Dah naik bersawang blog aku ni.. Bukan tak nak update tapi lappy adik aku rosak lak. Ni pun tengah melepak jap kat CC ngan hubby. Thanks hubby temankan ayang! Hihihi... Dalam minggu ni jugak lappy adik aku akan ok balik.. Dalam masa lappy rosak ni, aku menghabiskan masa baca novel jek. Ada gaklah dalam 3, 4 buah novel yang selamat aku khatamkan. Paling best aku dah habis baca novel Ranting Cinta Si Plato.. Best sangat!!!!!! Minggu lepas aku gi Zoo Negara. Nanti lappy dah ok aku cerita pasal Zoo Negara ok.. So be back soon!!!!!!!!!!!!
Ari ni aku rasa sedih sikit.. Nak tau kenapa? Sebabnya dua insan yang paling aku sayang berada dalam keadaan tidak sihat. Tengah malam tadi Aira start muntah-muntah. Dah basuh mulut dan tukar baju, dia tidur balik. Tak lama bila dia nak beralih posisi je dia muntah lagi. Dari tengah malam bawa ke pagi lebih 5 kali dia muntah.. Hubby pulak awal pagi kol 5 je dah muntah-muntah dan cirit-birit. Kesian aku dengar dia muntah! Terkeluar semua isi perut dia. Dah naik lembik badan!
Pagi tadi pukul 9 lebih kitaorang pergi klinik. Tak sanggup dah nak tengok dua beranak ni menahan sakit. Aira terus jadi demam.. Doktor bagi ubat demam, sakit perut, tahan muntah dan antibiotik. Hubby pulak dapat ubat demam, tahan muntah, pening dan antibiotik.. Waktu aku tengah menaip ni, dua beranak tu tengah tido.. Penat sebab malam tadi tak cukup tido. Aku pun tak cukup tido gak tapi mata ni tak nak lelap lak petang ni. Apapun aku harap dua insan yang paling aku sayang ni akan cepat sembuh. Kalaulah sakit Aira tu boleh dipindahkan pada aku kan bagus. Kesian sangat tengok dia!!! Aku baru ingat nak update cite lain kat blog ni tapi disebabkan mood dalam keadaan sedih, lain kali jelah aku update cite tu.. Jumpa lagi!!!!
Aira dah ada laptop sendiri... Biar betul ni??? Hahaha.. Aira dah ada learning laptop dia sendiri. Adik aku Ana yang belikan. Walaupun Aira belum faham apa-apa, aku harap dia akan cepat dapat pick up apa yang diajar melalui laptop tu nanti.. Aku pun tak sangka Ana nak belikan Aira laptop tu. Ahad ari tu kitaorang pergi Tesco Setia Alam. Atuk nak belikan baju untuk cucu dia. Banyak gaklah baju yang atuk belikan. Cantik-cantik lak tu.. Thanks Atuk!!! Dalam kereta nak balik ke rumah, Ana tunjukkan dia beli laptop untuk Aira.. Warnanya memang menarik minat aku.. Kombinasi warna pink dan purple.. Anyway, thank you Ana.. Banyak sangat dah barang yang kau belikan untuk Aira dan belum tentu aku mampu nak balas bila kau dah ada anak nanti.. Terima kasih daun keladi!!!
Ahad lepas aku ajak ayah pergi jalan-jalan ke Putrajaya. Sebelum tu sms ngan hubby dulu. Hubby tak dapat join sebab dia keje shift pagi ari tu. Nasib baiklah hubby izinkan. Dah lama ajak hubby gi sana tapi selalunya keadaan cuaca yang tak mengizinkan. Aku suka pergi Putrajaya sebab suka tengok pemandangan yang menarik kat sana. Tasik yang luas menenangkan fikiran. Kami pergi berlima hari tu. Aku, Aira, mak, ayah, Ana dan Syafiq. Lepas Asar kami terus bertolak ke sana. Sampai je cuaca ok lagi tapi tengah seronok lepak kat dataran tu sambil klik-klik gambar Aira, hujan turun pulak. Aduyaaiiii...Tak puas lagi lepak-lepak kat situ. Takpelah lain kali boleh pergi lagi. Lepas tu kami semua terus menuju ke Alamanda. Adikku Ana nak sangat beli Roti Boy. Roti ni memang sedap sangat.. Superb!!! Lama dah tak makan.. Yummy!!!! Tapi aku lupa pulak nak klik gambar Roti Boy tu... Hihihi..
Aira suka sangat dengan tasik tu sampaikan dia nak jalan ke arah tasik tu.. Hihihi..
Atuk tolong pegang Aira sebab Aira tak tau duduk diam ibu nak klik gambar..
Pose ala-ala bersanding.. Hahahaha...
Dua beranak yang memang suka berjalan... Hihi..
Aira bersama atuk dan neneknya.. Aira cukup suka dapat lepas bebas berjalan kat sana.. Thanks Atuk!!!
Handphone yang tergantung kat leher Aira tulah yang digunakan untuk bergayut. Kadang handphone ibu dan ayah dia pun dia rembat gak.. =)
Malam tadi masa aku masak kat dapur, si kecik aku sibuk main dengan mainan dia dekat ruang tamu. Aku cuma perhatikan dari jauh je. Tiba-tiba Aira riuh bersuara dari depan. Rupa-rupanya dia tengah bergayut kat 'handphone' dia. Hihihi... Bergayut dengan bahasa dia dan siap dengan isyarat tangan sekali. Sesekali dia ketawa pulak masa bergayut. Aku yang mendengar dari dapur hanya mampu tersenyum sendirian.. Puas bergayut sambil duduk, dia bergayut sambil baring pulak. Wah! Kalau sampai besar kuat bergayut macam ni mahu parah ayah dia. Aira oh Aira... Semakin besar semakin banyak keletahnya. Happy sangat bila tengok dia membesar depan mata sihat dan cergas sentiasa.... Ibu sayang Aira!
Inilah dia air pancut yang Aira nak capai tu. Geram sangat agaknya dia dengan air tu.. Hihihihi...
Muka anak ibu ni tercengang semacam je nape sayang?
Dua wajah kesayangan hamba.. =)
Dah penat jalan kat tasik Shah Alam, aku ajak hubby gi makan kat Ani Sup Utara seksyen 9 Shah Alam. Dah lama tak makan kat sini. Teringin nak makan otak-otak dia sebenarnya. Aku makan kuey tiow sup dan hubby pulak order set nasi dan sup daging. Aira suka sangat makan kuey tiow sup.. Aku ambik gak gambar kat Ani Sup tu cuma lupa lak nak snap gambar makanan yang kami makan.. Hehehe..
Suatu ketika dahulu Ku tersesat dalam hidup Hingga muncul menjelma rasa sayang kepadamu
Rupanya inilah cinta Nikmatnya baru ku rasa Tak terbayang bagaimana hidup Jika kau tiada
Jika kau tiada Pada siapa kanku dendang syair cinta Dan dakapan mana harusku bersandar Meraih kasih yang ku perlu
Jika kau tiada Wajah siapa harusku tenung bila mencari ketenangan Arakian suara siapakah kan membisikkan kata-kata cinta
Tak tersusunnya kata Azimat kau bawa Pastinya ku kan sengsara Oh jika kau tiada
Takku kenal cinta sebelum kau hadir Takku tahu erti rindu Kini doaku termakbul Ku tagih cintamu selalu Walau ramai ku kenali Tiada seikhlasmu kasih Kalam sayang kau ku cinta Hanya nyawa kan bisa Memisahkan kita
Jika kau tiada Hilanglah bintang di langit yang berkelip Memelita malam yang hiba Hilanglah keajaiban ke lapan di dunia
Jika kau tiada Sentuhan siapa yang mampu menyembuh luka dihatiku Lantarannya tawar naluri hati Untuk jatuh cinta lagi
Jikalau ku termampu memiliki dunia Pastinya ku kan sengsara oh jika kau tiada....