CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 17, 2012

...STEAMBOAT LAGI...



Aira kata "Fuyoo atuk macam Mastercheflah.." Hahaha..



Tiga beranak..



Aira yang memang suka bila di suruh bergambar







Dua permata hatiku



Amani yang duduk diam dalam stroller. Nasib baik dia tak buat hal masa aku makan..



Entri masih lagi berkisar di bulan Disember 2011.. Banyak sangat entri tertunggak gamaknya.. Hehe.. Alhamdulillah rezeki. Kali ni ayah pulak ajak makan steamboat. Dia pergi makan dengan kawan-kawan kerja dan terus buat reservation untuk kami pergi makan kat sana. Makan steamboat di Island BBQ Steamboat kat Kampung Melayu Subang.. Incik hubby tak dapat join sebab kerja malam hari tu. Adik lelaki Azli dan wife pun tak join sebab dia pergi bercuti kat Melaka ngan keluarga wife dia..


Kat sini pilihan dia tak banyak mana. Tapi yang paling best sebab ada bakar-bakar. Satu lagi yang tak berapa syok kat sini sebab kuah dia kena pilih samada nak sup atau tomyam. Jadinya kami pilih kuah sup sebab kalau pilih tomyam takut pedas lak Aira nak makan. Mak ngan Ana tak berapa suka makan steamboat. Tak kena dengan tekak mereka katanya. Ayah kata nanti nak pergi lagi sebab nak bawa semua sekali. Aku tak sabar nak tunggu. Al maklumlah makan free kan. Sapa yang tak suka wei...





No comments:

Post a Comment