CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 23, 2009

...30...



Tanggal 20/11/2009, angka 30 menjengah hidupku.. Dari angka 2 beranjak ke angka 3. Cuma angka saja yang berubah tapi aku tetap aku. Manusia yang sama seperti sebelumnya.. harapanku agar aku akan menjadi manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya seiring dengan usiaku yang kian meningkat ini...

Dalam hidup tak semua yang kita impikan akan dapat kita miliki. Ada satu perkara yang membuatkan aku sangat terkilan tanggal tarikh 20/11 yang lalu. Sedih dan kecewa yang mungkin pada orang lain ianya hanya perkara kecil yang tak perlu diperbesarkan tapi kita hanya manusia yang tak terlepas dari diuji. Diuji dengan rasa kecewa dan sedih! Hingga saat ini sukar benar hendak melupakan rasa terkilan dan kecewa itu. Bak kata kakak ipar aku "orang perempuan ni walaupun sikit tapi akan ingat sampai ke akhir hayat". Berlagak tiada apa yag berlaku tapi hanya Allah saja yang tahu apa yang terbuku di dadaku ini.

Terima kasih juga kuucapkan pada teman-teman yang tak putus-putus mengucapkan selamat hari lahir pada aku. Baik melalui sms, facebook dan juga panggilan telefon.. Aku hargai setiap ucapan itu dan rasanya tahun nilah paling banyak aku menerima ucapan selamat hari lahir. Teman-teman lama, teman-teman yang aku kenal melalui blog dan facebook terima kasih semuanya. Ada teman yang menyenangkan dan ada juga teman yang sering membuatkan airmata ini menitis. Kepada temanku yang seorang yang hanya dia tahu siapa dia, kita takkan lupakan kamu selagi hayat kita dikandung badan. Walau apa pun yang kamu buat kat kita, kita tetap anggap kamu kawan yang paling baik dan rapat dalam hidup kita walaupun hubungan kita dah tak sama macam dulu. Kita sayang kamu sangat-sangat!!!

Di usia 30 ini, aku bersyukur kerana hidupku semakin bahgia dan diberi kesempatan untuk mengecap nikmat bahgia. Hadiah yang tak ternilai dalam hidupku adalah SUAMIKU, AIRA FARIHAH dan KELUARGAKU... Suamiku terima kasih kerana menerima aku seadanya aku dan terima kasih di atas kasih sayangmu. Aira.. permata hati ibu yang membuatkan ibu lengkap menjadi seorang wanita. Ibu sayang sangat kat Aira! Keluargaku terima kasih kerana terus bersama dari aku bayi hinggalah kini aku 30. Sayang semua....





2 comments:

  1. tiada yg lebih berharga melainkan suami, anak2 dan famili yg sentiasa bersama kitakan. diorang nilah tempat bergantung dan bermanja.

    selamat hari lahir yea, moga panjang umur, murah rezeki dan bahagia sentiasa..

    ReplyDelete
  2. betul kata kak ida tu.. tulah harta yg paling bernilai dlm hidup kita.

    thanks kak ida..

    ReplyDelete