Cerita ni dah lama berlalu tapi baru hari ni aku nak masukkan entry mengenainya. Itu pun sebab adik aku minta kak NB hantar melalui email gambar pertemuan kami di pesta buku Shah Alam tak lama dulu....
Aku dah lama minat dengan karya-karya kak Norhayati Berahim ni. Nak tau sapa yang perkenalkan aku dengan novel-novel beliau.. Orang tu tak lain dan tak bukan ialah ayah aku sendiri. Ayah memang minat membaca. Menurut mak masa baru kahwin dengan ayah, ayah suka sangat layan komik. Masa tu mak ngan ayah belum ada televisyen lagi. Yang ada pun cuma radio je. Mak yang bosan kerana ayah asyik membaca menjadikan radio sebagai peneman setia. Hehehe...
Sampai sekarang ayah minat membaca cuma kini beralih ke novel pula. Kalau novel tu ayah minat, ayah akan beli. Selalunya kalau ke kedai buku, ayah akan cari novel karya kak NB dulu. Kalau tak ada yang terbaru barulah ayah beli novel penulis lain. Ayah memang galakan kami baca novel kerana menurut ayah ada pengajaran dalam novel yang dibaca. Banyak dah novel-novel kak NB yang ayah beli. Dari zaman Creatives Enterprise hinggalah kak NB punya syarikat sendiri NB KARA... Bila bosan ayah akan ambil semula novel yang lama dan ulang baca. Adik perempuanku pun turut membeli novel dari penulis yang berbeza. Aku? Aku cuma tumpang baca sebab kedudukan kewangan yang tak mengizinkan untuk aku memiliki novel sendiri...
Gembira sangat sebab aku sekeluarga berpeluang untuk bertemu muka dengan kak NB di pesta buku Shah Alam. Aku cuba pujuk ayah aku untuk membawa kami ke sana. Alhamdulillah pujukanku berjaya... Sampai je di booth NB KARA, kak NB tak ada. Dia pergi solat Asar. Kami sekeluarga pun menunggu saja di situ hingga kak NB tiba. Yang ada di booth pada masa itu adalah editor kak NB kak Su, adik ipar kak NB, Tuan Seyit Kara suami kak NB, Qaisara dan Bezzya.. Qaisara memang comel sangat. Geram aku tengok! Aku tak berbual pun dengan suami kak NB sebab aku tak tau nak tanya apa.. Hihi.. Lepas kak NB sampai kami berbual-bual kosong. Kak NB memang peramah orangnya. Seronok sangat borak dengan dia. Terima kasih atas layananmu kak! Moga akan datang kita akan berjumpa lagi.. Semoga akak akan terus berjaya dalam penulisan akak dan akan menghasilkan karya-karya yang terbaik. Kami sekeluarga akan sentiasa mennyokong akak NORHAYATI BERAHIM.......

tak sangka yea.. ayah yati peminat setia kak NB. agak sukar nak cari lelaki yg minat nv. bukan xd cuma rasa kurang sikitkan..
ReplyDeletebestkan jumpa kak NB, dia peramah mcm kita dh kenal dia lama kan..
memang kak ida.. ayah yg galakan utk baca novel ni. bila dah baca seronok pulak. kadang sampai tido lambat nak habiskan bacaan.. seronok sangat dpt jumpa kak NB, macam mimpi jadi kenyataan! kak yati memang peramah sangat mcm dah bertahun-tahun kenal... tak sabar nak jumpa kak ida pulak nanti.. =)
ReplyDeleteSalam Yati...memang seronok dapat tahu yang lelaki pun minat baca novel. Kagum dengan ayah yati yang suka baca novel dan peminat kak NB.Sebab tu agaknya nama Yati dia letak nama sama Norhayati.
ReplyDeletehahaha kak liza.. kebetulan nama sama ngan kak Yati. nak tau satu perkara tak? nama suami yatie pulak sama dengan nama ayah kak yati 'ibrahim'. unikkan???????
ReplyDeletebestnya ayah kak sporting bg baca novel..intan ni...nak baca novel pun kena sorok2..ayah memang tak sporting..huhu
ReplyDeletetak semua orang sama intan.. dah ayah intan macam tu nak wat macammana kan. redha jelah.. mana tau pas kawin nanti suami intan akan faham ngan minat intan. akak doakan ye!!!
ReplyDelete