CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 11, 2009

Hari Ibu...

Semalam Ahad, 10hb Mei hari Ibu.. Selalunya saya tak rasa apa2 pun bila hari ibu ni. Keluarga saya tak pernah sambut hari ibu or hari ayah. Semalam tak tau nape saya terasa sangat ngan sambutan hari ibu. Hubby just wish and kiss pipi. That's all.. Kawan2 saya ada yang dapat bunga dari hubby diaorang. Bila tengok macam tu, saya rasa sedih lak. Memanglah saya tak harap sangat tapi apa yg saya harapkan hanya kejutan dari suami saya. Sejak kahwin hingga sekarang tak pernah lagi dia buat kejutan untuk saya. Semuanya bersebabkan..

Saya tau suami bukan jenis yang romantik jadi saya kena terima yang memang takkan ada kejutan untuk saya. Mungkin sampai bila2 pun tak ada. Walaupun saya pernah dengar Dato' Fadzilah Kamsah kata sekali-sekala perlu ada kejutan dalam rumahtangga tapi saya tak letakkan harapan yang tinggi untuk itu. Sedih memag sedih tapi saya kena terima suami saya seadanya. Dah dia memang macam tu so macammana pulak saya nak ubah dia. Yag paling peting bagi saya, dia sayang saya dan sayang Aira untuk selama-lamanya.. Saya dapat kahwin dengan dia pun dah cukup bersyukur. Puas kecewa akhirnya Allah berikan kebahgiaan yang tak terhingga buat saya.

Kekangan kewangan pun antara sebab tak ada kejutan untuk saya. Saya kena terima kenyataan itu. Biar tak ada kejutan yang penting apa saja keperluan dalam rumah dan keperluan untuk Aira cukup. Saya bersyukur walaupun kewangan tak melimpah ruah kami tak pernah meminjam dari sesiapa pun. Apa yang ada itulah yang kami terima. Yang penting suami jarang menghampakan harapan saya dalam soal makanan. Sebut saja apa yang teringin nak makan, InsyaAllah akan dapat. Sayang Abang sangat2!!!!!!!!!

Lastly untuk ibuku Rahamah Mamud.. Selamat hari ibu mak! Moga mak panjang umur dan di murahkan rezeki selalu hendaknya. Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan orang. Maafkan salah silap orang.. Jasamu tetap di kenang mak....

Untuk semua sahabat-sahabatku yang dah bergelat ibu, Happy Mothers Day To All Of You...