CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 21, 2009

...TUHAN LEBIH TAHU - NORA ISMAIL...


Ini pertama kali saya membaca novel keluaran NB KARA selain dari novel kak Norhayati Berahim. Tajuknya saja sudah menarik perhatian saya di samping covernya yang simple tapi cun! Saya cuba menghabiskan secepat mungkin novel ini kerana tak sabar untuk tahu kesudahannya. Apa yang menimpa Rina menyayat hati saya. Nasib baiklah ada Azfarel yang sudi menerima Rina seadanya.. Airmata saya mengalir laju bila baca bahagian Azfarel membenarkan Hazry berjumpa Ikhzal. Saya dapat rasakan betapa sakitnya Rina. Luka yang amat dalam. Dia yang mengendong ke sana sini. Dia yang bersusah payah melahirkan tapi Azfarel dengan senang buat keputusan itu. Saya faham dengan tindakan Azfarel tapi hati saya robek sama membayangkan perasaan Rina... Apapun ini novel yang menarik untuk di baca. Garapan cerita ini membuatkan hati melonjak-lonjak untuk menghabiskan pembacaan. Semoga kak Nora akan terus menghasilkan novel yang lebih hebat di masa akan datang..

1 comment: