CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 28, 2009

HANDPHONE!!!!!

Handphone yang tergantung kat leher Aira tulah yang digunakan untuk bergayut. Kadang handphone ibu dan ayah dia pun dia rembat gak.. =)

Malam tadi masa aku masak kat dapur, si kecik aku sibuk main dengan mainan dia dekat ruang tamu. Aku cuma perhatikan dari jauh je. Tiba-tiba Aira riuh bersuara dari depan. Rupa-rupanya dia tengah bergayut kat 'handphone' dia. Hihihi... Bergayut dengan bahasa dia dan siap dengan isyarat tangan sekali. Sesekali dia ketawa pulak masa bergayut. Aku yang mendengar dari dapur hanya mampu tersenyum sendirian.. Puas bergayut sambil duduk, dia bergayut sambil baring pulak. Wah! Kalau sampai besar kuat bergayut macam ni mahu parah ayah dia. Aira oh Aira... Semakin besar semakin banyak keletahnya. Happy sangat bila tengok dia membesar depan mata sihat dan cergas sentiasa.... Ibu sayang Aira!

...SEPETANG DI TASIK SHAH ALAM...

Semalam aku beria-ia ajak hubby gi jalan-jalan. Bosanlah hari-hari duduk kat umah je kan. Sampai dah naik tepu akal dan fikiran ni.. Perancangan awal mulanya nak gi tasik kat Putrajaya. Dalam kereta nampak macam mendung je kat area sana. Ewahhh.. Boleh meramal keadaan cuaca dari jauh tu. Hikhik... Jadinya nekad pergi tasik Shah Alam je. Jadilah dari tak ada langsung kan! Aira yang paling seronok sekali bila dah sampai kat sana. Berjalan langsung tak nak ibu dan ayah dia pimpin. Budget dah besar sangatlah tu. =) Mulut dia asyik sebut "air,air".. Dia suka tengok air tasik yang besar kat situ. Ada sekali masa jalan kat tepi air pancut, dia punya seronok sampai nak pergi capai air pancut tu.. Hahahaha.. Aira, Aira!

Inilah dia air pancut yang Aira nak capai tu. Geram sangat agaknya dia dengan air tu.. Hihihihi...



Muka anak ibu ni tercengang semacam je nape sayang?

Dua wajah kesayangan hamba.. =)

Dah penat jalan kat tasik Shah Alam, aku ajak hubby gi makan kat Ani Sup Utara seksyen 9 Shah Alam. Dah lama tak makan kat sini. Teringin nak makan otak-otak dia sebenarnya. Aku makan kuey tiow sup dan hubby pulak order set nasi dan sup daging. Aira suka sangat makan kuey tiow sup.. Aku ambik gak gambar kat Ani Sup tu cuma lupa lak nak snap gambar makanan yang kami makan.. Hehehe..

Sunday, December 27, 2009

...JIKA KAU TIADA...

Suatu ketika dahulu
Ku tersesat dalam hidup
Hingga muncul menjelma rasa sayang kepadamu

Rupanya inilah cinta
Nikmatnya baru ku rasa
Tak terbayang bagaimana hidup
Jika kau tiada

Jika kau tiada
Pada siapa kanku dendang syair cinta
Dan dakapan mana harusku bersandar
Meraih kasih yang ku perlu

Jika kau tiada
Wajah siapa harusku tenung bila mencari ketenangan
Arakian suara siapakah kan membisikkan kata-kata cinta

Tak tersusunnya kata
Azimat kau bawa
Pastinya ku kan sengsara
Oh jika kau tiada

Takku kenal cinta sebelum kau hadir
Takku tahu erti rindu
Kini doaku termakbul
Ku tagih cintamu selalu

Walau ramai ku kenali
Tiada seikhlasmu kasih
Kalam sayang kau ku cinta
Hanya nyawa kan bisa
Memisahkan kita

Jika kau tiada
Hilanglah bintang di langit yang berkelip
Memelita malam yang hiba
Hilanglah keajaiban ke lapan di dunia

Jika kau tiada
Sentuhan siapa yang mampu menyembuh luka dihatiku
Lantarannya tawar naluri hati
Untuk jatuh cinta lagi

Jikalau ku termampu memiliki dunia
Pastinya ku kan sengsara oh jika kau tiada....



Tuesday, December 22, 2009

...SAYA SAYANG AWAK!!!...


Inilah harta yang paling aku sayang dalam hidup aku selain dari keluargaku. Satu-satunya harta yang aku ada ialah motosikal yang sering aku gunakan untuk ke tempat kerja dulu. Ayah aku gunakan duit dia untuk membayar duit pendahuluannya. Aku bayar duit bulanannya cuma kadang-kadang bila tak cukup duit nak bayar, ayah yang bayarkan. Thanks ayah! Dulu aku kerja di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.Sebelum ada motor sendiri aku pergi kerja menumpang kawanku yang mempuyai kereta. Lama berfikir aku nekad untuk membeli sendiri motorku. Susah sebenarnya menumpang orang ni. Jadi untuk membolehkan aku menunggang sendiri motor ke tempat kerja, kenalah ambil lesen motor dulukan. Alhamdulillah semuanya selamat. Dapat je lesen L, ayah belikan aku motor ni. Punyalah gembira! Warna mestilah biru sebab aku nikan memang minat warna biru.

Hari pertama pergi keje naik motor punyalah gabra! Aku cuma follow dari belakang je kawan sekerja aku yang juga menunggang motorsikal ke tempat kerja. Alhamdulillah selamat sampai ke tempat kerja dan selamat pulang ke rumah pada hari pertama dan seterusnya.. Hihihi... Sepanjang aku menunggang motor ke tempat kerja hanya sekali saja aku terbabit dalam kemalangan. Bukan salah aku pun. Kemalangan berpunca dari seorang penunggang motorsikal lelaki yang terus masuk jalan aku. Aku yang tak sempat nak brek, terus je hentam motor dia. Nasib baiklah masa tu tak laju aku bawa motor. Aku cuma mengalami bengkak pada kaki kanan. Motorku cuma mengalami sedikit kerosakan. Penunggang tu hanya tanya samada aku ok atau tak. Bila aku kata aku ok, dia terus je blah.. Aku yang terperanjat dengan kejadian itu, meneruskan perjalanan ke tempat kerja tapi tak sampai sejam di tempat kerja, aku minta pulang kerana kakiku sudah mula sakit. Masa kemalangan ni aku dah bertunang ngan hubby. Mungkinkah betul kata orang masa bertunang ni darah manis??? Mungkin betul kot...

Esoknya aku pergi klinik kerana kakiku makin membengkak. Doktor di klinik terus bagi surat untuk aku buat x-ray di Klinik Kesihatan Bukit Kuda. Aku gi ngan tunang merangkap hubby aku sekarang. Dah sampai sana aku takut lak nak x-ray. Last-last aku ajak tunangku balik je. Berapa hari selepas tu aku pergi lagi ke Klinik Kesihatan Bukit Kuda kerana tak tahan dengan sakit. Kali ni pergi dengan mak dan ayahku. Alhamdulillah keputusan x-ray menunjukkan aku tak mengalami apa-apa kecederaan yang serius.

Sekarang bila dah jadi surirumahtangga sepenuh masa, hubby pulak yang menggunakan motor kesayanganku ini untuk ke tempat kerja. Motor hubby lak jadi pekasam kat rumah. Aku cuma menunggang motor ini bila hendak ke kedai saja. Apapun motor ini terlalu banyak jasanya pada aku.. SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT MOTORKU!!!!!!!!

Saturday, December 19, 2009

...MEE KARI...



...Sebelum...

Rempah kari yang telah siap diadun bersama bawang besar, bawang putih dan juga daun kari...

Fish cake

Fish ball

Santan

Lupa pulak aku nak klik gambar ayamnya.. Inilah ayam yang telah selamat masuk ke dalam periuk...

Kentang yang telah dipotong dadu

Hubby tolong aku kopek kulit kerang ni.. Thanks bang!

Udang tajam yang telah siap dibuang kulitnya...

Tomato mesti letak.. baru syiokkkk!!!

Tauhu kembang ni aku suka sangat-sangat. Bila kuah kari dah meresap dalam tauhu ni masa makan, pheh sedap tak hingat.. =)

Monday, December 14, 2009

KENNY ROGERS ROASTERS.....


Air nilah yang aku minum bila makan kat sini.. Cappucino.. Yummy!!!


Orang yang paling gembira pada malam itu adalah AKU... Hehehehe..


Aira gembira sakan dapat minum mango juice atuknya... Atuk pun beralah je bagi cucu dia minum... =)


Aira dan atuknya....


Hubby leh senyum macam tu pulak bila aku nak amik gambar. Sebenarnya hubby tak suka makan Kenny Rogers Roasters ni. Dia kata tak sedap. Hihihi..


Dua orang adikku.. Ana dan Syafiq

Friday, December 4, 2009

PERTEMUAN BERHARGA BERSAMA NORHAYATI BERAHIM...


Cerita ni dah lama berlalu tapi baru hari ni aku nak masukkan entry mengenainya. Itu pun sebab adik aku minta kak NB hantar melalui email gambar pertemuan kami di pesta buku Shah Alam tak lama dulu....

Aku dah lama minat dengan karya-karya kak Norhayati Berahim ni. Nak tau sapa yang perkenalkan aku dengan novel-novel beliau.. Orang tu tak lain dan tak bukan ialah ayah aku sendiri. Ayah memang minat membaca. Menurut mak masa baru kahwin dengan ayah, ayah suka sangat layan komik. Masa tu mak ngan ayah belum ada televisyen lagi. Yang ada pun cuma radio je. Mak yang bosan kerana ayah asyik membaca menjadikan radio sebagai peneman setia. Hehehe...

Sampai sekarang ayah minat membaca cuma kini beralih ke novel pula. Kalau novel tu ayah minat, ayah akan beli. Selalunya kalau ke kedai buku, ayah akan cari novel karya kak NB dulu. Kalau tak ada yang terbaru barulah ayah beli novel penulis lain. Ayah memang galakan kami baca novel kerana menurut ayah ada pengajaran dalam novel yang dibaca. Banyak dah novel-novel kak NB yang ayah beli. Dari zaman Creatives Enterprise hinggalah kak NB punya syarikat sendiri NB KARA... Bila bosan ayah akan ambil semula novel yang lama dan ulang baca. Adik perempuanku pun turut membeli novel dari penulis yang berbeza. Aku? Aku cuma tumpang baca sebab kedudukan kewangan yang tak mengizinkan untuk aku memiliki novel sendiri...

Gembira sangat sebab aku sekeluarga berpeluang untuk bertemu muka dengan kak NB di pesta buku Shah Alam. Aku cuba pujuk ayah aku untuk membawa kami ke sana. Alhamdulillah pujukanku berjaya... Sampai je di booth NB KARA, kak NB tak ada. Dia pergi solat Asar. Kami sekeluarga pun menunggu saja di situ hingga kak NB tiba. Yang ada di booth pada masa itu adalah editor kak NB kak Su, adik ipar kak NB, Tuan Seyit Kara suami kak NB, Qaisara dan Bezzya.. Qaisara memang comel sangat. Geram aku tengok! Aku tak berbual pun dengan suami kak NB sebab aku tak tau nak tanya apa.. Hihi.. Lepas kak NB sampai kami berbual-bual kosong. Kak NB memang peramah orangnya. Seronok sangat borak dengan dia. Terima kasih atas layananmu kak! Moga akan datang kita akan berjumpa lagi.. Semoga akak akan terus berjaya dalam penulisan akak dan akan menghasilkan karya-karya yang terbaik. Kami sekeluarga akan sentiasa mennyokong akak NORHAYATI BERAHIM.......

Thursday, December 3, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG...

Semalam hari ulangtahun kelahiran hubbyku.. Tiada sambutan besar-besaran cuma aku masakkan masakan yang biasa-biasa je. Nasib baiklah hubby jenis makan tak cerewet. Apa je yang aku masak sedap pada dia. Hihihi.. Alhamdulillah! Daging korban ari tu ada lagi jadi aku masakkan hubby daging masak black pepper dan sup sayur sawi campur daging. Bila tengok hubby makan dengan penuh selera, hilang penat lelah aku di dapur.....

Selamat hari lahir abang! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada abang. Terima kasih atas segala rasa sayang dan tanggungjawab abang terhadap ayang dan Aira selama ini. Sayang abang sangat-sangat!!!!!!


Daging black pepper hasil air tangan aku. Terasa bahang black pepper masa makan. Aku letak sekali kentang goreng, bawang besar, capsicum kuning dan merah.. Hubby suka betul makan ni! Hehehehe...



Monday, November 30, 2009

JUADAH AIDIL ADHA....

Aidil Adha baru saja berlalu. Alhamdulillah semalam aku sempat masakkan hubby sup tulang. Tulang tu dia bawa balik dari balai dia. Masjid bagi kat balai banyak sangat. Hubby boleh cakap pulak dia fikir pasal sup tulang sampai kecur air liur atas motor.. Hahaha! First time aku masak sup tulang dan hasilnya memuaskan tapi sorrylah aku lupa nak snap gambar sup tulang tu. Nasi impit ada lagi so kami makan dengan sup tulang tu. Terangkat beb! =)

Kat bawah ni pulak juadah yang aku masak untuk Aidil Adha. Mak ngan ayah aku suruh kongsi masak tapi aku tak nak. Aku nak masak sendiri. Berdikari beb! Berdikari ke? Hehehe... Keluarga aku lagi berapa tahun nak balik Melaka sebab ayah aku nak pencen. Kang sampai ke sudah aku tak pandai masak rendang sendiri.. Jadinya usahaku berhasil.. Suka, suka, suka!!!!!!!


Ni nasi impit.. Mak aku rebus jadi aku beli dan tumpang rebus je...


Ni pulak sambal ikan bilis. Keluarga aku setiap kali raya mesti ada masakan ni sebab sejak ayah aku kahwin ngan mak aku, juadah ni mesti ada di pagi raya. Sekarang incik hubby pun nak jugak juadah ni ada...


Kari daging ni mak aku yang masak. Disebabkan aku beli daging sikit je, jadi aku tumpang masak kat mak aku jelah.. =)

Wednesday, November 25, 2009

SLEEPING BEAUTY.....


Gambar Aira waktu tido.. Macam sleeping beauty kan? Hahaha.. Sapa lagi nak puji kalau tak ibu dia sendiri kan, kan, kan.. Aira sejak baby lagi memang tak pernah tidur dalam buaian. Atuk dia memang dah hadiahkan buaian sejak Aira dalam perut lagi cuma kami je tak ajar dia tidur dalam buaian. Mudah je sebabnya.. Kami ni bukannya ada keta. Yang ada cuma motor je. Jadi kalau nak ke mana-mana kan payah nak angkut buaian sekali. Lagi satu sebabnya senang ajar tidur bawah ni. Mana-mana pergi tepuk-tepuk je pastu terus lelap. Tak yah lenguh tangan nak enjut buai.

Sejak dua menjak ni Aira terlebih manja lak ngan aku. Kalau time tidur aku ngan incik hubby tidur sekali, dia tak nak dah ayah dia tepuk. Kalau ayah dia tepuk gak, dia tepis tangan ayah dia dan dia tarik tangan aku untuk tepuk dia. Hahaha.. Jangan kata incik hubby, kalau tidur umah ayah aku pun dia tak nak orang lain tepuk. Anak ibulah katakan.. =) Baru tadi nak tidurkan dia, aku marah sikit sebab dia susah nak tidur. Dia cebik muka dan panjat atas badan aku. Aira memang macam tu. Kalau kena marah ngan aku pun dia sembam muka kat aku. Kena marah ngan ayah atau orang lain pun dia cari aku.. Bestnyalah! Aira... ibu love u so much my dear!!!!!

video

Ni aksi si Aira yang dirakam oleh adik aku. Maaf visualnya terbalik gara-gara adik aku terlupa cara posisi sebenar untuk merakam.. hihi..

Tuesday, November 24, 2009

JIRAN...

Hidup berjiran memang menuntut kesabaran yang tinggi. Puas dah aku bersabar selama ni. Jiran sebelah rumahku adalah bangsa yang berkulit hitam. Aku memang tak pernah nak bertegur sapa dengan mereka sekeluarga. Bukan sebab aku prejudis tapi disebabkan sikap mereka sekeluarga. Baik si ayah, mak mahupun anak-anak mereka. 2 tahun lebih aku tinggal kat umah ni selama itu jugalah aku tak pernah berbaik dengan mereka.

Sejak aku tinggal sini memang mereka suka buat bising. Bukak dan tutup pintu pagar selagi kuat. Macam tak boleh nak ditarik perlahan-lahan. Masa Aira baby waktu tidurnya kerap kali dikejutkan bunyi bising dari sebelah. Kadang radio atau televisyen yang dibuka dengan kuat. Pekak ke apa!!! Tak cukup dengan itu anak-anaknya pun kerap kali buat bising yang ntah apa-apa yang membuatkan aku hangin satu badan...

Deepavali yang baru berlalu ari tu juga mencabar tahap kesabaran aku. Main mercun jam 10 malam ke atas. Otak letak kat kepala lutut ke! Dah tau sebelah umah ada budak kecik, dah tentu-tentulah masa tu dah tido. Ada sekali si ayah pulang dari keje pukul 11 lebih. Main mercun... Apa ni!!! Anak dengan bapak sama naik! Arghhhhh... Geram betul!!!!!!!!!!

Hari ni kesabaran aku diuji lagi dan kali ni aku dah tak mampu nak menahan sabar lagi. Selalu sangat bila si anak makan, sampahnya dibuang ke halaman rumah aku. Kadang sampul gula, kadang sampul coklat, kertaslah dan macam-macam lagi. Semalam malam aku tido umah mak aku. Rutin biasa bila incik hubby keje malam. Balik je umah pagi ni aku nampak kulit, isi dan biji limau ada kat halaman rumah. Terus hangin aku!!! Sebelum ni aku diamkan je. Kali ni aku nekad. Aku panggil orang dalam umah. Aku panggil "Hello, hello..." Sekali anak perempuan dia yang keluar. Aku cakaplah apa ni dah makan sini buang ke? Nak tau apa yang dia jawab? Tak ada... Nonsense!!!! Pastu dia jalan masuk dalam rumah. Aku terus membebel kat situ jugak sebab aku tau orang dalam rumah akan dengar apa yang aku cakap. Aku kata "ingat sini tong sampah ke! makan-makan lepas tu buang sebelah." Masuk dalam rumah pun aku still membebel lagi. Hubby yang tau aku marah hanya diam seribu bahasa. Dia tau bini dia tengah angin.

Bukan nak kata apalah. Dari pemerhatian aku selama ni. Bangsa yang satu ni memang rajin berkemas dan nak bagi rumah mereka cantik. Sayangnya mereka terlalu mementingkan diri! Rumah sendiri nak bersih tapi rumah jiran buat macam tong sampah. Aku tau anak-anak jiran sebelah aku ni tak pernah kena marah ngan mak ayah diaorang bila buat macam tu. Sebab tulah naik lemak diaorang ni!!! Memandangkan ni pun umah sewa aku je. Kalau tak, aku buat tembok biar tak nampak umah sebelah dan takdelah sakit lagi hati aku ni!!!!


Monday, November 23, 2009

...30...



Tanggal 20/11/2009, angka 30 menjengah hidupku.. Dari angka 2 beranjak ke angka 3. Cuma angka saja yang berubah tapi aku tetap aku. Manusia yang sama seperti sebelumnya.. harapanku agar aku akan menjadi manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya seiring dengan usiaku yang kian meningkat ini...

Dalam hidup tak semua yang kita impikan akan dapat kita miliki. Ada satu perkara yang membuatkan aku sangat terkilan tanggal tarikh 20/11 yang lalu. Sedih dan kecewa yang mungkin pada orang lain ianya hanya perkara kecil yang tak perlu diperbesarkan tapi kita hanya manusia yang tak terlepas dari diuji. Diuji dengan rasa kecewa dan sedih! Hingga saat ini sukar benar hendak melupakan rasa terkilan dan kecewa itu. Bak kata kakak ipar aku "orang perempuan ni walaupun sikit tapi akan ingat sampai ke akhir hayat". Berlagak tiada apa yag berlaku tapi hanya Allah saja yang tahu apa yang terbuku di dadaku ini.

Terima kasih juga kuucapkan pada teman-teman yang tak putus-putus mengucapkan selamat hari lahir pada aku. Baik melalui sms, facebook dan juga panggilan telefon.. Aku hargai setiap ucapan itu dan rasanya tahun nilah paling banyak aku menerima ucapan selamat hari lahir. Teman-teman lama, teman-teman yang aku kenal melalui blog dan facebook terima kasih semuanya. Ada teman yang menyenangkan dan ada juga teman yang sering membuatkan airmata ini menitis. Kepada temanku yang seorang yang hanya dia tahu siapa dia, kita takkan lupakan kamu selagi hayat kita dikandung badan. Walau apa pun yang kamu buat kat kita, kita tetap anggap kamu kawan yang paling baik dan rapat dalam hidup kita walaupun hubungan kita dah tak sama macam dulu. Kita sayang kamu sangat-sangat!!!

Di usia 30 ini, aku bersyukur kerana hidupku semakin bahgia dan diberi kesempatan untuk mengecap nikmat bahgia. Hadiah yang tak ternilai dalam hidupku adalah SUAMIKU, AIRA FARIHAH dan KELUARGAKU... Suamiku terima kasih kerana menerima aku seadanya aku dan terima kasih di atas kasih sayangmu. Aira.. permata hati ibu yang membuatkan ibu lengkap menjadi seorang wanita. Ibu sayang sangat kat Aira! Keluargaku terima kasih kerana terus bersama dari aku bayi hinggalah kini aku 30. Sayang semua....





Thursday, November 19, 2009

AIRA CUCUK SETAHUN ENAM BULAN


Pagi tadi aku bawa Aira ke klinik. Biasalah pemeriksaan rutin dan juga Aira nak kena cucuk untuk setahun enam bulan.. Lupa pulak aku cucuk tu untuk apa. Hihi.. Ingat ramai orang kat klinik ari ni. Sekali tengok cuma ada 2 orang je. Seorang bawa baby dia dan lagi seorang makcik tu bawa cucu dia. Sampai-sampai je kat klinik aku terus timbang berat Aira. Alhamdulillah berat Aira naik. Sekarang dah 10.8kg. Lega aku sebab Aira naik berat. Kalau tak kena jumpa doktorlah. Leceh! Aku pun timbang gak berat aku. Nak tau tak berat terkini aku? Hihihi... RAHSIA!

Nurse panggil Aira terus dia tanya berat Aira. Dah settle jumpa nurse kat bawah kena naik kat atas lak. Nurse kat atas bagi penerangan untuk apa injections kali ni tapi sumpah satu pun tak lekat kat kepala aku ni. Hihi.. Dia tanya Aira makan apa. Aira sihat tak? Pembuangan air kecil dan besar dia ok tak.. Pastu terus masuk ke bilik untuk dicucuk. Sebelum kena cucuk tu dia bagi makan ubat dulu. Pun aku tak tau ubat tu untuk apa. Banyak sangat yang aku tak tau kan??? Masa nurse nak cucuk tu, Aira meronta-ronta lak. Sebelum ni kena cucuk Aira ok je cool tapi mungkin kali ni sebab dia dah besar. Tu yang tak reti nak dok diam. Kena je cucuk, Aira terus menangis. Kuat gaklah sampai nurse tu pun naik cuak tapi nasib baik kejap je. Anak ibu mestilah kuat macam ibukan.. Hahaha! Aku minta ubat demam sekali kat nurse tu. Bukan apa stand by sebab takut Aira demam. 10/2/2010 nanti kena gi klinik lagi. Alhamdulillah Aira dah ambil semua injections yang diperlukan untuk baby. Aku tanya nurse Aira dah boleh gosok gigi ke. Nurse kata boleh. Belikan dia berus gigi kecik dan ubat gigi perisa buah. Dah besar rupanya anak ibu. Dari tak ada gigi sampai dah boleh gosok gigi sekarang. Cepatnya masa berlalu!!!

Nurse tu tak sangka yang Aira ni baru setahun enam bulan. Dia kata Aira tinggi besar tak macam budak setahun. Aku katalah a'ah sebab dia tinggi. Nurse kata mak dia tinggi, Aira pun tinggilah. Tinggi ke ibu dia? Hahaha.. Nurse tanya Aira dah boleh cakap apa. Aku kata Aira boleh panggil ayah tapi ibu dia, dia panggil i...buah. Aira ni dia ingat ibu dia buah ke? Hahaha.. Sayang anak ibu. Moga Aira akan terus membesar dengan sihat dan mempunyai minda yang cerdas.. Amin..

* tak sabar nak tunggu Aira boleh bercakap. Mesti banyak yang nak ditanya nantikan.... :p

...BUNGA-BUNGA KEMBOJA...


Novel ni sebetulnya aku habis baca beberapa minggu yang lalu. Di sebabkan demam dan kemalasan untuk meng'update' blog, jadinya entry ni jadi terbengkalai sekian lama. Pertama kali aku membaca novel karya Aina Emir. Aku tak pandailah nak buat review novel macam Kak Liza Bujang tu. Aku cuma mampu suarakan apa yang aku rasa tentang novel ni.

Permulaan novel aku rasa sedikit bosan. Mungkin aku tak berapa gemar dengan penceritaan penjelajahan Nabil bersama-sama temannya ke negara Kemboja. Penjelasan secara terperinci tentang sesuatu perkara juga membuatkan rasa bosanku bertambah. Boleh dikatakan bab-bab awal novel ini kurang menarik minatku.

Namun aku teruskan juga bacaan kerana aku ingin mengetahui bagaimana akhirannya novel ini. Masuk ke bab-bab tengah novel ceritanya makin menarik. Bagaimana berjalannya hubungan Nabil dan NurQahirah juga membuatkan aku tak sabar-sabar untuk menghabiskan bacaanku. Timbul rasa geram dan marah dihati bila Nabil masih tak pasti dengan perasaan dia terhadap Qahirah. Nabil masih lagi hanyut dengan perasaan terhadap Nadia bekas cinta pertamanya. Jarang sekali aku dengar lelaki yang masih setia pada cinta pertama. Biasanya wanita saja yang akan berbuat demikian.

Akhirnya Nabil telah dapat menerima Qahirah sepenuhnya tapi sayang Nadia terlebih dahulu menyerang Qahirah. Dia mengatakan Qahirah perampas Nabil sedangkan Nabil dan Qahirah telah lama bernikah. Sayang kerana Nabil dari awal tidak membuat pengakuan kepada semua yang dia telah pun berkahwin. Qahirah yang marah dan dikecewa apabila diserang mengambil keputusan untuk kembali ke Kemboja. Usaha yang diambil Nabil untuk pergi ke Kemboja untuk memujuk Qahirah berhasil walaupun pada mulanya layanan yang dingin diberikan Qahirah.

Biasalah novel biasanya diakhiri dengan cerita gembira dan aku juga gembira dengan pengakhiran novel ini. Kepada Aina Emir semoga semakin maju dengan novel-novel yang mendatang.

Monday, November 16, 2009

...BLOGKU BERWAJAH BARU...

Hari ni akhirnya blogku berwajah baru. Puas aku fikir macammana nak buat perubahan pada blog aku. Jeles tengok blog orang cantik-cantik kalau nak bandingkan dengan blog aku. Walaupun aku jarang update blog tapi aku teringin sangat nak ada blog yang cantik menarik tertarik memang debommmm!!! Hahaha...

Special credits aku nak bagi pada SMAYA1709 a.k.a MIZZUSO UZZIKI. Dia yang susah payah ajar aku macammana nak tukar template blog aku ni. Awak... terima kasih banyak-banyak. Tanpa awak, usaha kita takkan berhasil. Million thanks to you!!!!!

Dengan berwajah barunya blog aku ni, aku berazam untuk rajin-rajin update blog. Hehehe.. tapi takut gak. Takut hangat-hangat tahi ayam jek! Yang boringnya aku nak update blog sekarang ni sebab takleh nak upload gambar dari kamera. Tak taulah samada masalah dari kamera, memory card, card reader ataupun masalah laptop. Harap masalah ni akan dapat diatasi nanti.. Cukup sampai di sini. Sampai jumpa lagi... Byeeeeeeee!

Monday, November 9, 2009

HOBIN JANG HOBIN.. YEAH NEGERI SEMBILAN JUARA!!!


Lambat sikit nak update entry ni. Aku dilanda demam pulak. Malam semalam hubby bawa aku gi klinik. Mulanya aku ingat nak pegi pagi ni je tapi disebabkan rasa sakit badan yang mencucuk-cucuk, kenalah pegi malam tadi. Doktor check tekak aku, dia kata bengkak sangat dan dah ada nanah. Tu yang terus demam sebab kuman dah merebak.

Ok stop pasal demam ni. Aku dilanda demam lagi satu. Demam bola! Yeah seperti jangkaan aku. Negeri Sembilan bawa balik Piala Malaysia. Walaupun media meramalkan Kelantan yang akan jadi juara tapi firasat aku mengatakan sebaliknya. Penyokong Negeri Sembilan hanya tiga puluh peratus je memenuhi stadium tapi ternyata semangat pemain-pemain Negeri Sembilan berjaya menutup semua mulut penyokong Kelantan.

Barisan pemain Negeri Sembilan memang ramai yang bagus-bagus. Pertahanan yang kental juga menjadi punca pasukan Kelantan serba tak menjadi malam itu. Walaupun mempunyai pemain yang paling berharga tapi itu tak menjanjikan kemenangan untuk Kelantan. Mana boleh harapkan pada satu player sedangkan permainan bolasepak tentang sikap kerjasama. Pada aku Sathianathan silap percaturan. Patutnya dari awal lagi dia masukkan Khalid Jamlus untuk menguatkan bahagian serangan. Apapun aku sangat-sangat berpuashati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Negeri Sembilan.

Satu yang paling aku tak gemar ialah sikap penyokong-penyokong Kelantan. Mereka tak boleh menerima kekalahan. Adatlah kalau ada yang menang mestilah ada yang kalah. Mentaliti penyokong Kelantan terlalu lemah. Baling-baling barang dan bakar kerusi di stadium. Apa ni!!! Mana pergi semangat kesukanan? Kalau tak sanggup nak terima kekalahan dok kat umah jelah tengok bola. Bakar barang-barang dalam rumah. Barulah tak menyusahkan orang lain. Kan, kan, kan...

Apapun untuk pemain Negeri Sembilan, tahniah sekali lagi. Moga musim akan datang akan memperlihatkan lagi betapa kuatnya pasukan Negeri Sembilan.. Amin...

Thursday, October 29, 2009

...JEALOUSNYA!!!!!!...

Gambar dapat dari google...

Dua malam lepas hubby buka cerita masa kami nak tidur. Cerita yang membuatkan aku cemburu sangat-sangat. Hubby kena pergi ke Subang Jaya Medical Centre. Dia kena hantar surat sebab balai bomba dia nak buat fire drill kat SJMC. Masuk je dalam lobi SJMC, dia jumpa dengan artis yang aku minat sangat. Nak tau sapa? Hubby jumpa Adam AF2. Adoyaiiiii jeles tahap gaban aku ni!!!!

Aku minat Adam sejak dia dalam AF lagi. Macammana aku minat kat Zahid macam tu jugaklah aku minat kat Adam. Zahid aku dah dapat jumpa masa Marhaban Di Astro dekat Jaya Jusco Bukit Raja dua tahun lepas. Masa tu aku pregnantkan Aira. Aku paksa jugak hubby pergi masa tu semata-mata nak tengok Zahid. Hihihi..

Masa raya tahun lepas Adam ngan team ERA ada datang kat Setia Alam Welcome Centre. Aku ajak gak hubby pergi tapi dia tak nak. Dia kata kesian kat Aira kecik lagi nanti berpanas dan orang pun ramai. Jadi tak dapatlah aku nak tengok dan jumpa Adam.

Sekali hubby leh cite pulak dia jumpa Adam.. Hubby tak ambik pun gambar Adam coz handphone pun cikai je. Jadi dia boleh bercerita jelah dengan aku. Huwaaaa.... Nak jumpa Adam!!!!!

Saturday, October 17, 2009

CERITA RAYAKU...

Satu Syawal kali ni pertama kali aku beraya dengan hubby. Walaupun dah kahwin dua tahun disebabkan hubby keje shift, jadinya cuti raya pun kena ikut giliran. Merasalah tahun ni aku nak beraya di Benut, Pontian dulu. Malam raya baru kami sampai di Benut. Sampai-sampai rupanya mak mentua belum siap masak lagi. Aku cuma tolong potong-potong bawang je. Nak masak takut tak kena dengan citarasa dia pulak.

Yang menariknya makanan mereka pagi raya berbeza dengan apa yang aku selalu makan sebelum ini. Biasanya pagi raya mak aku mesti masak ketupat, rendang ayam, kari daging dan sambal ikan bilis. Disebabkan hubby aku ni orang Bugis, jadinya makanan mereka berbeza sikit dari biasa. Ada burasak dan lepat lueh. Burasak dimasak menggunakan beras wangi dan lepat lueh pulak menggunakan beras pulut. Kedua-duanya menggunakan santan. Proses memasaknya selama 8 jam untuk memastikan kedua-duanya dapat tahan lama. Mak mentua aku masak rendang ayam, daging tulang masak kicap, sambal udang. Hari kedua pulak kakak ipar aku masak ayam masak merah. Aku? Hehehe aku tukang makan je.. Gambar-gambar ni semua aku google je. Nak klik-klik kat umah mentua segan lak rasaya... Enjoy mencuci mata dengan gambar hidangan-hidangan ini.. :p

Tu jelah setakat ini. Tunggu cerita beserta gambar di entry akan datang. Nak masuk tido dah sebab kepala tiba-tiba dah berdenyut sakit lak. Adoyaiiiiiiii....



Inilah dia burasak. Aku terfikir sendiri akan datang ada tak lagi burasak. Proses memasaknya yang lama takut tak ada lagi anak muda yang akan mewarisi masakan ini untuk generasi akan datang.. Harap-harapnya ia tetap ada sampai bila-bila...


Inilah dia lepat lueh. Antara burasak ngan lepat lueh, aku lagi suka lepat lueh. Sedapya... :p


Rendang ayam mak mentua aku. Tak sama macam mak aku buat tapi sedaplah jugak...


Daging tulang masak kicap. Sedap hingga menjilat jari woooo....


Sambal udang mak mentua aku yang masak. Potong sikit sebab rasa dia manis. Aku dahlah biasa makan pedas-pedas. Dia letak gula agaknya. Bedal jelah yatie oi....


Ayam masak merah yang dimasak oleh kakak ipar aku.. Lain cara memasaknya dengan yang aku biasa masak. Yang penting sedap!