CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 21, 2009

SAMBUNGAN CERITA MAJLIS SANDING..

Gambar ala-ala cover majalah pengantin. Merasa gaklah jadi cover majalah walaupun bukan real. hehe..

My favourite photo.. nampak klasik kan! minat sangat.. hehe..


Tanggal 05/08/2007 merupakan detik indah dalam hidup saya yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Bersanding di pelamin yang indah seperti yang di impikan oleh setiap insan. Saya selalu menghadapi episod luka dalam sejarah cinta saya. Hingga terdetik di hati akan berkahwinkah saya nanti? Akhirnya Allah kurniakan kegembiraan yang tak terhingga untuk saya..

Majlis saya meriah jugaklah kerana inilah majlis kahwin yang pertama dalam keluarga saya. Anak sulunglah katakan.. Dari warna baju, warna dalam bilik pengantin, warna kain di khemah, warna kek hinggalah ke beg cenderamata semuanya biru! Hehe.. Mak saya komplen juga kerana semuanya hendak ikut warna kegemaran saya tapi nak buat macammanakan. Pengantinnya saya dan nak tak nak orang tua saya kena jugaklah ikut kata anak dia ni.. Sori mak ayah!

Saudara mara bertungkus-lumus membantu.. Kawan-kawan yang rapat dengan saya juga turut hadir. Sayang sekali saya tak sempat untuk bergambar dengan mereka. Lupa nak on kan kamera sendiri.. Hehe.. Thanks Zana, Tun dan Zulaiha yang sudi hadir. Terima kasih jugak untuk kawan-kawan STYRENE FOAM yang sudi hadir jugak. Banyak jugak hadiah yang saya dapat. Tak sangka boleh dapat hadiah yang banyak macam tu sebenarnya.. Anyway terima kasih lagi semuanya!!!

Harapan saya perkahwinan yang saya bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Moga saya dan suami akan tabah dan sabar andai dugaan datang melanda. Adat rumahtangga kecil hati dan merajuk takkan lekang menduga. Moga kami melauinya dengan hati yang terbuka.. Moga kami dapat membesarkan buah hati dan permata hati kami dengan sempurna dan moga Aira Farihah akan menjadi anak yang solehah dan mendengar kata orang tua.. Amin..

No comments:

Post a Comment