CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 10, 2009

AkAd NiKaH 04/08/2007

Ni gambar masa malam berinai.. Nervous sebab pertama kali bersanding. Selalu tengok orang je bersanding... Hehehe..

Ni mas kahwin.. Incik hubby punya idea nak bagi mas kahwin guna duit syiling.. Yang dalam bekas kecik tu, gelang untuk batal air sembahyang..

Waktu berciuman ngan mak. Masa ni lagilah airmata keluar.. Sekarang barulah saya tau susah payahnya menjadi seorang isteri dan ibu. Pengorbanan mak amat saya hargai.. Time kasih mak!


Masa salam ngan ayah.. Waktu ni airmata memang keluar. Sedih sebab selama ni ayah yang jaga saya. Kini tanggungjawab dah beralih pada incik hubby. Time kasih jaga saya selama ini ayah!

Incik hubby kucup dahi.. Punyalah nervous saya dan icik hubby waktu ni. Hehehe..

Saat pertama kali mengucup tangan incik hubby... Sayu jek rasa waktu ni! Huhu..

Ni gambar masa control ayu pas nikah.. Dah jadi bini orang masa ni.. Satu transformasi.. Hehehe...

4 April 2007 merupakan detik yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Pada tarikh inilah saya dan incik hubby disatukan sebagai suami isteri. Setahun bercinta akhirnya cinta kami termeterai dengan ikatan perkahwinan. Dugaan masa bertu
nang walaupun tak hebat mana, Alhamdulillah kami mampu untuk mengatasinya...

Sebelum bertemu dengan incik hubby, banyak kisah sedih yang saya lalui sebenarnya. Banyak kali saya di kecewakan hanya kerana rupa fizikal saya. Airmata terlalu banyak tumpah untuk insan yang bernama lelaki. Sampai satu ketika saya pernah terfikir, akan adakah jodoh untuk saya nanti? Walaupun saya tahu jodoh itu di tangan Allah tapi di sebabkan kekecewaan yang bertalu-talu, saya jadi takut dengan persoalan kahwin..

Akhirnya Allah hadirkan incik hubby dalam hidup saya.. Pertemuan yang tak di sangkakan. Dah jodoh agaknya! Hikmah di sebalik kekecewaan.. Saya tak bertunang lama. 6 bulan je dan kami terus di satukan..

Kami bernikah di masjid Meru. Yang hadir cuma saudara mara saya dan incik hubby. Satu-satunya kawan yang hadir semasa upacara pernikahan saya ialah Tun Tija. Saya memang mengharapkan kawan saya hadir untuk berkongsi kegembiraan saya. Syukurlah ada seorang teman di sisi saat itu.

Selamat di nikahkan saya bersalaman dengan mak dan ayah saya.. Airmata gugur jatuh di pipi.. Emosi saya berkecamuk di saat itu. Gembira kerana telah selamat menjadi isteri dan sedih kerana selepas ini saya tidak akan tinggal lagi bersama keluarga. Pengorbanan mak dan ayah terlalu banyak. Tak dapat saya huraikan dengan kata-kata. Tanpa mak dan ayah, saya tak akan lahir di dunia ini. Jasa mak dan ayah saya tak akan lupakan sampai bila-bila... Nanti saya akan upload pulak gambar masa upacara bersanding saya.. Tunggu!!!!!!!!

2 comments:

  1. kenangan indah yg tak mungkin dilupakan , betul tak yati.. hehe..

    ReplyDelete
  2. betul tu kak ida.. sampai bila2 pun takkan lupa punya. kenangan sekali seumur hidup.. hehe..

    ReplyDelete