CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 28, 2009

Welcome To The World 'AIRA FARIHAH'

Akhirnya 17/5/2008 bersamaan hari sabtu aku selamat melahirkan seorang baby girl.Aku terpaksa di bedah coz kedudukan baby aku songsang.Masa mula mengandung,aku decide nak melahirkan di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah tapi memandangkan banyak sangat cite yg tak best aku dengar so aku decide tuk bersalin di Hospital Sungai Buloh.Punyalah jauh aku nak gi bersalin tapi aku tak kira janji aku tak bersalin kat Hospital Klang.Aku gi hospital hari jumaat tapi kena tahan kat wad satu malam.Kena puasa malam tu dan aku akan di bedah keesokan harinya.Malam tu aku susah nak tido coz asyik pikir macammanalah nak kena operate esok.Aku punya takut hanya Allah yg tahu.Al maklumlah ini pengalaman pertama aku nak melahirkan.Yang selalu bermain di fikiran aku,panjang ke umur aku?Dapat tak aku menatap wajah anak aku?Esoknya dalam kol 12 aku di bawa ke bilik bedah.Sebelum di tolak ke bilik bedah,nurse bagi peluang tuk hubby aku jumpa aku.Waktu tu mak ngan adik aku Ana pun ada sekali.Hati aku sayu sangat waktu tengok muka hubby aku.Takut tak dapat jumpa dia lagi.Aku minta ampun segala salah aku pada hubby ngan mak aku.Sepanjang perjalanan ke bilik bedah,jantung aku berdegup laju...Pengalaman kat bilik bedah memang memeranjatkan aku.Aku di bius separuh badan so aku still boleh tengok and dengar apa yg doktor2 and nurse tu wat kat dalam tu.Diaorang siap pasang radio sinar fm.Ada sorang doktor tu leh menyanyi lak kat dalam tu.Dia nyanyi lagu kiblatku-hazami.Sampai sekarang bila dengar lagu tu mesti aku ingat time aku bersalin.Waktu dia bius aku tu memang sakit sangat.Akhirnya tepat pukul 1:01 petang lahirlah puteriku ke dunia.Airmata aku bergenang waktu pertama kali tengok baby aku.Alhamdulillah cukup sifatnya...Terima kasih Allah di atas kelahiran anakku ke dunia ini.Sesungguhnya kehadiran dia akan mengeratkan lagi hubungan aku dan hubby.Aku namakan dia AIRA FARIHAH...Aira-yg di hormati,Farihah-gembira.....

...KIBLATKU-HAZAMI...
Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yg terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah
Ku himpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yg usang
Sinar seakan pudar
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku
Keringat di teman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Ku himpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yg usang
Sinar seakan pudar
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi mencari arah
Oh Tuhan sinarilah kiblatku
Kala sujudku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantu andai ku alpa
Langit kejayaanku
Berkiblat padaMu
Hanya satu......








No comments: