CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 11, 2011

DETIK DEMI DETIK

Hari ini 11 OGOS 2011.. Terasa masa makin cepat berlalu. Debaran makin kuat dirasakan. Serius!!! Aku takut sangat nak bersalin ni. Masa bersalinkan Aira dulu, aku langsung takde rasa sakit nak bersalin. Tak ada tanda langsung. Ikutkan aku kena paksa bersalin masa tu sebab tekanan darah aku di hujung-hujung mengandung naik mendadak. Mungkin sebab takut agaknya.. Masa tarikh due date Aira 17 Mei 2008, aku kena pergi hospital. Sebelum tu kat klinik aku suruh doktor scan dulu sebab nak tau berapa berat baby dalam perut masa tu. Bila scan Aira songsang pulak. Jadinya kenalah operate.. Itu cerita 3 tahun yang lepas..

Kali ni due date aku 25 Ogos nanti.. Tu yang tengah menghitung hari. Makin hampir makin takut aku rasa. Macam-macam yang bermain di fikiran. Selalunya aku terfikirkan, kalaulah aku ni pendek umur macammana agaknya ye. Bila tengok muka suami dan Aira lagilah terasa sayu semacam... Apatah lagi dengan diri aku ni yang serba kekurangan. Terasa sangat diri ini kerdil di sisi Allah. Pendek kata makin dekat tarikhnya, aku jadi tak tenang. Takut semacamlah!!!

Kawan-kawan dah bagi macam-macam nasihat untuk aku. Al maklumlah sebelum ni aku langsung tak rasa sakit nak bersalin dan tak tau macammana nak teran masa bersalin. Ari tu dah jumpa doktor pakar dan dia bagitau 80 peratus aku boleh bersalin normal. Ikut hati aku nak je bersalin operate tapi hubby marah. Dia kata jangan nak mengada.. Jadi sekarang aku tengah imagine macammanalah keadaannya nak bersalin nanti..

Untuk kawan-kawan yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni, aku minta maaf terlebih dahulu. Manalah tahu kata-kata yang aku coretkan dalam blog ni tak menyenangkan hati yang membaca. Aku juga pohon kawan-kawan doakan semuanya dipermudahkan untuk aku dan baby aku nanti. Semoga semuanya selamat... Amin...

No comments:

Post a Comment