Sabtu lepas saya balik ke Melaka.. Lama sungguh rasanya tak balik kampung. Itu pun balik sebab sepupu saya berkahwin.. Saya cerita kemudian pasal sepupu saya kahwin tu. Saya nak cerita dulu pasal pengalaman saya makan cendol Leman Dawi kat Seremban. Sebelum ni mak saya pernah bercerita tentang sedapnya cendol kat Leman Dawi tu. Kecur air liur saya di buatnya. Majalah 3 kat tv3 pu pernah siarkan tentang cendol Leman Dawi ni. Istimewanya cendol kat sini sebab mangkuk yang pertama saja di bayar. Atas meja di sediakan cendol, ais dan gula untuk kita tambah sendiri secara percuma. Bestkan! Mana ada kat tempat lain yang jual cendol macam tu. Murah rezeki Leman Dawi.. Masa siaran di tv3, dia bercerita betapa dia suka makan cendol di waktu kecilnya. Bila minta tambah duit tak ada dan tuan punya kedai kata kepadanya kalau tak ada duit tak payahlah makan cendol. Dari situ dia berazam untuk mempunyai kedai cendol sendiri dan akan berikan cendol tambahan secara percuma. Hingga sekarang kedai cendol dia masih bertahan. Saya,suami dan adik saya Ana minum cendol jagung hari tu. Sedap!! Walaupun boleh tambah percuma, saya cuma boleh habiskan semangkuk je. Tak larat rasanya nak tambah. Hanya suami saja yang bertambah minum cendol.. Sayang saya lupa nak ambil gambarnya.. Siapa2 yang teringin nak minum cendol tambah percuma, carilah cendol Leman Dawi...
Pukul 1 lebih kitaorang sampai di Melaka.. Ramai jugak jemputannya. Sebenarnya sepupu perempuan saya ni berkahwin untuk kali kedua. Yang tak sedap mata memandang sebab majlisnya di buat besar-besaran. Siap ada kugiran bagai.. Pada saya cukuplah kalau dia bernikah dan kemudian di buat kenduri kecil-kecilan. Panggil jiran-jiran sebelah rumah dan saudara mara terdekat. Ini tak! Majlis kahwinnya lagak anak dara yang baru pertama kali berkahwin.. Tak taulah manusia nikan. Kehendaknya pelbagai.. Asal dia bahgia sudahlah.. Pukul 5 kami balik ke Klang semula. Penat memang penat tapi puashati sebab dapat minum cendol Leman Dawi... Yeayyyyyyyyyy!!!!!
Ya Rabbana Tarafna Lirik Menenangkan Jiwa
4 years ago