CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 8, 2010

....ALHAMDULILLAH....

Alhamdulillah akhirnya adik lelakiku selamat bernikah pada 5 Jun 2010... Menitik airmata aku selepas lafaz nikah adikku disahkan. Adik yang dah 23 tahun hidup membesar di depan mata akhirnya dah berubah status dan tanggungjawab. Dah jadi suami orang!!! :) Tak sangka yang dia akan berkahwin dalam umur yang pada aku masih muda tapi dah jodohkan! Tak ada siapa yang boleh menghalang bila jodoh tu dah sampai.

Penat tak usah nak katalah.. Adik aku dapat orang Selama, Perak. Jauh tu! Memanglah aku tak drive tapi duduk sebelah driver je dah buat kaki aku lenguh semacam. Tangan lak lenguh sebab pangku Aira. Takpelah... Sekali sekali berjalan jauh... Nak masukkan gambar takleh. Tunggulah bila dah ada laptop sendiri nanti ye!

Semoga adikku Mohd Azli bin Md. Isa akan berbahagia dengan isterinya Noornadiah Abdul Razak selama-lamanya... Semoga cepat-cepat dapat baby!!!!!!

No comments:

Post a Comment