CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 15, 2010

SESSI AIRA MENGELUARKAN PELUH

Semalam petang aku paksa hubby bawa aku dan Aira ke taman. Pheh! Ayat tak boleh blah. Paksa tu! Kalau tak paksa jawabnya asyik terperuk kat rumah je. Dah naik bosan lak bila tak keluar ambik angin kat luar. Jadinya hubby nak tak nak bawak jugaklah kami anak beranak ni. Hooraayyyy! Bukan jauh mana pun kami pergi. Cuma pergi taman dekat Setia Alam. Kami pergi naik motor je sebab dekatkan. Aira teruja betul dapat ke sana. Kami bawa bola Aira bersama tu yang lagi teruja si Aira ni.

Sampai-sampai je hubby terus suruh Aira sepak bola. Aira apa lagi tunjukkan skill dia menyepak bola. Dia memang dari kecik lagi suka main bola. Ayah dia yang jadi mangsa kali ini. Ibu hanya jadi penonton dan tukang ambik gambar je.
Kakiku yang masih sakit menyebabkan aku hanya jadi penonton setia kepada aksi dua beranak ini. Puas main bola kami bawa pula Aira ke tempat permainan kanak-kanak. Aku naikkan Aira dalam buaian. Sekejap je nak main tak macam budak lain. Kalau budak lain dapat main buai sampai tak nak turun pun ada. Pelik pulak tengok Aira ni. Bila suruh posing kat buai tu senyum bukan main pulak.. Hehehe.. Yang penting semalam aku dapat keluar jalan-jalan, Aira dan ayahnya pulak dapat keluarkan peluh.. Ahad ni hubby off day. Nak pergi mana pulak ye?????????


Aira posing dekat buaian sambil tersenyum riang






Aira bermain bola dengan ayahnya. Ibunya pulak tukang ambik gambar je. Hehe..





Aira memang suka main bola. Kalau pergi umah mak aku, unclenya yang jadi mangsa untuk diajak bermain..

Aira kalau bab berposing memang dia cukup suka. Gaya ni dia buat sendiri tanpa disuruh..






Monday, October 11, 2010

NASI LEMAK


Hari ini kali pertama aku cuba masak nasi lemak.. Alhamdulillah berjaya! Selama 3 tahun aku kahwin ni selalunya beli dan makan je nasi lemak yang mak aku buat. Mulanya ingat nak buat rendang kerang untuk lauk dia tapi hubby tak minat kerang sangat pulak. Jadinya aku tukarkan dengan sambal udang. Ayam goreng tu aku beli Ayamas Red Hot Spicy je. Kangkung celur tu memang aku suka kalau makan nasi lemak. Sayurkan kita mesti makan hari-hari untuk kesihatan. Lepas ni nak cuba masak apa pulak ye?????

Wednesday, October 6, 2010

EPOK-EPOK SAYUR

Kuih ini memang menjadi kegemaran aku sejak dulu lagi. Aku kalau dapat makan kuih ni, memang hadap tak ingat punya. Tak payah makan nasi pun takpe. Sebelum ini aku hanya mengharapkan mak je untuk buat kuih ni. Jadi sebelum puasa yang lalu, aku ambil inisiatif untuk belajar buat kuih ni sendiri. Bab inti memang perkara enteng. Cuma nak buat adunan tepung dia yang payah sebab aku tak pernah cuba pun. Usaha aku berjaya tapi adunan tu sedikit liat. Takpelah cubaan pertamakan! Kali pertamanya aku adun tepung sendiri, buat inti sendiri, masuk inti sendiri, kelim sendiri, buat kuah sendiri.. Pokoknya semua SENDIRI.. Hehehe.. Inilah dia hasilnya. Silalah cuba pada yang berminat. :-)
Taugeh dan daun bawang.. Sepatutnya kena gunakan timun sekali. Waktu buat ni saya terlupakan timun. Hehehe..

Tauhu yang dipotong dadu


Bawang besar dan bawang putih ditumbuk

Udang kering yang telah siap ditumbuk

Inti yang telah siap digoreng

Cili merah dan bawang putih untuk dibuat kuah..

Kuah yang ditapis dari inti epok-epok..

Epok-epok yang telah siap.. Disertakan sekali dengan kuahnya..








Monday, October 4, 2010

Dating.....

Movie yang memang best!!!!!!!!!!!!

Tuan punya blog yang dah turun berat badan pun nak enterframe gak... :-)



Thanks hubby bawa gi dating..





Tersenyum riang sebab dapat tengok cerita best...



Rabu lepas setelah sekian lama dapat jugak aku keluar dating dengan hubby. Selepas 2 tahun lebih lepas ada Aira, inilah kali pertama aku dapat tengok wayang. Sebelum ini ada plan je tapi selalu tak jadi. Kitaorang pergi tengok wayang dekat Jaya Jusco Bukit Raja. Lepas makan tengahari kat rumah, terus aku hantar Aira kat rumah mak. Nasib baiklah mak nak bagi peluang kitaorang gi dating dan dia jaga Aira. Kalau tidak plan tak menjadi lagilah jawabnya. Rancangan asalnya nak tengok cerita MAGIKA tapi tayangannya lambat pulak. Pukul 5:30 petang. Kesian pulak nak tinggalkan Aira lama-lama. Jadi kitaorang ambil keputusan untuk tengok cerita Resident Evil. Tayangannya pukul 3 petang..



Aku pernah tengok Resident Evil yang pertama dulu dengan kawan aku. Resident Evil yang baru ni pun best gak.. Memang kalau ikut logik akal, banyak yang tak betul dengan babak-babaknya. Disebabkan babak-babak aksi yang memang best jadinya ia menutup rasa tak logik tu. Aksi ganas dia memang besttttttttt sangat! Aku enjoy tengok movie ni dan hubby pun kata tak sia-sia beli tiket dan tengok cerita ni.. P/S : Hubby, pasni lehlah kita plan kuar dating lagi... :-)

Monday, September 27, 2010

CERITA RAYAKU

Dah lama blog ni sunyi tanpa entry baru. Biasalah kalau penyakit 'm' dah melanda memang takde siapa pun yang boleh tolong. Orang lain semua dah tepek cerita pasal raya, aku baru terhegeh-hegeh nak cerita. Tahun ni aku dapat beraya kat Melaka pada raya pertama. Itupun selepas 3 tahun tak dapat beraya kat Melaka dulu. Hubby keje raya ni. Dia ganti orang dari crew lain keje sebab dia cuti raya lambat. Dia keje 24 jam pastu rehat 8 jam kat rumah. Lepas tu masuk keje 24 jam lagi. Dari aku dok melanguk kat rumah, aku minta izin hubby untuk ikut ayah balik beraya kat kampung. Alhamdulillah dia izinkan. Lepas sembahyang raya kami gerak balik Melaka. Adik lelaki aku yang baru kahwin bulan 7 ari tu terus balik ke Selama, Perak. Kampung bini dia.. Sejam lebih kami pun sampai Melaka dan terus menuju ke rumah makcik aku kat Bukit Piatu. Memang bila kami balik Melaka rumah makcik yang inilah yang akan kami tujui. Rumah kakak mak aku..
Lepas lepak, makan dan minum kami pun gerak ke rumah makcik pakcik yang lain pulak.. Itu jelah cerita raya pertama aku. Simple tapi seronok sangat sebab dapat beraya kat Melaka dulu pada raya pertama ini.... Syok sangat!!!!!!!!!

Gambar kami sekeluarga di pagi raya.. Ini pun ambil masa hubby baru balik keje dan lepas tu kami pun terus gerak balik kampung..

Aira bergaya dengan songkok unclenya dalam kereta nak balik Melaka..






Aira dan atuknya...



Aira tersenyum riang di samping neneknya..



Aira dan acik Ana..

Aira bersama unclenya..

Aira bersama 'nenek besau'nya.. Ini akak mak yang sulung. Kami semua panggil dia mak besau..

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada sesiapa saja yang sudi berziarah ke blog saya ini. Maaf zahir batin andai ada kata-kata yang tidak menyenangkan yang telah saya taip di dalam entry-entry saya. Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan.. Hati-hati ketika memandu di musim perayaan ini. Nyawa tidak dapat diganti dengan apa jua pun...

Sunday, September 5, 2010

BAJU RAYA AIRA

"Selamat hari raya, Aidilfitri mulia... " Wah! Dah nak raya rupanya. Bila usia dah meningkat macam sekarang ni, raya dah tak begitu meriah macam masa kecil dulu. Suasananya dah tak sama. Semangat nak raya pun tak berapa nak ada. Yang tambah seronoknya pun sebab ada Aira. Seronok nak pakaikan dia baju yang cantik-cantik di hari raya.

Baju-baju Aira aku beli sebelum puasa lagi. Tak larat rasanya nak beli masa bulan puasa. Dengan Aira yang semakin lasak berjalan ke sana sini tak sanggup rasanya. Baju-baju ni aku beli kat Sogo. Itu pun busu aku yang bagitahu Sogo ada sale untuk membercard. Dia siap offer bagi pakai kad Sogo dia lagi. Apa lagi peluang tak disia-siakan.. Aku bagitahu kat mak dan ajak ayah pergi sekali. Ayah pun nak belikan adik yang bongsu baju.

Sampai kat Sogo orang memang ramai betul. Aku dan Aira bersesak-sesak dekat bahagian baju kanak-kanak. Potongan harga memang buat aku rambang mata. Kalau ikut hati, semua aku nak borong. Hahahaha! Susah nak pilih sebab ramai orang tapi dapat jugaklah aku baju-baju yang cantik. Nasib baik jugak Aira tak banyak ragam. Dia seronok pulak bila dah ramai-ramai macam tu. Aku beli baju Aira banyak helai sebab takut nanti cepat kotor. Biasalah budak-budak. Makan minum mesti comot punya nanti. Terima kasih atuk sebab tolong bayarkan sikit harga baju-baju Aira ni.. :)



Baju-baju yang bertemakan pink.. Budak perempuan memang tak lari dari warna pink kan.. :)





Skirt jeans yang ada gambar butterfly.. Suka bila tengok Aira pakai. Cute!







Seluar jeans ada gambar kucing.. suka betul Aira!








Seluar jeans ni harga dia kalau tak sale hampir cecah RM100.. mahalkan!!!