aira boleh panggil ayah tapi ibu dia, dia panggil i...buah. Aira ni dia ingat ibu dia buah ke? Hahaha.. Sayang anak ibu. Moga Aira akan terus membesar dengan sihat dan mempunyai minda yang cerdas.. Amin..

* tak sabar nak tunggu Aira boleh bercakap. Mesti banyak yang nak ditanya nantikan.... :p

Friday, July 31, 2009