CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 28, 2009

Shopping Di Sogo...

Ahad lepas saya, hubby, Aira, mak, ayah dan Syafiq gi shopping kat Sogo.. Saya yang plan nak gi Sogo ni dari bulan lepas lagi. Nak shopping baju rayalah katakan. Senang sikit bila dah siap beli. Kalau nak shopping bulan puasa nanti penat lak. Lagi pulak Aira sekarang ni dah makin lasak. Kalau bawa berjalan, asyik nak berjalan sendiri je. Tak nak orang pegang dia. Macam-macamlah budak ni...

Kitaorang gerak dari rumah pukul 9 pagi.. Ayah kata gerak awal senang. Lambat-lambat kang susah nak cari parking. 9:45 macam tu kitaorang sampai kat depan Sogo. Ingatkan kitaorang yang cepat sampai. Rupa-rupanya dah ramai orang yang menunggu pintu Sogo tu di buka. Laa... Semangat betul orang ni semua nak shopping ye! Ingatkan kami je yang over.. Hehe...

Sebaik saja pintu di buka, semua yang ada kat situ menyerbu masuk. Pekerja-pekerja di Sogo menyambut kami dengan ucapan selamat pagi dan selamat datang. Inilah pengalaman saya yang pertama pergi shopping sebaik saja pintu shopping complex di buka. Terus kami shopping di aras bawah tempat yang ada jual banyak minyak wangi tu. Dapatlah hubby beli baju raya dia 3 helai. Murah! Yup memang murah.. Macam-macam ragam orang yang beli kat sini. Masing-masing sibuk cari saiz dan warna yang berkenan di mata.. Penuh sesak dengan orang. Saya yang pilihkan baju hubby sementara dia sibuk melayan Aira yang asyik nak berjalan sendiri.. Nasib baiklah hubby berkenan dengan baju-baju yang saya pilihkan untuk dia. Lagipun hubby tahu saya memang pandai pilihkan baju yang sesuai untuk dia.. Hehe.. Perasan jap!

Selesai kat bawah kami naik escalator pergi ke bahagian baby pulak. Pheh! Lautan manusia di situ.. Masing-masing ambil kesempatan membeli-belah sempena mega sales agaknya.. Saya sampai pening nak pilih baju Aira. Banyak sangat pilihan tapi yang lagi buat saya pening sebab orang padat sangat. Akhirnya dapat jugaklah saya beli 2 helai baju dan 2 helai seluar jeans untuk Aira. Saja saya belikan seluar jeans sebab raya tahun ni Aira dah boleh berjalan. Kang excited sangat jalan takut luka pulak lutut dia. Siapa tak sayang anak oi! Hehe.. Pakaian Aira je cecah rm100 tapi saya rasa sangat-sangat berbaloi. Ingat nak cari baju warna kuning tapi tak jumpa pulak. Takpelah ibu Aira belum beli baju lagi. Nanti pergi shopping kat Jusco pulak leh cari baju warna kuning untuk Aira..

Habis shopping kat Sogo, kami pergi makan tengahari di Kampung Baru. Memang selalunya kalau kami berjalan ke KL, kami akan pergi makan tengahari kat sana. Banyak pilihan dan menepati citarasa kami sekeluarga..

Ingat nak ambil gambar baju Aira yang shopping tadi dan baju kurung Aira yang dah siap di jahit tapi kamera problem pulak. Kata sepupu saya memory card saya yang ada masalah. Tu yang tak boleh upload gambar kat laptop. Takpelah.. Dah beli memory card baru nanti saya ambil gambar banyak-banyak ye...

No comments:

Post a Comment