CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 29, 2009

...JEALOUSNYA!!!!!!...

Gambar dapat dari google...

Dua malam lepas hubby buka cerita masa kami nak tidur. Cerita yang membuatkan aku cemburu sangat-sangat. Hubby kena pergi ke Subang Jaya Medical Centre. Dia kena hantar surat sebab balai bomba dia nak buat fire drill kat SJMC. Masuk je dalam lobi SJMC, dia jumpa dengan artis yang aku minat sangat. Nak tau sapa? Hubby jumpa Adam AF2. Adoyaiiiii jeles tahap gaban aku ni!!!!

Aku minat Adam sejak dia dalam AF lagi. Macammana aku minat kat Zahid macam tu jugaklah aku minat kat Adam. Zahid aku dah dapat jumpa masa Marhaban Di Astro dekat Jaya Jusco Bukit Raja dua tahun lepas. Masa tu aku pregnantkan Aira. Aku paksa jugak hubby pergi masa tu semata-mata nak tengok Zahid. Hihihi..

Masa raya tahun lepas Adam ngan team ERA ada datang kat Setia Alam Welcome Centre. Aku ajak gak hubby pergi tapi dia tak nak. Dia kata kesian kat Aira kecik lagi nanti berpanas dan orang pun ramai. Jadi tak dapatlah aku nak tengok dan jumpa Adam.

Sekali hubby leh cite pulak dia jumpa Adam.. Hubby tak ambik pun gambar Adam coz handphone pun cikai je. Jadi dia boleh bercerita jelah dengan aku. Huwaaaa.... Nak jumpa Adam!!!!!

Saturday, October 17, 2009

CERITA RAYAKU...

Satu Syawal kali ni pertama kali aku beraya dengan hubby. Walaupun dah kahwin dua tahun disebabkan hubby keje shift, jadinya cuti raya pun kena ikut giliran. Merasalah tahun ni aku nak beraya di Benut, Pontian dulu. Malam raya baru kami sampai di Benut. Sampai-sampai rupanya mak mentua belum siap masak lagi. Aku cuma tolong potong-potong bawang je. Nak masak takut tak kena dengan citarasa dia pulak.

Yang menariknya makanan mereka pagi raya berbeza dengan apa yang aku selalu makan sebelum ini. Biasanya pagi raya mak aku mesti masak ketupat, rendang ayam, kari daging dan sambal ikan bilis. Disebabkan hubby aku ni orang Bugis, jadinya makanan mereka berbeza sikit dari biasa. Ada burasak dan lepat lueh. Burasak dimasak menggunakan beras wangi dan lepat lueh pulak menggunakan beras pulut. Kedua-duanya menggunakan santan. Proses memasaknya selama 8 jam untuk memastikan kedua-duanya dapat tahan lama. Mak mentua aku masak rendang ayam, daging tulang masak kicap, sambal udang. Hari kedua pulak kakak ipar aku masak ayam masak merah. Aku? Hehehe aku tukang makan je.. Gambar-gambar ni semua aku google je. Nak klik-klik kat umah mentua segan lak rasaya... Enjoy mencuci mata dengan gambar hidangan-hidangan ini.. :p

Tu jelah setakat ini. Tunggu cerita beserta gambar di entry akan datang. Nak masuk tido dah sebab kepala tiba-tiba dah berdenyut sakit lak. Adoyaiiiiiiii....



Inilah dia burasak. Aku terfikir sendiri akan datang ada tak lagi burasak. Proses memasaknya yang lama takut tak ada lagi anak muda yang akan mewarisi masakan ini untuk generasi akan datang.. Harap-harapnya ia tetap ada sampai bila-bila...


Inilah dia lepat lueh. Antara burasak ngan lepat lueh, aku lagi suka lepat lueh. Sedapya... :p


Rendang ayam mak mentua aku. Tak sama macam mak aku buat tapi sedaplah jugak...


Daging tulang masak kicap. Sedap hingga menjilat jari woooo....


Sambal udang mak mentua aku yang masak. Potong sikit sebab rasa dia manis. Aku dahlah biasa makan pedas-pedas. Dia letak gula agaknya. Bedal jelah yatie oi....


Ayam masak merah yang dimasak oleh kakak ipar aku.. Lain cara memasaknya dengan yang aku biasa masak. Yang penting sedap!



Wednesday, October 14, 2009

...TERUSKANLAH - AGNES MONICA...

Lagu ni lagu favourite aku di kala ini. Lagu ni tentang kekasih yang tak diendahkan. Bukan pasal tu aku suka lagu ni. Aku lebih teringatkan kawan aku yang dah lama tak layan aku. Tak tau atas sebab apa. Puas aku cuba berbaik ngan dia tapi tak ok jugak. Macam-macam cara aku buat tapi dia tetap macam tu. Sedih sangat bila teringatkan dia. Lirik yang sangat terkesan bagi aku "PERNAHKAH KAU BICARA, TAPI TAK DIDENGAR, TAK DI ANGGAP SAMA SEKALI..." Atol, nape awak buat kita macam ni? Apa salah kita pada awak?????? :'(

Thursday, October 1, 2009

...PULANGLAH - AISHAH...

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri suatu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang
Ku menanti dengan hati rela

Apakah suratan
Aidilfitri suatu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang
Ku menanti dengan jiwa raga
Pulanglah ke pangkuanku oh sayang
Ku menunggumu di hari raya