Handphone yang tergantung kat leher Aira tulah yang digunakan untuk bergayut. Kadang handphone ibu dan ayah dia pun dia rembat gak.. =)
Malam tadi masa aku masak kat dapur, si kecik aku sibuk main dengan mainan dia dekat ruang tamu. Aku cuma perhatikan dari jauh je. Tiba-tiba Aira riuh bersuara dari depan. Rupa-rupanya dia tengah bergayut kat 'handphone' dia. Hihihi... Bergayut dengan bahasa dia dan siap dengan isyarat tangan sekali. Sesekali dia ketawa pulak masa bergayut. Aku yang mendengar dari dapur hanya mampu tersenyum sendirian.. Puas bergayut sambil duduk, dia bergayut sambil baring pulak. Wah! Kalau sampai besar kuat bergayut macam ni mahu parah ayah dia. Aira oh Aira... Semakin besar semakin banyak keletahnya. Happy sangat bila tengok dia membesar depan mata sihat dan cergas sentiasa.... Ibu sayang Aira!
wow.. pandai berlakon si comel aira ni yea.. hehe..
ReplyDeletea'ah kak ida.. ada je kerenah dia yang buat saya ketawa..hihi..
ReplyDelete