CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 7, 2009

HePi BeSdAy AyAh!!!!!!!!!!


Ari ni hari lahir ayah saya yang ke 54 tahun.. Takde hadiahlah tahun ni tapi yang penting tahun lepas saya dah bagi hadiah yang paling best untuk ayah.. Saya dah bagi cucu yang pertama dalam keluarga.. Hehehe...

Walaupun takde hadiah tapi saya tetap ingat dengan tarikh 07/07 setiap tahun.. Saya ni jenis yang akan ingat tarikh-tarikh penting. Hari lahir hubby, hari anniversary, hari lahir ahli keluarga dan hari lahir kawan-kawan saya.. Pada saya hadiah tu jatuh no 2 yang penting ingatan. Tapi kalau incik hubby saya memang harap ada hadiah dari dia.. hehe..

Saya doakan ayah panjang umur dan di murahkan rezeki.. Saya pun harap ayah akan berhenti merokok tapi tak taulah bila ayah nak berhenti merokok. Makin teruk lagi adalah saya tengok.. Saya harap satu hari nanti ayah akan berhenti merokok jugak. Saya nak tunggu Aira boleh bercakap dan saya akan ajar Aira untuk suruh atuknya berhenti hisap rokok...

Pada saya ayah, ayah yang terbaik dalam dunia.. Kalau tak kerana ayah yang menghalang saya berkahwin dengan seseorang dulu, tak taulah bagaimana nasib saya sekarang. Berkat instinct ayah tulah saya akhirnya jumpa ngan incik hubby dan terus bahgia sehingga sekarang. Orang tua ni dia tau apa yang terbaik untuk anak-anak dia. Memanglah dulu saya memberontak tahap gaban tapi kini saya sedar. Ayah buat tu semua sebab dia sayangkan saya. Betapa besarnya salah saya kerana melawan cakap ayah dulu.. Harap ayah dah ampunkan anak dia ni..

Ayah..Semoga rumahtangga ayah dan mak akan berkekalan hingga ke akhir hayat.. Semoga bahgia menjadi milik ayah selamanya... Amin.. HAPPY BIRTHDAY ENCIK MD.ISA BIN HAJI JANTAN.....

2 comments:

  1. selamat hari lahir buat ayah yati. semoga panjang umur dan murah rezekinya.
    mesti gembira sgt ayah dan mak yati sebab yati dh bg cucu pertama buat diorang yea..

    ReplyDelete
  2. thanks kak ida.. maunya tak gembira kak ida. 2 ari ayah tak jumpa Aira dia jd rindu. nasib baik umah dekat jek. kalau tak, tak taulah mcmmana.. hehe..

    ReplyDelete