17 Mei datang lagi... Genap sudah usia Aira tiga tahun. Rasa sekejap saja masa berlalu. Bagaikan baru semalam aku melahirkannya. Kegembiraan menyambut kedatangannya dalam hidup aku dan suami masih aku rasakan hingga kini. Aku terlalu bersyukur dengan adanya Aira dalam hidup aku. Dari bayi hingga kini menjaga Aira sangat mudah. Dia tak kuat menangis dan juga tak terlalu lasak untuk dibela...
Ketika aku mabuk semasa hamil kali kedua ini, Aira sama-sama mengurut belakangku ketika aku muntah. Dialah yang memimpinku ke bilik air ketika aku takk larat untuk berjalan sambil menuturkan kata-kata "Baik-baik ibu. Nanti jatuh..." Bila anggota badanku rasa sakit-sakit, aku minta tolong Aira untuk menumbuknya. Alhamdulillah selalunya dia menunaikan permintaan aku itu. Walaupun tangannya taklah besar mana tapi aku dapat merasakan kesedapan dari tangannya itu. Selalu aku cakapkan pada dia sejuk perut ibu mengandungkan Aira.. Ye, Aira anak yang baik dan terlalu manja dengan aku. Tak dapat bayangkan kalau sehari hidupku tanpa Aira. Aira yang comel, Aira yang manja dan Aira yang keletah... Ibu sayang Aira!!!!! Semoga anak ibu akan terus menjadi anak yang mendengar kata ibubapa serta menjadi anak yang solehah yang melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya... Amin...
No comments:
Post a Comment