CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 26, 2009

SALAM AIDILFITRI


Aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua teman-teman dan sesiapa saja yang sudi singgah ke blog ni. Sebelum raya ari tu nak masuk entry ni tapi line problem sikit. Jadinya terlewatlah aku nak ucapkan selamat hari raya. Apapun aku nak pohon kemaafan andai ada tersalah silap atau terkasar bahasa pada sesiapa. Moga Syawal ini memberikan keceriaan dan kebahgiaan kepada kita semua.. SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI NORHAYATI, IBRAHIM DAN AIRA FARIHAH......

Monday, September 14, 2009

TITIAN SIRATULMUSTAQIM

Baru lepas tengok cite yang agak menarik pada aku kat chanel Prima Astro tadi. Cerita yang amat menyentuh perasaan. Pengorbanan sang suami yang menjaga si isteri yang sakit. Isteri yang mulanya sihat tiba-tiba diserang strok. Isteri yang curiga akan suaminya akhirnya diberi balasan dari Allah. Isterinya jadi cemburu kerana ada perempuan yang cuba menggoda suaminya. Puas suaminya memberikan keyakinan yang cinta dan kasih sayangnya hanya untuk isterinya tetapi sang isteri tetap meragui keikhlasan suaminya itu. Akhirnya ketika mereka bertengkar si isteri diserang strok ketika melawan kata-kata suaminya itu.

Isteri yang terkedang sakit tetap meragui suaminya walau puas diterangkan oleh suaminya. Airmata aku menitis bila mana menyaksikan pengorbanan suami yang susah payah menjaga isteri yang sakit. Biasanya baik drama atau filem selalu menunjukkan isteri yang susah payah menjaga suami yang sakit tapi drama ini sebaliknya. Terbayang nasib diri.. Apakah bila aku sakit satu hari nanti suamiku akan menjaga aku sedemikian rupa? Apakah bila aku sakit nanti kasih sayang suamiku akan tetap untuk diriku? Harapnya suamiku akan jadi seperti suami yang dalam drama tadi. Amin........

Tahniah kepada Nasir Bilal Khan dan Fauziah Nawi kerana berjaya membawakan watak mereka dengan cukup berkesan. Tahniah juga kepada Rashid Sibir yang sering mengarahkan cerita-cerita yang memberi pengajaran kepada kita semua...

Wednesday, September 9, 2009

Aku Bukan Billy Miligan -Norhayati Berahim


Pheh! Dah bersawang blog aku ni. Dari mula Ramadhan sampailah hari ni 19 Ramadhan barulah nak update blog. Bz ke? Saja je buat-buat bz..Selebihnya malas je rasa nak update blog sebenarnya. Rajin bercucuk tanam kat FB je yang lebih.. :)

Novel ABBM ni dah lama aku habiskan. Nak buat ulasan yang lambat sebab aku ni bukannya 'pro'.. Aku suka dengan novel ni. Novelnya santai sebab biasanya aku kalau baca novel NB ni, airmata mesti keluar punya. Kali ni aku banyak tersenyum.. :) Suka dengan watak Laura yang selamba walau apapun yang dilakukan oleh Adam kepadanya. Ego Adam akhirnya terlerai hanya kerana seorang perempuan bernama Laura. Bestkan!!! Apapun novel Norhayati Berahim tak pernah walau sekali mengecewakan aku. Aku pernah gak berangan nak jadi macam dia tapi tak taulah bila angan-angan aku tu akan jadi kenyataan. Buat Kak Yati, teruskan usaha untuk menghasilkan novel yang menarik dan penuh mesej untuk dibaca oleh semua golongan. Semoga kejayaan selamanya menjadi milik kak Yati.. Amin...


* Aku baru je habis baca novel Biarkan Aku Menangis karya kak NB jugak.
Rupanya ada novel NB dalam koleksi ayah yang aku belum baca. Nantikan
ulasan dari aku... :)

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN

Ramadhan datang lagi.. Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada teman-teman dan sesiapa saja yang sudi singgah ke blog aku yang tak seberapa ini.. Semoga ramadhan kali ini memberikan keberkatan kepada kita semua.. Amin...

Wednesday, August 19, 2009

BULAN BERBISIK - SAMSIAH MOHD. NOOR


Novel keluaran Alaf 21 ni aku habiskan bacaannya 2 hari lepas. Novel yang pada aku berat dari segi penggunaan bahasanya. Contoh ibu dan ayah yang memberikan pesanan pada anak mereka yang baru mendirikan rumahtangga. Ayat yang digunakan terlalu melankolik pada aku. Patutnya hanya gunakan ayat-ayat biasa yang menjadi pertuturan seharian. Takpelah penulis punya imaginasi dan citarasanya yang tersendiri. Tak semua orang boleh terima apa yang kita buatkan?

Novel ini mengisahkan tentang Khadijah yang mengahwini Khaled bukan atas dasar cinta. Dia di pinang oleh Khaled melalui ibu saudara Khaled. Khaled terpikat pada Khadijah ketika Khadijah berkunjung ke rumah iu saudara
Khaled. Khaled seorang pensyarah di uiversiti dan mempunyai ramai peminat. Ibu Khaled tak suka Khaled berkahwin dengan Khadijah kerana dia berhasrat untuk menjodohkan Khaled dengan sepupunya. Apa yang Khadijah buat buruk saja di mata ibu mertuanya.

Ada juga watak Ai Leen dalam novel ini. Anak cina yang gemar mendengar Andak Rabiah mengalunkan syair tentang Rabiah al-Adawiyah. Anak cina ini minat mendengar Andak Rabiah mengalunkan Al-Quran dan mengetahui tentang Islam. Menganjak ke umur remaja, Ai Leen memeluk Islam dengan menggunakan nama Aima Adawiyah. Malangnya Andak Rabiah telah meninggal dunia setahun sebelum Aima memeluk Islam.

Melalui Khaled Aima kerap bercerita tentang Rabiah al-Adawiyah. Dia mencari siapa Rabiah al- Adawiyah. Dengan egonya yang tinggi dia mengatakan pada kawan-kawannya yang dia takkan terjebak dengan cinta Khaled. Dia tahu apa yang dia cari. Tanpa di duga akhirnya dia jatuh cinta dengan Khaled.

Khadijah tahu tentang Khaled yang menyukai Aima melalui e-mel yang dihantar Khaled kepada Aima. Lukanya hati di saat dia tahu cinta suaminya telah beralih arah kepada Aima. Selalu dia menjejaki e-mel suaminya dan Aima hingga akhirnya hilang marah dan dia juga turut mencari Rabiah al-Adawiyah. Sampai satu saat, Khadijah sendiri melamar Aima untuk suaminya. Aima yang tersedar dari khayalannya terus menarik diri dari menerima Khaled. Tak sanggup untuk dia melukakan hati insan sebaik Khadijah. Khadijah boleh menerima Khaled semula tapi dalam diri lukanya terlalu dalam dan sukar untuk dia mempercayai suaminya semula.


Tuesday, August 18, 2009

PLAIN JANE - NURUL SYAHIDA


Novel ni aku habiskan bacaannya 5 hari lepas. Nak buat rumusan aku tak berapa pandai. Jadinya aku ringkaskan seringkas-ringkasnya apa yang aku dah baca. Novel ni tentang budak-budak kolej. Watak utamanya Siti NurBalkis.. Orang yag serba sederhana. Sederhana dari segi pakaian, pelajaran, pergaulan.. Semualah yang dia rasakan dia seorang yang sederhana means Plain Jane. Dia punya seorang kawan rapat yang bernama Tengku Aklilee. Walaupun kaya tapi Lilee tak pernah berbangga dengan kekayaan dia. Lilee hanya kaya seminggu. Mak ayah Lilee dah bercerai dan Lilee tinggal bergilir semiggu sekali dengan mak ayahnya.Bila tinggal dengan ayahnya dia jadi anak Tengku dan bila tinggal dengan maknya dia hanya jadi orang biasa.

Kis mula berubah bila dia bercinta dengan Zaniel. Seorang yang berjaya dalam bisnesnya. Mengambil alih syarikat ayahnya. Kis yang dulunya sederhana menjadi seorang yang berbeza. Mula berdiet semata-mata atas permintaan Zaniel. Jarang pulang ke rumah orang tuanya semata-mata ingin menghabiskan masa dengan Zaniel. Segala-galanya demi Zaniel...

Terjadi pertengkaran besar antara Kis dan Lilee. Lilee mula mempersoalkan Kis yang sudah jarang mahu menghabiskan masa dengannya. Kis tak endah bila Lilee menceritakan masalahnya. Bermasam mukalah mereka..

Kis akhirnya sedar dengan kesilapan dia. Dia putuskan hubungan dengan Zaniel kerana merasakan dengan Zaniel dia tak menjadi diri dia. Dia terpaksa korbankan apa yang dia rasa demi Zaniel. Suka atau tak terpaksa dia telan sendiri.

Pada aku novel ni ok untuk di baca. Mesejnya simple dan mudah untuk difahami. Walaupun mungkin penulis novel ni penulis baru tapi novelnya boleh di kira bagus. Pengajaran dari novel ini jadilah diri kita seadanya. Jangan kita berubah semata-mata ingin mengikut kehendak orang lain atau berubah semata-mata inginkan orang pandang tinggi pada kita.. BE YOURSELF!!!!

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali... Ustaz Asri Rabbani


Al Fatihah di atas perginya Ustaz Asri pada Khamis, 13 Ogos 2009. Saya terkejut waktu medapat tahu tentang hal ini. Betapa kita tak terduga apa yang Maha Pencipta telah aturkan untuk kita semua. Tak terkedang sakit tapi akhirya meninggalkan dunia yang fana ini secara tiba-tiba..

Saya minat sangat dengan dua lagu Rabbani iaitu Pergi Tak Kembali dan Intifada. Bukan bermakna saya tak minat lagu-lagu yang lainnya tapi mungkin kerana dua lagu itu yang mendapat liputan meluas jadinya ia yang sering mendapat perhatian saya. Lirik Pergi Tak Kembali benar-benar menyentuh perasaan..

Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati. Semoga roh Allahyarham Ustaz Asri di tempatkan di samping orang-orang yang beriman...


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada.. lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahgia.. pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah selamanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan airmata
Yang pergi takkan kembali lagi