CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 5, 2009

...My SeCoNd AnNiVeRsArY...

4 OGOS 2009

4 OGOS 2007

Semalam genap dua tahun usia perkahwinan saya. Pejam celik pejam celik dah dua tahun rupanya kami kahwin. Cepat benar masa berlalu! Rasa macam baru semalam kami bercinta-cinta.. Hehe.. Kenangan masa mula-mula kenal dulu pun sentiasa bermain di ingatan. Tak sangka dengan cara perkenalan kami, akhirnya kami berdua di satukan.. Tulah orang kata, jodoh tu di tangan tuhan.

Mencari keserasian ketika mula-mula berkahwin memang payah sikit. Al maklumlah dua jantina berbeza dan punya perangai yang tak sama, duduk berkongsi sebumbung. Masa bercinta mana nak nampak sangat semua keburukan pasangan kita kan? Semuanya di sembunyi dari pandangan. Masa dah kahwin barulah kita tahu dengan lebih dalam buruk baik pasangan kita..

Apa yang paling saya tahu sekarang kalau hubby penat sangat dia cepat naik angin. Mula-mula dulu memang tak tahu. Lama-lama saya perhati perangai dia tu. Jadi sekarang bila dia penat sangat saya takkan cakap banyak. Saya ni pulak memang jenis yang banyak mulut. Bila dia penat kenalah saya pandai-pandai tutup mulut.. Hehe..

Walaupun kami taklah hidup senang sangat tapi saya bersyukur kerana pilihan saya tepat! Bersuamikan hubby saya merupakan perkara yang terbaik pernah saya lakukan dalam hidup saya. Kami tak mewah tapi hubby jarang mengecewakan saya kalau saya nak pergi makan kat mana-mana. Dia tak pernah berkira tentang itu! Best sangat.. Hubby saya tahu yang isteri dia ni memang kuat makan.. Hehe..

Ikutkan anniversary kali ni saya rancang nak pergi makan ke tempat yang menarik sikit. Al maklumlah anniversary kan setahun sekali je. Kadang-kadang apa yang kita impikan tak menjadi kenyataan. Kecewa.. Yup! Memang saya kecewa. Menitik jugaklah airmata saya bila apa yang saya hajatkan tak dapat di penuhi. Kekangan kewangan tak mengizinkan keadaan berlangsung seperti yang saya harapkan. Saya salahkan nasib. Kenapalah saya tak kaya macam orang lain? Kenapalah saya tak boleh dapat apa yang saya inginkan? Akhirnya saya sedar sendiri.. Saya bersyukur sebenarnya. Nasib saya taklah seteruk orang lain. Ada orang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Saya? Hidup saya jauh lebih bagus dari itu. Makanan tak pernah tak cukup. Pakaian pun ada walaupun bukan yang berjenama. Syukur pada Allah yang memberikan rezeki kepada kami sekeluarga..

Terima kasih Abang bawa Ayang makan kat tempat yang memang menjadi kegemaran kita berdua. Ayang hargai sangat-sangat.. Terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yang baik untuk Ayang dan Aira. Terima kasih di atas segala pengorbanan Abang selama ini. Semoga perkahwinan yang kita bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat..

...SUAMIKU...
KAU HADIR KALA AKU DI BALUTI KELUKAAN
KAU MEMBAWA LEMBARAN BARU DALAM HIDUPKU
UMPAMA PELANGI YANG INDAH WARNANYA
KAU WARNAI HIDUPKU DENGAN PELBAGAI WARNA..

...SUAMIKU...
HANYA ALLAH YANG TAHU BETAPA SAYANGNYA AKU PADAMU
BETAPA KASIHNYA AKU PADAMU
BETAPA DALAMNYA CINTAKU PADAMU
TAK TERBAYANGKAN BAGAIMANA HIDUPKU
ANDAI SATU HARI NANTI KAU TIADA DI SISIKU...

...SUAMIKU..
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA
TERIMA KASIH KERANA MENERIMA AKU SEADANYA
TERIMA KASIH ATAS CINTAMU
TERIMA KASIH ATAS PERHATIANMU
TERIMA KASIH KERANA BERSABAR DENGAN SIKAPKU
TERIMA KASIH KERANA TANPAMU
AKU TAKKAN MERASA MENJADI SEORANG IBU
TERIMA KASIH KERANA SAMA-SAMA MENJAGA AIRA
TERIMA KASIH KERANA MENJADI SUAMI DAN AYAH
YANG TERBAIK BUAT KAMI...

...SUAMIKU..
CINTA, KASIH DAN SAYANGKU UNTUKMU
AKAN KU BAWA SAMPAI MATI
HATI INI TAKKAN BERUBAH PADA YANG LAIN
SEMOGA IKATAN KITA INI AKAN BERKEKALAN SELAMA-LAMANYA...

2 comments:

  1. Happy aniversary yatie..baru permulaan perkahwinan..dan jauh lagi perlu ditempuhikan..

    ReplyDelete
  2. time kasih kak yati.. tulah. harapnya kami berdua dapat menentang walau badai menghalang.. hehe..

    ReplyDelete