CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 27, 2009

Perginya Yasmin Ahmad


Al Fatihah untuk Allahyarham Yasmin Ahmad yang meninggalkan kita selama-lamanya.. Memang secara peribadi saya bukanlah peminat arwah tapi hasil arahan arwah baik filem mahupun iklan tetap melekat di ingatan. Saya berpeluang menonton Sepet walaupun hanya di kaca televisyen. Jalan cerita yang simple.. Hanya melibatkan percintaan antara berlainan kaum meninggalkan kesan yang mendalam di hati masyarakat Malaysia. Mesej ceritanya mudah tapi arwah membawa kelainan dalam industri filem melayu Malaysia...

Iklan-iklan yang pernah arwah arahkan juga membawa pelbagai maksud yang mendalam.. Betapa arwah mementingkan semangat kasih sayang antara kaum sangat menarik perhatian saya. Iklan kanak-kanak berlainan bangsa berkawan dan bila kanak-kanak melayu hendak bersunat, kawan-kawan dari bangsa lain sama-sama melalui pengalaman itu. Betapa jauhnya pandangan arwah tentang semangat SATU MALAYSIA!

Iklan yang tetap berbekas di hati saya ialah iklan si anak yang sibuk bertanyakan si ayah tentang burung.. Ini burung apa? Kata si anak.. Si ayah dengan tenang menjawab Ini burung murai... Iklan yang arwah hasilkan sarat dengan mesej yang bagus untuk di jadikan pedoman..

REST IN PEACE... YASMIN AHMAD....

No comments:

Post a Comment