CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Lahir Yang Ke Empat Tahun, Aira Farihah

17 Mei tiba lagi.. Bertambah setahun lagi usia anakku, Aira Farihah. Pejam celik, pejam celik dah 4 tahun usianya. Makin petah bercakap dan banyak sangat persoalan yang ditanya yang menuntut jawapan dari aku. Kadang-kadang aku kesian sangat tengok Aira. Sejak ada Amani, Aira selalu kena marah dengan aku. Bukan aku sengaja nak marah dan pukul dia. Cuma tahap kesabaran aku tak cukup tinggi sejak Aira dah ada adik ni. Ada masanya bila aku marah Aira, dia tengok je muka aku. Mungkinlah dalam hati dia berkata-kata "Ibu ni asyik nak marah dan pukul aku je.. " Ada masanya bila tangan dah naik, lepas tu aku jadi menyesal sendiri. Rasa kesian sangat dekat Aira. Sambil menaip ni pun, airmata aku menitik. Aku sayang Aira! Sayang sangat-sangat. Tapi tulah.. Aku manusia yang selalu sangat buat silap... Aku harap sangat lepas ni aku boleh kawal perasaan marah aku. Kesian sangat kat Aira sebenarnya!!!

Walaupun Aira selalu kena marah dengan aku pasal Amani tapi dia memang sayang sangat kat adik dia. Tak pernah aku tengok walau sekali pun dia berkasar dengan adik dia. Habis-habis dia akan kata "Hesyyyy adik ni".. Hari tu aku terdengar dia cakap "Adik ni lasaklah. Dulu dalam perut tak lasak pun".. Haha dia copy paste apa yang aku cakap.. Tapi tulah dia memang sayang adik dia. Apa yang dia makan pun dia ingat nak suapkan kat adik dia. Alhamdulillah.. Sekarang dia dah berani angkat Amani. Kalau aku sibuk dekat dapur ke atau aku tengah buat kerja apa sekalipun, bila aku suruh dia angkat adik dia dia akan angkat. Walau adik dia meronta macammana pun, dia tetap tak lepaskan adik dia. Kira boleh haraplah...

Selamat hari lahir sayang.. Semoga anak ibu menjadi anak yang taat pada Allah dan agama, dengar cakap ibu bapa dan menjadi anak yang cerdik.. Walau ibu dah ada Amani tapi kasih sayang ibu dekat Aira tak pernah berkurang walau sedikit pun. Ibu tetap sayang Aira hingga ke hujung nyawa ibu. Maafkan semua salah ibu ye sayang..

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete