CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 24, 2009

BOSAN TAHAP GABAN...

Ari ni saya rasa bosan yang teramat sangat. Hajat hati nak update blog so jadilah entry yang ntah apa-apa.. Sebenarnya ada 3 novel Norhayati Berahim yang saya dah abis baca. Ingat naklah buat ulasan sikit tentang novel-novel tu. Ulasan tanpa gambar novel tu macam boring jekkan.. Ntah apa masalahnya saya tak boleh upload pulak gambar-gambar novel tu. Geram betullah!! Saya sebenarnya baru je belajar nak upload gambar dari kamera. Lupa dah cara-caranya. Tanya kat adik dia pun lupa gak. Nasib! Nasib! Tulah banyak sangat makan semut kot.. Hehe...

Saya pun dah ambil gambar koleksi novel-novel kak NB. Banyak gaklah.. Nantilah bila saya dah boleh upload gambat then saya masukkan kat blog saya ni ye... Mata dah mula berat dan tahap boring saya semakin serius so baik saya berhenti menaip dulu. Kang keluar pulak cerita yang bukan-bukan.. Hehe.. Sampai ketemu lagi.. Adios......

Sunday, June 21, 2009

SeLaMaT hArI bApA...

Selamat Hari Bapa ayah..

Sesungguhnya Encik Md. Isa bin Haji Jantan adalah ayah yang terbaik di dalam dunia.. Terima kasih kerana telah membesarkan saya, memberikan makan dan minum, memberikan pelajaran kepada saya, memberikan kasih sayang yang tidak terhingga dan segala-galanya...

Hingga saat ini saya takkan lupakan satu kesilapan besar yang pernah saya lakukan terhadap ayah.. Rasa kesal itu akan saya bawa hingga ke akhir hayat saya.. Ampunkan anakmu ini ayah.. Saya tahu ayah mahukan yang terbaik untuk hidup saya.. Saya bahgia kini dan saya tahu ini semua kerana ayah! Terima kasih ayah...

To my Hubby..,

Thanks coz jadi ayah yang baik untuk Aira. Terima kasih kerana tolong salinkan pampers Aira. Terima kasih juga kerana tolong buatkan susu Aira. Terima kasih lagi kerana tolong mandikan Aira. Banyak-banyak terima kasih kerana sudi melayan Aira walaupun Ayang tau Abang kepenatan..Terima kasih kerana perhatian Abang terhadap keluarga..

Semoga kita akan berbahagia hingga ke akhir hayat.. Semoga menjadi ayah yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk Aira Farihah... Amin...

Saturday, June 20, 2009

Main Badminton...

Entry ni patutnya dah lama saya update dalam blog tapi memandangkan tahap kemalasan yg melanda di jiwa so entry ni tertunda sekian lama.. Sejak saya mengikuti rancangan 'THE BIGGEST LOSER' di Astro, semangat berkobar2 untuk menurunkan berat badan saya ni. Al maklumlah semenjak dua menjak ni berat badan saya naik bagai di pam-pam.. hehehe... Selera makan jangan cakaplah. Memang ada je.. Mana tak naik berat ni. Nak nak pulak saya jenis yg cepat naik berat tapi payah sangat nak menurunkan berat ni...

So berbekalkan semangat yg berkobar-kobar tu, saya telah pun memulakan senaman intensif saya dengan bermain badminton. Bukannya saya tak nak berjogging tapi tenaga yg ada tak kuat mana. Jadinya saya hanya praktikkan main badminton je.. (alasan je lebih. bak kata orang nak seribu daya, tak nak eribu dalih.. hehehe...).

Rabu, 17 Jun.. Saya bangun awal pagi. Semangat tengah berkobar-kobar beb! Bangun terus saya masak air untuk sarapan nanti. Plan nak buat sandwich sardin pagi tu. Jadinya saya siapkan dulu intinya.. Nanti pas main badminton senang terus leh letak kat roti dan bakar.. Pas siap semuanya, saya kejutkan hubby. Main badminton mana leh sorang-sorang beb.. Mulanya hubby malas gak. Dia cakap main petang nanti jelah. Saya lak dah nak tarik muncung sedepa.?Mau taknya..Orang tengah bersemangat dia nak patahkan semangat orang pulak.. Last-last hubby mengalah.. Dapat gaklah saya main badminton ngan dia pagi tu. Adalah dalam sejam kitaorang main. Nasib baik pulak Aira bangun lambat pagi tu.. Penat main badminton jangan cakaplah.. Skill masa sekolah dulu-dulu ada lagi rupa-rupanya.. Hehehe...

Petangnya pulak kitaorang main badminton lagi.Pagi main depan rumah tapi petang berubah angin lak. Kitaorang pergi taman kat Setia Alam. Syafiq ngan Ana pun join sekali.. Aira lagilah seronok coz dapat keluar jalan-jalan. Petang ni rasa nacam tak ada tenaga nak main badminton. Mungkin sebab letih pagi tadi tak habis lagi. Memandangkan saya dah sampai kat sana, gagahkan jugak untuk bermain. Kalau tak kena bebellah ngan cik hubby...

Esoknya, habis satu badan rasa sakit.. Tulah orang exercise agak-agak. Ni tak main balun je. Nak cepat kurus katakan.. Hehehe.. Padan ngan muka sendiri.. Ni pun dah berapa hari tak main. InsyaAllah kalau cuaca elok dan hubby rajin nak bawa, esok nak ajak dia gi taman Setia Alam lagi.. Hai badan.. Cepatlah kau kurus..............



Friday, June 5, 2009

AKHIRNYA.... AIRA DAH BOLEH JALAN!!!!!!

Hepi sangat hari ni sebab Aira dah boleh jalan sikit-sikit sendiri tanpa berpaut pada apa-apa pun.. Punyalah gembira hati ni hanya Allah je yang tahu. Lama tau nak tunggu Aira berjalan. Akhirnya bila dah masuk setahun 19 hari, barulah Aira beranikan diri untuk berjalan.. Yeeeeehaaaaaaaaa! Ibu happy sangat Aira... Way Too Happy

Pasni mesti penat lak nak kejar Aira bila dia dah berjalan ni. Sebelum ni masa dia merangkak pun dah terasa penat tapi takpe saya gembira dapat tengok Aira membesar depan mata. Penat yang berbaloi...
Bounce

Atuk Aira selalu puji cucu dia ni. Satu malam masa saya tido kat umah mak coz hubby keja mlm, ayah ckp ngan saya.

"Untung kau dapat anak mcm ni. Tak pandai nak menangis sangat. Kalau demam pun tak pandai merengek. Pesan kat Ibrahim (hubby sayalah) jaga anak elok-elok...."

Ari tu pergi orang kahwin pun atuk puji Aira lg. Atuk kata "bagus cucu atuk. Bawa berjalan baik je. Walaupun baru tido kejap dlm kereta, bila dah sampai terjaga tak pandai nak nangis.." . Tulah antara pujian-pujian ayah saya terhadap Aira. Jangan main-main Aira ni buah hati atuk dia. Pantang silap sikit, ibu Aira yang kena...
Blue

Apapun yang penting, HAPPY AIRA DAH LEH JALAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, June 3, 2009

Aira One Year Old...

Aira - 17 Mei 2009


Aira - 17 Mei 2008

Nilah dia kek besday Aira yag di sponsor oleh nenek. Nenek tak tau nak bagi hadiah apa tu sebablah nenek berhajat untuk sponsor kek..




Aira dan ayah.. Amboi! Senyum lebarnya Aira...

Biasalah.. ibu Aira pun nak bergambar jugak.. Hehehe...

Ni Aira ngan atuk dan neneknya.. Jangan main2 cucu kesayangan atuk dan nenek ni.. Hehehe..


Ni gambar Aira masa ngan atuk, nek su dan tok su dia..

17 Mei 2009 Aira sambut besdaynya yang pertama... Saya yang beria sangat nak wat samutan untuk ulang tahun Aira. Yelah sebelunm ni cuma kira bulan2 tapi kali ni berganjak ke setahun. Excited sangat! Biar pun majlis tu simple tapi saya puashati dapat menjayakannya. Esok2 Aira dah boleh bercakap, bolehlah saya tunjukkan gambar2 nie semua pada dia.. Apapun selamat hari lahir buah hati ibu.. Semoga Aira membesar menjadi anak yang solehah, degar cakap ibu dan ayah dan menjadi anak yang terbaik!!!!! Amin...